
Kembar siam dipisahkan di Riyadh, Muhammad ‘kembali’ ke hospital sama selepas 22 tahun, rawat kanser. “Saya rindu dan tak sabar nak balik Malaysia,” kata Muhammad Rosli, 27, yang kini dirawat di Hospital King Fahd National Guard, Riyadh, Arab Saudi selepas disahkan menghidap kanser pundi kencing.
Kembar Siam Dipisahkan Di Riyadh, Muhammad ‘Kembali’ Ke Hospital Sama Selepas 22 Tahun, Hidap Kanser
Sudah lapan bulan Muhammad berada di Arab Saudi bagi menjalani rawatan yang melibatkan lima kali pembedahan dan lima sesi kemoterapi. Kini, beliau disahkan pulih dan sedang menjalani rawatan susulan di hospital berkenaan.

Menariknya, hospital yang sedang merawat Muhammad kini merupakan lokasi sama beliau dan kembarnya, Ahmad, dipisahkan lebih dua dekad lalu. Bak kata pepatah, bagai sirih pulang ke gagang.
Muhammad pernah menjadi tumpuan seluruh negara apabila beliau dan Ahmad yang lahir sebagai kembar siam, menjalani pembedahan pemisahan hati di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 2001. Pembedahan pemisahan sepenuhnya dilakukan di Hospital King Fahd National Guard, Riyadh, pada September 2002 dan mengambil masa 22 jam 45 minit.

Menurut laporan Harian Metro, Muhammad ke Arab Saudi selepas menerima jemputan menghadiri Persidangan Antarabangsa Kembar Siam 2024 yang berlangsung pada November lalu. Persidangan itu menghimpunkan 40 pasangan kembar siam dari pelbagai negara.
Beberapa minggu sebelum berlepas ke Riyadh, Muhammad mengalami kesukaran membuang air kecil dan sempat mendapatkan rawatan di hospital di Malaysia sebelum keadaannya kembali normal.
Namun, sebaik sahaja hari pertama menghadiri persidangan, simptom itu kembali semula.
“Pada hari pertama menghadiri persidangan, masalah itu kembali berulang dan saya terus dibawa ke hospital untuk menerima rawatan. Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat batu karang pada pundi kencing dan pembedahan perlu dijalankan.
“Ketika pembedahan untuk mengeluarkan batu karang itu dijalankan, doktor menemui tumor di pundi kencing yang jarang berlaku.
“Walaupun diberi pilihan untuk pulang untuk mendapatkan rawatan di Malaysia, saya membuat keputusan untuk terus kekal di hospital yang berjaya memisahkan saya dan abang,” katanya.
Bapanya setia menemani sepanjang rawatan termasuk ketika beliau menjalani lima pusingan kemoterapi yang dilakukan setiap dua minggu.
“Selepas menjalani kemoterapi pusingan kelima, pemeriksaan mendapati tumor pada pundi kencing tidak menunjukkan perubahan positif. Pada ketika ini, saya berasa agak sedih kerana akan berada lebih lama di Arab Saudi.
“Atas nasihat doktor, saya menjalani pembedahan membuang tumor dan pundi kencing selama sembilan jam pada Mei lalu,” katanya.
Selepas pembedahan itu, Muhammad diuji pula dengan komplikasi pada bahagian usus hingga perlu menjalani tiga lagi pembedahan dalam tempoh seminggu.
“Selepas pembedahan itu, lima minggu makanan terpaksa diberikan dengan menggunakan jarum untuk mengelakkan masalah usus berulang. Hanya dua hari lepas, baru saya dapat makan seperti biasa,” katanya.
Muhammad menzahirkan kesyukuran kerana segala kos rawatan, penginapan dan pengangkutan sepanjang berada di sana ditanggung oleh King Salman Humanitarian Aid and Relief Center (KSrelief).
“Doktor memberikan rawatan terbaik dan jururawat dari Malaysia yang bertugas di hospital sentiasa memastikan saya dalam keadaan baik dengan sering melawat dan membawa makanan Malaysia yang sedikit sebanyak dapat mengubat kerinduan terhadap tanah air.

“Kini keadaan saya sudah semakin beransur pulih dan dijangka dibenarkan keluar dari hospital dalam masa terdekat. Saya tidak sabar untuk pulang ke Malaysia kerana rindukan keluarga dan makanan di sana.”
Sumber: Berita Harian Online
Baca artikel lain juga: Lapan Pasangan Kembar Belajar Di Sekolah Yang Sama, Cikgu Selalu Keliru
Kembar Siam Tertua Di Dunia, Lori & George Menghembuskan Nafas Terakhir Pada Usia 62 Tahun
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Bella Astillah Doakan Suami Menjadi Insan Yang Baik “Semoga Allah Merahmati Dirimu”

Isteri kepada Aliff Aziz, Bella Astillah sempena hari jadi suaminya yang ke-30 mendoakan agar suaminya menjadi seorang insan yang baik.
Sebelum ini, Aliff Aziz dan Bella pernah terpalit dengan pelbagai kontroversi sehingga bercerai pada 16 Mei dan kemudian mereka rujuk semula dalam tempoh edah.
Kini pasangan ini kelihatan begitu bahagia dalam melayari bahtera rumah tangga mereka.
Bella Astillah Mendoakan Aliff Menjadi Anak, Suami & Ayah Yang Baik

Menerusi perkongsian di akaun Instagramnya, Bella mengirimkan beberapa foto sambutan hari lahir suaminya dan mendoakan yang terbaik buat suaminya.
“Selamat hari jadi b, semoga Allah SWT sentiasa merahmati awak dan menjadi seorang anak yang baik kepada umi, ayah, abang yang baik, suami yang baik, menantu yang baik, ayah yang baik untuk anak-anak dan insan yang baik, insyaAllah,” tulisnya.
Malah sambutan hari jadi yang sangat ringkas ini juga begitu bermakna buat mereka sekeluarga.
“Love You Sayang”

Menerusi ruangan komen pula, Aliff Aziz juga turut membalas ucapan isterinya;
“Thank you so much for everything you did today, yesterday, and all the days before this since i met you for the first time sayang. May Allah bless you and keep you in his Rahmah love. Thank you for the DIY deco you did for me today too. Love you sayang,” komen Aliff.
Baca Disini Juga:
Bella Astillah Hamil Anak Kedua, Sudah Rujuk Dengan Aliff Waktu Dalam Eddah
Selamat Bernikah, Syanie Akui Bukan Senang Buka Hati Selepas Dua Kali Perkahwinan Terlerai
Ramai Yang Doakan Pasangan Ini Terus Bahagia


Sumber/Sumber Foto: Instagram Bella Astillah
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kerana 10 Dinar Emas, Selamatkan Gadis Muda Hilang RM100,000 Sekelip Mata

Sedangkan hilang RM100 pun dah rasa ralatnya macam mana, inikan pula cerita hilang duit sejumlah RM100,000 dalam sekelip mata. Dan ketika itu, dirinya masih bergelar mahasiswa. Namun, inilah kisah benar yang dialami Nur Aliah Mohd Nor ketika mula-mula berkecimpung dalam perniagaan.
Dan, akhirnya berbekalkan 10 dinar emas terakhir yang ada di tangan, akhirnya menyelamatkannya dari terus jatuh terduduk. Bagaimana gadis muda ini mampu bangkit kembali. Ikuti kisahnya.

Kerana Percaya Kawan, Sekelip Mata Hilang RM100,00
Ni gambar Lia masa baru hilang RM100,000. Teruk juga Lia menangis masa tu.
Tak ramai tahu kisah Lia pernah hilang sampai RM100 ribu sedebuk cash sebelum ni. Ramai orang tahu kisah anak muda berjaya beli outlet berharga RM1.2 juta pada umur 24 tahun je tapi tak ramai tahu gadis ni la juga yang pernah menderita dan hampir bangkrap suatu ketika dahulu!
Dah ready nak tahu cerita Lia hilang RM100,000 sedebuk cash suatu ketika dahulu?
Semasa awal Lia mulakan bisnes, parents Lia antara orang yang paling support Lia. Antara nasihat mahal yang Lia tak akan lupakan mereka bagitahu waktu bisnes tengah naik cepat-cepat asingkan terus 50% dari duit bisnes jadikan sebagai simpanan.
Alhamdulillah bisnes Lia ketika itu naik dengan sangat cepat. Student mana yang tak ‘culture shock’ dulunya selalu tak cukup duit tapi sekarang waktu belajar boleh pegang duit dengan banyak dan siap boleh bagi duit bulanan RM500 dekat parents!
Namun, semuanya berubah ke 0 apabila Lia di tipu RM100 ribu ringgit dalam sekelip mata je oleh kawan Lia sendiri! Masa tu semua benda dah Lia gadai.
Duit dalam akaun bank bisnes dah kosong! Nak rolling duit restock Dexandra pon tak ada! Sehinggakan ranking Lia dalam Dexandra jatuh dari top 10 ke no 50 lebih.
Semuanya kerana Lia percaya pada kawan Lia kerana dia tengah susah dan perlukan duit untuk jalankan bisnes dia. Niat Lia ikhlas nak bantu dia. Tetapi akhirnya bisnes tak jalan dan orangnya pon hilang.
Kerana 10 Dinar Emas Yang Ada Di Tangan
Tapi Lia bersyukur, sewaktu Lia betul-betul susah, Lia langsung tak sentuh duit dalam akaun bank simpanan. Sebab bagi Lia duit dalam akaun simpanan tu once kita dah simpan, kita kena lupakan. Jangan usik langsung.
Jadi macam mana Lia bangkit semula dalam Dexandra sebabnya waktu itu Lia ada pegang fizikal emas 10 dinar yang nilainya ketika itu RM8,000 lebih. Lia pajak 10 dinar itu dan duit itu Lia jadikan modal untuk restock Dexandra semula.
Dengan betul-betul takawal kepada Allah SWT, Lia kembali bangkit dan bersemangat! Lia bersihkan hati Lia, Lia berbisik dan berdoa semoga Allah keluarkan Lia daripada ujian yang dasyat ini. Di sampung itu Lia juga memaafkan orang yang berhutang dengan Lia itu seikhlasnya, dan Lia redha atas segala yang terjadi.
Rupanya Allah dengar doa dan Allah nampak usaha Lia. Dalam sekelip mata saja ranking Lia dalam stokis Dexandra yang dah jatuh teruk jadi 50 lebih tiba-tiba naik mendadak menjadi Top Three (3) Stokis Dexandra!
Masa itu baru la Lia faham. Kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari sebab Allah nak turunkan hujan. Syukur Alhamdulillah pada December 2016 Lia dapat tiket menunaikan umrah secara percuma bersama dengan mama dan papa Lia hasil achievement Lia dalam Dexandra!

