Kecoh ayat isteri cerminan suami, ramai lelaki BANGKANG. Kisah isteri Nabi Nuh & Lut jadi bukti. Di media sosial meriah dengan kisah rumahtangga  Syamsul Yusof, Puteri Sarah Liyana dan Ira Kazar. