Kawal ego & kemarahan “lelaki kalau nak dihormati isteri, jangan guna ego akan memakan diri sendiri”. Itulah antara nasihat yang cukup bernas buat kaum lelaki.

Dalam perkahwinan tolonglah kawal ego dan kemarahan dengan pasangan barulah dapat bina rumah tangga yang bahagia

Kawal Ego & Kemarahan

Para suami tolonglah ubah perangai jika masih ingin dihormati. Belajar menghormati isteri jika ingin dihormat. Semestinya perasaan hormat takkan dapat dengan automatik kalau diri sendiri tidak menunjukkan contoh yang baik untuk dihormati.

Itulah antara nasihat dan tip dari saudara Dr. Amirul Amin menerusi akaun Facebooknya.

Ternyata apa yang dikongsikan boleh dijadikan rujukan buat suami isteri di luar sana.

“Isteri boleh hilang hormat pada suami yang:

👉 Tak menunaikan solat

👉 Selalu melakukan maksiat

👉 Panas Baran dan Selalu maki hamun

👉 Kaki pukul & Kaki Judi

👉 Mengambil Benda terlarang

👉 Curang (kaki betina)

IKLAN

👉 Mulut puaka,mulut jahat,mulut longkang,mulut murai mengalahkan makcik bawang.

👉 Memberi tekanan mental pada pasangan

👉 Kedekut taik hidung masin/buruk siku

👉 berat sebelah dalam memberi layanan terhadap keluarga isteri

👉 Tidak menunaikan nafkah dan tanggungjawab (nafkah batin dan sebagainya)

👉 Tidak menghargai penat lelah isteri

👉 Selalu mengulangi kesilapan yang sama berulangkali sampai abg jamil kojol.

IKLAN

👉 Membiarkan isteri menguruskan serba serbi dgn sendiri

👉 Tak pernah minta maaf dan akui kesalahan

👉 Ego tinggi mengalahkan gunung Kinabalu

Kawal Ego & Kemarahan “Lelaki Kalau Nak Dihormati Isteri, Jangan Guna Ego Memakan Diri”

Belajar Hormati Isteri

Bila hormat isteri dah mula hilang pada diri suami, lama-kelamaan perasaan cinta dan syg juga akan mulai pudar dan hilang…ramai yg pandang perkara ni sebagai kesalahan isteri bilamana isteri tu tak menghormati suami…

Tapi dgn perkara-perkara yang dinyatakan diatas, adakah beliau layak utk dihormati? Ubah perangai jika masih ingin dihormati…belajar menghormati isteri jika ingin dihormat.

Hormat takkan dpt dgn automatik kalau diri sendiri tidak menunjukkan contoh yg baik utk dihormati.

IKLAN

Lelaki ada Ego, perempuan pun ada Ego.Kena tahu ego ni kegunaannya untuk apa. Yang lelaki kalau nak dihormati isteri, maka jangan guna ego sebab ego lelaki kebanyakannya akan memakan diri sendiri. Akhlak, perangai, pertuturan, perbuatan, budi bahasa si lelaki tu yang menyebabkan isteri taat dan hormat suami.

Ego Tinggi?

Bukan kita kena EGO TINGGI, baru isteri hormat dan taat kepada kita.

Lama-kelamaan isteri akan menyampah, meluat, bosan bila kita asyik menggunakan EGO kita untuk memenangi apa saja perbalahan, pergaduhan dan pertengkaran yang asalnya bermula akibat daripada kesilapan kita sendiri.

Trust me, hubungan yang bahagia, hubungan yang harmoni, pasangan yang gembira, kedua-dua suami dan isteri tolak ego ke tepi. Siapa salah, dia mintak maaf. Siapa yang silap, dialah yang perbetulkan. Siapa yang sedar pasangan dia buat salah dan silap, dialah yang kena bagi teguran dan nasihat. Siapa yang kena tegur dan kena nasihat, dialah yang kena berlapang dada dan terbuka dengan  teguran dan nasihat tersebut,” kongsi Dr. Amirul.

Baca Disini : Perkahwinan 24 Tahun Hancur, Suami Curang, Khianat Pada Isteri Setia, INSTINCT ISTERI Hebat

Kecoh Ayat Isteri Cerminan Suami, Ramai Lelaki BANGKANG. Kisah Isteri Nabi Nuh & Lut Jadi Bukti

Kawal Ego & Kemarahan “Lelaki Kalau Nak Dihormati Isteri, Jangan Guna Ego Memakan Diri”

Sumber / Sumber Foto :  Facebook Dr Amirul Amin

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Edika Yusof Lelaki Kacak Yang Setia 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI