Keluarga arwah pelajar jatuh bangunan sekolah Zara Qairina mahukan keadilan & jawapan. Dedah kronologi. Kematian pelajar tingkatan satu, arwah Zara Qairina binti Mahathir yang ditemui tidak sedarkan diri selepas terjatuh dari tingkat tiga asrama sekolahnya, sebuah sekolah asrama beraliran agama cukup menyayat hati.
Awalnya dianggap sebagai “terjatuh” namun pendedahan warisnya secara penuh di facebook ada sesuatu yang sangat mencurigakan terjadi kepada arwah yang merupakan seorang anak yang baik dan sentiasa bersikap berani walau ada dakwaan dibuli di sekolahnya.
Selepas mendedahkan kronologi penuh pertanyaan demi pertanyaan di fb Syira Leizel Janice Abdullah yang juga waris arwah, terkini dirinya mendedahkan keluarrga mendapat maklumat terbaru bahawa ada pelajar yang sedang berpindah sekolah selepas kejadian menyayat hati ini.
Hari ini, kami dimaklumkan pula budak tomboi dan beberapa pelajar lain sedang dalam proses pindah sekolah.Siasatan belum selesai. Keterangan belum semua diambil. Tapi mereka sedang dialihkan… keluar dari perhatian.
Apa makna semua ini?
Kisah pelajar yang jatuh bangunan sekolah ini sudah ada dalam makluman Menteri Pendidikan, YB Fadlina Sidek namun buat masa ini tiada kenyataan rasmi dikeluarkan. Barangkali masih menunggu siasatan penuh dilakukan oleh pihak berkuasa.
Berdasarkan kronologi dibuat oleh warisnya, wujudnya watak-watak pelajar termasuk seorang pelajar berperwatakan tomboi yang didakwa pernah mencium bibir arwah dan kemaluannya ketika arwah tidur. Ia disahkan oleh pelajar lain yang melihat kejadian ini.
Bahkan cara urus tadbir asrama yang mana pelajar masih tidak tidur pada jam 2-3 pagi juga dilihat sesuatu yang tidak normal termasuk dakwaan pelajar yang ternampak arwah sudah terbaring di lantai dengan leher terkulai pada hari kejadian ketika mahu mengambil air pada jam 3 pagi.
Pelajar Perempuan Tingkatan Satu Maut, Jatuh Dari Tingkat 2 Bangunan Sekolah!
Lebih menyayat hati, walau ditemui masih hidup namun situasi arwah Zara sudah tiada harapan berikutan organ dalamannya rosak teruk dan jika diberi peluang kekal begitu, ia umpama mayat hidup. Dan pastinya saat paling menyedihkan seorang ibu adalah memberikan kebenaran mesin oksigen pernafasan anak dicabut.
Dalam pada itu, ia turut menarik perhatian Pengerusi Mara, Dr Asraff Wajdi yang memaklumkan akan menghungi Menteri Pendidikan bagi mendapatkan maklumat mengenai isu yang sangat serius ini.