Menjelang Syawal, setiap tahun pasangan suami isteri akan berhadapan persoalan ini. ‘Beraya di rumah ibu bapa siapa menjelan 1 Syawal nanti.’ Jika masalah ini tak diselesaikan segera, 2 hal ini akan terjadi.
Pertama, ia memburukkan lagi institusi keluarga Muslim. Kedua, mengundang dosa sama ada kepada pihak suami mahupun isteri. Inilah yang dijelaskan oleh Dr Ahmad Kamal Bin Ariffin, Pakar Kaunseling Keluarga.
Jadi Atasi Konflik Dengan Cara Ini
Masalah tersebut berpunca daripada kelemahan komunikasi. Maksudnya komunikasi tidak berkesan dalam kalangan suami isteri. Malah banyak juga dapatan pemerhatian saya bahawa pasangan suami isteri tersebut tidak jelas mengenai “role” dan “status” mereka sebagai seorang anak, isteri dan suami.
Kunci keberkesanan komunikasi ialah niat murni yang terbit daripada hati yang bersih. Maksudnya, suami isteri dalam kalangan rakyat kita mesti miliki hati yang bersih bagi mengelak masalah di atas. Dengan adanya hati yang bersihi, kita mudah wujudkan persekitaran;
√ Kemuliaan natijah sebuah kemaafan
√ Kebahagiaan natijah sikap kesyukuran diri yang tinggi
√ Kemurahan rezeki natijah sikap suka bersedekah meskipun dengan sepotong roti.
Seterusnya, nasihat saya ialah sebelum membuat keputusan untuk balik ke mana tahun ini, pasangan suami isteri mesti;
1. Semak potensi kewangan institusi keluarga sendiri terlebih dahulu. Elakkan berhutang dan persepsi negatif oleh pihak ibubapa di kemudian hari.
Ads
2. Bersikap asertif. Iaitu berlaku jujur untuk menilai potensi keluarga sendiri akan rasional untuk pulang ke kampung atau sebaliknya. Ia mengambil kira kos pengangkutan, kesihatan keluarga dan potensi kewangan semasa kita. Justeru, jika tidak dapat pulang, maklumkanlah kepada kedua-dua pihak ibubapa dan ibubapa mertua masing-masing. Rasionalkan mereka mengapa tidak dapat pulang berhari raya pada tahun ini.
3. Bersikap sabar dalam menghadapi persepsi, respon negatif mahupun kritikan daripada kedua-dua belah pihak ibubapa jika ada situasi seperti itu. Apa yang penting, jangan bersikap negatif dan melawan mereka. Ia disebut adab dan akhlak terhadap ibubapa.
Jangan Tak Percaya, 6 Kes Ini Benar-benar Terjadi
Lumrah dunia, ada waktu kita senang dan ada waktu kita susah. Susah dan senang biarlah setiap pasangan suami isteri mengurus dan menyelesainya dengan sikap kasih sayang dan tolong-menolong. Jauhkan sikap ego, hipokrit dan penting diri dalam mengurus keluarga masing-masing. Mengenainya, banyak laporan yang saya terima seperti berikut;
√ Ada pasangan suami isteri dah lebih 10 tahun tak pulang beraya di rumah ibubapa pihak isteri. Alasannya kerana ibubapa pihak isteri “mulut seram”, suka membanding-banding dengan menantu yang lain kerana materialistik.
√ Ada pasangan suami isteri yang dah lebih 15 tahun tak pulang beraya di rumah ibubapa suami kerana si isteri tidak disukai ibubapa suami.
Ads
√ Ada juga suami isteri tak pernah membawa keluarganya pulang ke kampung ibubapa masing-masing untuk berhari raya lebih daripada 10 tahun disebabkan faktor jarak
√ Ada juga suami isteri tak pernah membawa keluarganya pulang ke kampung ibubapa masing-masing untuk berhari raya lebih daripada 10 tahun disebabkan faktor masalah kewangan
√ Ada juga suami isteri tak pernah membawa keluarganya pulang ke kampung ibubapa masing-masing untuk berhari raya lebih daripada 10 tahun disebabkan faktor merajuk.
√ Ada juga suami isteri tak pernah membawa keluarganya pulang ke kampung ibubapa masing-masing untuk berhari raya lebih daripada 10 tahun disebabkan faktor krisis dengan adik beradik lain.
Sebab Itulah
1. Jangan kita lupa bahawa setiap suami punyai amanah bahawa ibunya lebih utama dari isterinya
Ads
2. Jangan kita lupa bahawa setiap isteri punyai amanah bahawa suaminya lebih utama dari ibubapanya
3. Jangan kita lupa bahawa setiap ibubapa punyai amanah bahawa anak perempuannya mesti mengutamakan suaminya dari ibubapanya
4. Jangan kita lupa bahawa setiap suami punyai amanah bahawa mengutamakan ibubapanya sendiri melebihi isterinya
5. Jangan kita lupa bahawa setiap anak lelaki punyai amanah bahawa tanggungjawab menjaga ibubapa tergalas dibahu mereka dan bukan pada anak perempuan
6. Jangan kita lupa bahawa setiap anak perempuan punyai amanah bahawa dia lebih terikat dengan tanggungjawab kepada suami lebih dari ibubapanya sendiri.
Dengan mengamati dan memahami mesej yang tersurat dan tersirat daripada pernyataan di atas, ia pasti boleh membantu membina celik akal kepada kalangan peminat ruangan tulisan saya ini untuk mengemudi bahtera keluarga masing-masing dengan pedoman agama dan beramal sebagai insan celik agama. Elakkan mengurus keluarga secara syok sendiri, ikut emosi, lempar salah, cenderung fitnah dan nafsu ammarah semata-mata.
Penulis : Dr Ahmad Kamal Bin Ariffin, Pakar Kaunseling Keluarga merupakan penulis jemputan untuk ruangan Psikologi Keluarga dalam majalah Mingguan Wanita.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kerana sayang, kita berusaha sebaik mungkin untuk memperbaiki sebuah hubungan, namun tak berjaya jika hanya sebelah pihak saja yang melakukan itu dan ini.
Menjaga sebuah hubungan tak mudah jika hanya kita sahaja yang inginkan pendamaian dan satu lagi seolah-olah buat tak peduli.
Begitulah dalam hubungan suami, isteri. Jika isteri sanggup berkorban segalanya termasuklah melukakan hati sendiri tetapi suami tetap sama seperti tiada perasaan, ternyata cukuplah sampai di situ. Mak-mak juga berhak merasa bahagia.
Ikuti perkongsian Puan Nur Farhana Fizalini dan fahami apa yang cuba disampaikan.
Kita Berusaha Sebaik Mungkin
Kita berusaha sebaiknya untuk memperbaiki sesebuah hubungan. Banyak yang kita cuba ketepikan, demi perdamaian itu.
Namun, dalam kita nak jumpa kejayaan bagi hubungan itu kembali pulih, mesti pada kerjasama pihak yang satu lagi.
Jika hanya sebelah pihak sahaja yang mencuba, mencuba, dan mencuba hingga tak terkira lagi berapa dalamnya luka, cukuplah.
Berhentilah berharap, berhentilah dari kita terus menambah calar pada emosi dan perasaan kita.
Emosi dan perasaan yang kerap luka dan tidak sembuh, boleh membawa kepada lebih dalamnya tekanan pada diri kita.
Tak Berjaya Hanya Sebelah Pihak Sahaja
Tak perlu kita terangkan lagi, cukup lah sekadar kita menjauh, dan tidak lagi mengeruhkan keadaan yang sedia kelam.
Menjauh tidak bererti tak mengingati. Tapi lebih baik, doa menjadi tanda kita tetap tidak jemu berdoa, moga ada sinar lebih baik untuk hubungan itu.
