Ramai yang kagum dengan rumah kayu usang di kelilingi semak, akhirnya bertukar jadi kemas, cantik. Malah dihiasi bunga terutama bunga Ati-ati, kaktus. Tentu ramai tertanya-tanya cerita di sebaliknya.
MW menghubungi pemiliknya, Siti Aishah bertanya serba sedikit kisah rumah kayu yang terletak di Kg. Sentosa, Maran, Pahang ini. Katanya, tiga bulan mereka sekeluarga bersihkan rumah yang dikelilingi semak, rumput lalang.
Dalam posting sebelumnya, pemilik ini maklumkan akan kesyukurannya dengan rezeki yang Allah beri. “Tidak pernah mengeluh. Terima itu adalah rezeki kami. Teringin nak landskap macam dalam grup ini (grup Laman Landskap Keliling Rumah) cantik-cantik belaka. Tapi nampaknya masih lagi jauh perjalanan saya.”
Kata Siti Aishah, rumah itu dibelinya dari hasil simpanan keluarga hampir 10 tahun. Rumah yang baru dibeli itu, tak lagi diduduki.
“Rumah kayu tu tak duduk lagi, masih banyak kena buat. Tapi slow-slow, sebab bajet dah habis. Dapur dah reput. Kena kumpul duit semula.”
Tambahan pula, suaminya hanyalah bekerja kampung. Manakala dia cuma seorang suri rumah, yang membantu menambah pendapatan suami dengan berniaga kecil-kecillan.
“Jual-jual kek kat rumah.”
Ads
Hasrat mereka untuk membeli sebidang tanah dengan rumah kayu itu tercetus dari minatnya yang suka bercucuk tanam.
“Saya mahukan tanah tu boleh bercucuk tanam. Sebab saya suka menanam. Nak buat rumah batu cantik-cantik, modal pun dah tak ada.”
Bagaimana pun, Siti Aishah merancang untuk memohon bantuan Mesra Rakyat bagi merealisasikan impiannya itu.
Memandangkan masih banyak yang perlu dibaiki, Siti Aishah sekeluarga cuma membersihkan dahulu lama dan kediaman di tanah barunya. Buat masa ini, mereka masih lagi menetap di kediaman asal yang tak jauh dari rumah barunya itu.
“Dalam 5km juga nak gi rumah tu.” Maklumnya lagi.
Ads
3 Bulan Siap Bersihkan Rumah Kayu Dikelilingi Semak
Akui Siti Aishah lagi, kerja-kerja mengemas dan membersihkan dalam dan luar rumah usang itu dilakukan bersama suami dan anak-anak.
“Mula-mula tu kesian juga kat anak-anak. Habis gatal-gatal badan. Dulu anak panggil rumah itu, rumah h4ntu. Sekarang dah panggil rumah baru.”
Proses membersih itu mengambil masa dekat tiga bulan lamanya.
“Kami buat dari bulan 9 sampai hari ini. Sebelum ini, setiap kali nak buat kerja membersih, tunggu anak-anak balik dari Sekolah Kafa. Ambil diaorang terus pergi ke rumah tu buat kerja bakar ranting, rumput.”
Ads
Mereka akan habiskan masa sampai 2 jam untuk kerja membersih di rumah berkenaan. Kecuali hari Sabtu dan Ahad, dapatlah mereka berlama-lama di situ. Memandangkan anak-anaknya tak bersekolah pada hari tersebut.
“Sekarang anak-anak tak sekolah memang pergi hari-hari. Buat sikit-sikit.”
Bukan saja luaran kediamannya jadi bersih dan cantik, malah dalam rumah pun dihias kemas. Malah, Siti Aishah menggunakan cat warna hijau untuk mencantikkan hiasan dalaman ruang tamu.
MW : Ramai yang kagum dengan kegigihan keluarga ini. Serba sedikit menyuntik inspirasi kepada ramai orang. Tak mewah pun asalkan pandai jaga, rumah tetap nampak cantik di mata.
Pelajar tingkatan 3 dibuli, dakwa dipukul, seluar dilondeh, nyaris dijerut dengan dawai. Seorang pelajar tingkatan tiga mengalami kecederaan selepas dipercayai menjadi mangsa buli sekumpulan pelajar yang bertindak memukul, menurunkan seluarnya serta hampir menjerut lehernya menggunakan dawai dalam satu kejadian di sebuah sekolah di Pasir Mas, Kelantan.
Pelajar Tingkatan 3 Dibuli, Dakwa Dipukul, Seluar Dilondeh, Nyaris Dijerut Dengan Dawai
Insiden yang berlaku sekitar jam 10 pagi itu dikatakan melibatkan enam pelajar tingkatan empat. Tindakan mereka bagaimanapun sempat dikesan oleh seorang guru yang kebetulan melalui kawasan berkenaan.
Menerusi Facebook, seorang wanita yang juga merupakan ibu saudara mangsa mendakwa kejadian tersebut amat keterlaluan apabila anak saudaranya bukan sahaja ditampar dan ditumbuk, malah seluar turut dilondehkan.
Malah katanya, anak saudaranya nyaris dijerut menggunakan dawai sebelum kejadian itu disedari oleh guru yang secara kebetulan melalui lokasi berkenaan.
Menurutnya lagi, anak saudara ditendang, ditumbuk, dipukul, ditampar, seluar dilondehkan paras lutut, leher hampir dijerut dengan dawai.
