
“Kenapa tinggalkan ibu secepat ini, hidup ini sunyi tanpa hampa bertiga. Tiada apa lagi ujian lebih memeritkan saat diuji pemergian orang tersayang. Bukan seorang tetapi kesemua ahli keluarganya diambil Allah dalam sekelip mata.
Kemalangan yang berlaku di Jalan Sungai Kob, Kulim dua hari lalu mengakibatkan tiga beranak menemui ajal apabila kereta Viva yang dipandu Muhammad Syazwan Mohd Surodjidin bertembung dengan sebuah kenderaan S70 yang memasuki laluan bertentangan.
Kesan kemalangan tragis ini Syazwan dan dua anak kecilnya, Muhammad Aqeel Afnan, 4, dan Muhammad Affan Mikhael, 2 meninggal di tempat kejadian sementara pemandu kenderaan S70 selamat namun kenderaannya terbakar.
Jenazah ketiga beranak ini telah selamat dikebumikan dalam satu liang lahat semalam di Tanah Perkuburan Islam Taman Mutiara, Sungai Kob pada 5.55 petang semalam.

Dalam pada itu, coretan sedih Nor Hamiza mengundang simpati ramai dengan ujian dilaluinya.
“Kenapa adik abang abah tinggalkan ibu secepat ini. Dah janjikan nak pakai baju raya warna sage green tahun ini.
“Allahuakbar, ibu tak ada siapa-siapa dah. Hidup ibu sunyi tanpa hampa bertiga. Kenapa tak bawa ibu sekali, adik abang tarik tangan abah sekali ke syurga.Al-Fatihah, tulisnya.

Dalam pada itu, semasa kejadian Nor Hamiza dikatakan menunggu kedatangan suami yang biasa menjemputnya dari tempat kerja di sebuah kedai makan dekat Sungai Ular, Kulim dengan menaiki motosikal namun tidak sampai-sampai.
“Saya tunggu suami, dua anak di tempat kerja tapi rupa-rupanya mereka dah ‘tinggalkan’ saya buat selama-lamanya,” katanya dalam tangisan.

“Masa tu saya tanya suami macam mana. Anak-anak macam mana tetapi adik ipar kata tak tahu lagi…tidak lama kemudian, anak majikan saya ajak ke Forensik Hospital Kulim…luluh hati saya bila dapat tahu suami dan anak-anak telah pun meninggal dunia,” katanya.

Pada hari kejadian, arwah suami turut membawa anak bongsu mereka menaiki kereta namun Muhammad Syazwan yang bekerja di sebuah kilang di Kulim dikatakan berpatah balik ke rumah ibunya di Taman Mutiara disebabkan bantal Muhammad Affan Mikhael tertinggal.
“Tiba-tiba anak sulung nak ikut, jadi ayahnya bawa kedua-dua anak kami bersama untuk jemput saya dan sepatutnya kami akan pulang ke rumah sewa di Kampung Sungai Tengas,” katanya.
Akui kehilangan ini sesuatu yang berat namun dia harus menghadapinya dengan penuh redha dan tabah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!