Berehatlah dari terus memaksa diri. Kerana, kita juga berhak untuk bahagia, walaupun bukan hubungan itu menjadi asbab bercahayanya hati.
Allah ada, dia memerhati, dia mengubati. Dan dia yang paling mencintai dan menyayangi.
MW: Hubungan yang melibatkan dua insan ini sudah tentu memerlukan kerjasama daripada kedua-duanya untuk keadaan kembali pulih. Jika hanya sebelah pihak yang berusaha dan bersabar, pastinya sampai bila-bila hubungan yang keruh tak akan jernih sama sekali.
Bila lelaki dah ada duit berkepok-kepok, mulalah ada wanita yang nak ‘cucuk jarum’. Kemaruk suami orang sebab dia dah ada harta kekayaan dan tak perlu nak fikir cari duit. Semuanya petik jari saja.
Begitulah sesetengah wanita yang merasasakan dia sangup jadi isteri kedua dan tidak fikir panjang tentang perasaan wanita lain. Mula kemaruk suami orang yang ada duit dan andaian mampu untuk dia berkahwin dua.
Hakikatnya, hanya isteri saja yang tahu susah senang pasangan mereka. Dari susah dan jadi senang. Ini belum lagi kalau suami yang mula ’naik tocang’ dan rasa dirinya mampu.
Khas untuk wanita di luar sana, ini pesanan daripada Marlia Ramli supaya jangan kemaruk suami orang, carilah harta sendiri. Mungkin luaran nampak hebat tapi kita tak tahu tanggungan untuk keluarganya.
1) Akak dah malas nak cakap bab kahwin dua tiga ni. Nanti ada yang tuduh akak feminist, liberal dan anti poligami.
2) Nak larang kaum lelaki yang tak mampu daripada mendua tiga isteri? Pun akak dah malas. Memang wujud pun sejenis lelaki pokai tapi tak sedar diri.
3) Sekarang akak tukar approach. Akak nak berpesan kepada gadis atau wanita yang sedang bercinta dengan suami orang. Jangan ambik bola tanggung.
4) Lapan daripada 10 lelaki yang akak kenal nampak terurus, mewah dan bergaya hanya sebab isterinya hebat sahaja. Kalau nak harapkan dia? Underwear koyak pun tidak berganti.
5) Nampak suami pandu kereta mewah? Semak betul-betul. Silap haribulan kereta atas nama bini. Kalau pun nama suami? Beras kat rumah isteri bantu beli.
6) Nampak keluarga bahagia? Bercuti mewah dan makan sedap-sedap? Kalau isteri tak bantu, tak merasa semua ini. Ini fakta dalam kebanyakan keluarga.
7) Maka gadis sekalian, tak perlu kemaruk suami sesiapa. Jadilah wanita kaya. Have your own standard. Bina harta sendiri. Jadilah kaya hingga tidak berharap untuk menumpang sesiapa.
8 ) Berkongsi kasih bukanlah mudah. Tambahan anda cuma orang ketiga. Silap hari bulan, anda cuma menjadi mesin ATM buat suami sahaja. You are an option je pun! Bukan “yang utama”.
9) Ya, akak malas pesan kat kaum arjuna. Ada segelintir lelaki ni gaji berbaki RM800 pun dah rasa banyak. Menggelupur nak berbini dua tiga. Nyampah!
10) Maka, akak pesan kepada gadis dan wanita semua, jauhi suami sesiapa. Jangan nanti elok-elok menyara diri, selepas ini jadi CETI BERDAFTAR kepada madu anda.
Kalau kail panjang sejengkal,
Lautan dalam jangan diduga.
Akak pesan je. Tak nak dengar?
Hidup anda, sukati andalah.
Mingguan Wanita : Betul sangat. Jangan sebab nampak di handsome atau berduit sampai sanggup jadi orang ketiga. Buat suami pula, ingat balik pengorbanan isteri selama ini.