“Jika guru tidak melalui kawasan buli itu, mungkin anak saudara saya sudah mati di tangan pembuli.
“Malam tadi enam keluarga datang rumah mak abah saya minta kami tarik kes. Saya minta tolong supaya keluarga pembuli berkenaan tidak meminta adik saya menarik kes ini.
“Semua pembuli itu baru tingkatan empat, namun boleh berfikir dan melakukan sampai tahap ini. Apa akan jadi bila mereka berusia 20 tahun?” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed mengesahkan kejadian berkenaan.
Beliau berkata, enam pelajar berusia 16 tahun telah ditahan berhubung insiden itu dan pihak polis sedang menguruskan permohonan reman pada pagi ini.
“Saya akan mengeluarkan kenyataan lanjut selepas ini,” katanya.
Mak mak paling berdebar, bila sedang tenang memandu, tiba-tiba ada sekatan jalan raya. Ada juga mak-mak yang jenis panik, berhenti dahulu di tepi. Ambil nafas tenang-tenang baru jalan.
Sungguh cara itu bahaya, sebab polis trafik atau JPJ akan fikir pemandu sedang menyembunyikan sesuatu. Sebaiknya apa yang pemandu perlu buat?
Tip mudah lepasi sekatan jalanraya yang dikongsikan, Hayati Abu Hassan, Penolong Pegawai Keselamatan Jalan Raya, JKJR Pahang ini antara panduan yang mak-mak boleh cuba. Moga lepas ini tak perlulah panik sampai serabut perut dibuatnya.
Teruslah memandu dengan tenang, walau dalam hati tuhan je yang tahu betapa berdebarnya bila terserempak dengan sekatan jalan raya.
7 Tip Mudah Lepasi Sekatan Jalan Raya JPJ Atau Polis
“Hati kita asyik berdebar. Serabut perut bila nampak kon JPJ atau Polis. Kadang tak ada silap pun tetap terketar-ketar nak melalui kawasan sekatan jalan.”
Saya kongsi tip untuk memudahkan dan takkan membuatkan kita berlama-lama di hadapan pegawai JPJ atau Polis Trafik seperti di bawah:
Jangan cuba-cuba lari dari sekatan jalan. Depa ada pegawai yang tunggu di lorong-lorong tikus tau. Jarang boleh lepas.
Sediakan dokumen secukupnya. Kad pengenalan, lesen memandu. Roadtax juga!
Jika waktu malam, nyalakan lampu dalam kereta.
Turunkan tingkap.
Senyum dan beri salam bagi yang beragama Islam. Jika bukan Islam, ucapkan selamat malam atau siang.
Tunjukkan dokumen-dokumen tadi walau tanpa diminta.
Apabila selesai dan diarahkan jalan, ucapkan terima kasih. Teruskan tersenyum.
Ha, senang tak? Tak perlu gelabah sampai berpeluh-peluh.
Pegawai yang bertugas pun akan senang hati saja lepaskan kita sebab nampak kita bersedia dan yakin.
Kadang-kadang roadtax mati pun mereka tak perasan kalau confident macam ni.”
Senang je rupanya nak buat Puff Tuna sendiri di rumah. Almaklumlah, kalau beli di kedai boleh tahan juga harganya. Lebih baik mak-mak buat sendiri ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Norizan Abd Manan ini. Pasti terjamin kesedapannya, malah lebih menjimatkan, boleh makan sepuas hati. Anak-anak dan keluarga pun mesti suka.
Berikut perkongsian resipi wanita ini;
“Alhamdulillah..lepas ni dah tak payah beli kat luar, kalau beli seketol pun dah RM3 lebih.. puas hati buat sendiri dan dapat makan berketul-ketul sampai kembong.”
“Puff Tuna ni memang menjadi kesukaan kami sekeluarga. Terima kasih kakak kesayangan saya, kak Mariana Zainal.Resepi-resipinya tak pernah mengecewakan. Semuanya sedap dan marbeles.”
Bahan-Bahan:
1 Tin Cili Tuna
Keju Cheddar (dicarik)
Bawang Merah (dihiris)
Cili padi (dihiris)
Susu Cair
1 Biji Telur
Sebungkus Puff Pastry (square)
Cara Membuat:
1.Campurkan bawang merah, tuna, keju cheddar dan cili padi kedalam mangkuk dan gaul sebati.
2.Taburkan tepung ditalam supaya kulit pastry tak melekat.
3.Letakkan tuna diatas kulit pastry.
4.Tekan-tekankan hujung garfu pada hujung pastry untuk elakkan inti dalam menyerenggeh keluar. Pastu cucuk-cucukkan bahagian atas untuk keluarkan angin-angin.
5.Griskan dengan adunan kuning telur dan campur sikit susu cair.
6.Bakar suhu 180C selama 20 minit.
Tadaaaaa….dah siap!
Selamat Mencuba.
Info Ekstra!
Tuna tak perlu dimasak. Nak masak pun boleh tapi jangan letak minyak atau kurangkan minyak sebab nanti kulit pastry akan jadi lembik.Kulit pastry tu dah sedia ada elemen minyak (butter)
Kalau oven saiz kecil, elok letak bahagian bawah. Kalau besar letak bahagian tengah-tengah.
Jadi buat mak-mak yang nak cuba buat puff sendiri, boleh cuba resipi mudah dan ringkas yang dikongsik ini. Sesuai sangat untuk buat hidangan minum petang atau sarapan pagi.
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.