Mohon Betul-betul Agar Diberikan Kekuatan BERSABAR
Kawan-kawan,
Ujian yang hebat untuk orang hebat. Tapi untuk jadi orang yang hebat kuncinya ialah banyakkan BERSABAR.
Jujurnya ada doa untuk mendapatkan kekuatan bersabar. Lia dulu selalu baca doa ini untuk teruskan perjuangan dalam bisnes. InshaAllah dengan doa ini kita akan dikurniakan kekuatan untuk bersabar.
رَبَّنَآ أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَتَوَفَّنَا مُسْلِمِينَ
“Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMu)”.
(Quran Al-A’raf 7:126)
Nota : Next post dalam episode unleashed ni Lia nak kongsikan pula macam mana Lia bangkit dengan cepat dalam bisnes.
Semoga perkongsian Lia ini memberi inspirasi kepada anda semua. Silakan #share dengan bahagia.
Jom dapatkan ilmu mahal dan info kewangan yang terkini di sini. Ada 32 ribu orang dalam tu. Klik sini sekarang : https://t.me/nuraliahmohdnor
Sumber/Foto : Nur Aliah Mohd Nor *Artikel diterbitkan dengan keizinan daripada penulis.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Wanita Ini Kongsi Cara Mudah Buat Sendiri Sosej Ayam Keju Sedap Untuk Anak Tanpa Bahan Pengawet

Mudah je sebenarnya nak buat sendiri sosej ayam keju ni. Anak-anak biasanya memang suka makanan sampingan seperti nugget, sosej, kentang goreng dan sebagainya berbanding makanan berat seperti nasi dan mi. Tapi walaupun anak suka, makanan proses ni tak elok sebenarnya kalau mak-mak berikan selalu.Lagi pulak, makanan proses yang dibeli ni mengandungi banyak perasa tambahan dan bahan pengawet.
Melalui perkongsian oleh Puan Nyssa Kamal, wanita ini kongsikan cara mudah nak buat sendiri Sosej Ayam Keju yang sedap dan paling penting tiada bahan pengawet serta 100 peratus menggunakan daging ayam. Tak lah risau nak bagi anak makan sosej ni, sebab bukan sahaja sedap, malah bahan-bahannya pun terjamin selamat.
Bolehlah mak-mak cuba buat sendiri. Tak perlu beli dah makanan proses ni.
Berikut merupakan perkongsiannya;
Bahan-Bahan:
Daging ayam
Cheese keping (2-3 keping)
1 sudu kecik mix herbs
1 sudu kecik cajun (kalau tak nk letak pun xpe sbb cajun ni rasa pedas)
Garam (ikut sedap rasa)
Daun bawang
Daun sup
Sedikit bawang putih
Plastik ais krim atau daun pisang
Cara Membuat:
1.Kisar daging ayam
2.Masukkan cheese yang dah dikoyakkan dan bahan-bahan yang lain serta gaul sampai sebati.

3.Masukkan ke dalam plastik ais krim (boleh rujuk gambar) atau pakai daun pisang lagi senang.
4.Kukus dalam 10-15min.
5.Selepas kukus koyakkan plastik dan sejukkan sekejap.
6.Simpan dalam peti sejuk.

Sosej ini sedap dimasak sup atau digoreng. Yang pasti menggunakan bahan-bahan sihat untuk anak-anak.

Selamat Mencuba!
Sumber & foto : Nyssa Kamal
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!