Isteri rajin buat kerja rumah, tak perlulah sampai jadi kuli suami dan anak. Dalam rumah tangga, mak atau isteri sering jadi tulang belakang yang mengurus segala benda dari sekecil-kecil hal macam lipat baju, sampai ke sebesar-besar urusan macam bajet dapur dan ulang alik anak sekolah.
Isteri Rajin Buat Kerja Rumah, Tak Perlulah Sampai Jadi Kuli Suami Dan Anak
Sifat rajin memang mulia, dan tak dapat dinafikan, ramai wanita rasa itu tanggungjawab mereka. Tapi kalau semua benda mereka buat sendiri tanpa ruang untuk ahli keluarga lain ambil bahagian, ia akan jadi satu kitaran yang tak sihat, di mana mak makin penat, dan yang lain makin selesa tak buat apa-apa.
Ramai tak sedar, bila kerja rumah tak dikongsi, ia bukan saja membebankan seorang, tapi juga membina budaya “lepas tangan”. Anak-anak akan terbiasa tengok semuanya beres secara magik, dan suami pula mungkin tak sedar dia pun sedang contribute kepada beban isteri secara pasif.
Sedangkan, rumah tangga yang sihat ialah bila semua ambil bahagian walaupun sikit. Mak/isteri boleh mula dengan sengaja “tinggalkan” kerja seperti suruh anak lipat kain sendiri, atau minta suami basuh pinggan selepas makan. Bukan sebab tak larat, tapi sebab nak ajar tanggungjawab, dan nak elak budaya ‘kita raja, mak kuli’ dari berakar dalam keluarga.
Isteri bukan kuli. Dia pasangan hidup, bukan pekerja rumah sepenuh masa tanpa gaji, tanpa cuti. Bila dia terlalu rajin, terlalu banyak ambil alih, suami dan anak-anak pula perlahan-lahan lepas tangan. Bukan sebab mereka jahat tapi sebab dah terbiasa dilayan. Anak-anak fikir “mak memang akan buat”, suami fikir “isteri memang cekap, biarlah dia buat”. Tapi sampai bila? Sedangkan fizikal dan emosi seorang isteri pun ada hadnya.
Isteri sendiri kadang rasa, “kalau aku tak buat, siapa lagi?” Tapi hakikatnya, kalau dibiarkan, peranan suami sebagai ketua keluarga dan anak-anak sebagai pewaris tanggungjawab rumah akan pudar. Bila semua benda isteri tanggung, keluarga tu tak seimbang. Suami jadi penonton, anak-anak jadi boss kecik, dan isteri? Jadi superwoman yang senyum luar, tapi meletup dalam.
Sebab itu penting untuk letak had. Bukan bermakna isteri kena malas, tapi bijak agih tugas. Ajar anak lipat baju sendiri. Minta suami tolong kemas lepas makan. Biarkan rumah tak perfect sikit, tak semestinya rumah kemas kilat itu tandanya isteri bahagia. Kadang-kadang, rumah bersepah sikit itu tanda semua orang tengah belajar buat sama-sama.
Rajin itu satu nilai yang sangat kita hormat, tapi bila ia jadi berlebihan sampai orang lain tak merasa tanggungjawab, ia jadi racun perlahan. Rumah adalah tempat belajar hidup sebenar, bukan hotel servis penuh.
Mak atau isteri tak perlu rasa bersalah kalau minta bantuan sebab dalam jangka panjang, itu yang akan bentuk anak-anak yang bertanggungjawab, suami yang lebih peka, dan keluarga yang lebih seimbang. Jadi jangan takut untuk let go sikit, sebab kadang-kadang, itulah bentuk sayang yang paling besar.
Air mata terakhir Zara Qairina, bersumpah & nafi mencuri sebelum temui ajal. Inkues kematian pelajar, Zara Qairina membuka kisah memilukan apabila arwah dilaporkan menitiskan...