Selebriti

Kekal Dengan Berat 43KG, Faezah Elai Amalkan Intermittent Fasting Sampai Sekarang

Share

Terpesona melihat kecantikan dan kelangsingan pelakon, Faezah Elai yang mana beratnya masih sekitar 43 kilogram (kg)sejak zaman anak dara sehingga hari ini.

Kekal Dengan Berat 43KG

Bila digali, rupanya ibu anak dua ini memilih kaedah Intermittent Fasting (IF) yang membantunya mengekalkan berat badan yang stabil dan sesuai dengan ketinggiannya.

Menerusi satu video Lifestyle Media, pemilik nama penuh Noor Faezah Md Elai, 43, itu berkata, dia sudah lama mengamalkan kaedah tersebut dan mengakui pada awalnya agak sukar untuk melakukannya.

Berat saya sekarang adalah 43 kg. Saya amalkan IF sejak zaman ‘purba’ lagi, ketika saya anak dara.

“Saya sudah terbiasa dengan IF dan memang saya buat perlahan-lahan,” katanya dalam sebuah video TikTok.

Faezah Elai Amalkan Intermittent Fasting Sampai Sekarang

Katanya, dia memilih untuk mengamalkan kaedah tersebut kerana mahu menjaga kesihatan ditambah pula rutinnya sebagai seorang ibu yang menuntut tubuh badan sihat.

“Saya seorang ibu, jadi badan memang perlu sentiasa sihat.

Sebagai seorang pelakon, saya juga jaga penampilan setiap kali muncul dalam televisyen sebab selalunya akan nampak sedikit berisi berbanding saiz sebenar.

“Kalau orang jumpa saya di luar, mereka akan kata saya kecil dan halus tetapi dalam TV nampak tiga kali lebih besar,”

jelasnya.

Untuk rekod, Faezah merupakan isteri kepada isteri kepada pengarah Heykal Hanifah dan dikurniakan tiga cahaya mata.

Published by
Nadia