
Kena scam hampir RM3000 hotel tak wujud di Agoda, lelaki tolak voucher ditawar & ajar cara buat tuntutan penuh. Setiap kali merancang percutian, selain memilih destinasi yang menarik penginapan juga memainkan peranan penting bagi memastikan perjalanan berjalan lancar.
Atas sebab itu, ramai memilih untuk membuat tempahan melalui platform dipercayai di dalam talian bagi memudahkan perjalanan. Namun, ada kalanya impian mahu bersenang lenang di percutian tidak terjadi bila mana tempahan hotel yang dibuat secara atas talian tak wujud pun.
Inilah pengalaman dilalui oleh Khairy Tajudin yang kerugian hampir RM3000 gara-gara hotel ditempahnya di Agoda tiba wujud setibanya di destinasi pelancongan. Menurutnya, dia cuba menyelesaikan perkara tersebut dengan menghubungi pihak Agoda melalui panggilan, live chat dan emel namun semuanya hampa apabila ejen bertukar ganti dan soalan yang sama diulang tanpa penyelesaian jelas.
“Akhirnya saya kumpulkan semua bukti. Screenshot, email, pengesahan hotel sebenar dan akhirnya pihak Agoda mengakui perkara ini wujudnya scam ketika tempahan. Pihak Agoda tawarkan saya dalam bentuk baucer sahaja tapi saya tak setuju.
“Pertamanya, kenapa saya kena terima baucar, sedangkan kesilapan bukan dari pihak saya?Lagi satu, baucar tu valid 6 bulan sahaja. Saya bukan jenis travel setiap bulan. Agoda hanya tawarkan bayaran semula dalam bentuk baucer sahaja dan saya memang tak setuju.
Apa yang saya buat untuk dapatkan semula duit saya?
Kata Khairy, dia tidak berdiam diri dan menolak sepenuhnya tawaran dari Agoda dan mahukan wangnya kembali. Dan dia juga ajari, sesiapa yang terkena scam begini, boleh ikut langkah dia lakukan untuk mendapatkan semula bayaran penuh yang dibuat.
“Jadi saya buat keputusan. Langkah pertama, fight melalui bank. Beri bukti Credit card dispute (chargeback). Walau proses ini memakan masa lama tapi kena sabar dan selalu follow up. Dan apa yang saya dapat selepas bersabar lima bulan, duit saya dikembalikan sepenuhnya.
“Pengajaran paling besar apabila kena scam begini, jangan terima apa-apa jika tahu kita di pihak betul. Baucer bukan solusi kalau kita tak setuju dengan penawaran itu. Paling penting simpan semua bukti.
“Kita ada hak sebagai pengguna dan boleh tuntut. Kadangkala bukan kita tak boleh menang. Kita cuma berhenti terlalu awal. Kalau korang pernah kena situasi macam ni. Jangan diam. Fight properly.