Sungguh kejam, sadis dan menyayat hati pengakhiran hidup model dan selebriti media sosial Hong Kong, Abby Choi ini. Polis berjaya menemui kepala wanita ini dua hari selepas menjumpai sebahagian anggota badannya di sebuah rumah di Kampung Lung Mei, di daerah Tai Po.

Jumpa Kepala Dalam Periuk Sup

Pakar forensik menemui kepala mangsa dalam salah satu periuk sup di rumah berkenaan. Bekas suami mangsa bersama abang dan ibu bapanya, sudah ditahan berkaitan dengan pembunuhan itu.

Menurut laporan portal berita HK01, kepala itu ditemui dalam salah satu daripada dua periuk sup yang berada di rumah berkenaan.

Polis turut menemui pengisar daging, gergaji elektrik dan sebuah beg tangan milik Abby selain dua kaki wanita dalam peti sejuk.

Ketika polis menemui periuk sup itu, ia dilaporkan penuh dan terdapat daging cincang di dalamnya.Bagaimanapun, ketika itu pihak berkuasa hanya boleh mengesahkan bahawa terdapat tisu manusia dan periuk itu, sebelum menghantarnya untuk ujian lanjut.

Forensik hari ini dilaporkan menemui kepala mangsa bersama tulang rusuk, dalam salah satu periuk.

Kepala Model Cantik ABBY CHOI Ditemui Dalam Periuk Sup!

Cubaan Hancurkan Tengkorak

Menurut laporan, tengkorak itu masih sempurna, namun dipercayai bahawa terdapat sekurang-kurangnya satu cubaan untuk menghancurkannya. Rambut mangsa tidak lagi melekat pada tengkorak yang sudah dimasak itu.

IKLAN

Forensik juga menemui sejumlah kecil daging cincang, bersama lobak merah dan lobak hijau.

Lengan dan anggota badan mangsa dilaporkan masih hilang dan polis meneruskan pencarian untuk anggota badan yang lain hari ini.

Selain melakukan pencarian di Tanah Perkuburan Tseung Kwan O sejak 25 Februari lalu, mereka turut memeriksa longkang di Kampung Lung Mei.

Kepala Model Cantik ABBY CHOI Ditemui Dalam Periuk Sup!
Pintu gerbang menuju ke perkampungan di Lung Mei Tsuen, Tai Po, Hong Kong, di mana cebisan badan model dan selebriti media sosial Hong Kong, Abby Choi, ditemui dalam periuk sup. – Foto EPA

Saudara bekas suami melaporkan bahawa dua saudara kepada bekas suami mangsa, Alex Kwong, 28, didakwa atas tuduhan membunuh.

IKLAN

Bapa Kwong berusia 65 tahun dan abangnya berusia 31 tahun didakwa atas tuduhan membunuh manakala Ibu Kwong yang berusia 63 tahun didakwa kerana mengganggu proses keadilan.

Kes itu akan didengar di mahkamah esok.

Menurut HK01, Kwong berada di hospital selepas mengadu tidak sihat selepas ditahan.

Kepala Model Cantik ABBY CHOI Ditemui Dalam Periuk Sup!
Polis menutup akses ke sebuah rumah kampung di mana cebisan badan model dan selebriti media sosial Hong Kong, Abby Choi ditemui. dalam periuk sup. – Foto EPA

4 Orang Ditahan

Terdahulu, media melaporkan empat orang ditahan berhubung kes pembunuhan kejam model dan pempengaruh Abby Choi, selepas sebahagian anggota badan mangsa yang dikerat ditemukan di sebuah rumah sewa di Hong Kong.

IKLAN

Bekas suami Choi, Alex Kwong, 28, ditahan di terminal feri di pantai barat laut Pulau Lantau, Hong Kong hari ini dan pihak berkuasa turut merampas wang tunai 500,000 dolar Hong Kong (RM282,480) dan beberapa jam tangan mewah bernilai kira-kira HK$4 juta (RM2,261,619).

Ibu bapa Kwong dan adik lelakinya berusia 31 tahun telah pun didakwa kerana membunuh model berusia 28 tahun itu. Mangsa dilaporkan hilang pada Selasa.Bekas bapa mertua Choi dipercayai menjadi dalang pembunuhan itu yang dikaitkan dengan harta bernilai jutaan dolar.

Mesti Baca:Hidayah Kesal Akaun Media Sosial Tempatnya Cari Rezeki Digodam, Tahu Angkara Siapa

Mingguan Wanita: Kasihan sungguh nasib model cantik ini. Pengakhiran hidupnya terlibat dalam pembunuhan kejam dan sadis begini. Semoga setiap pelaku yang terlibat mendapat pembalasan dan hukuman yang setimpal.

Sumber: Bharian

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI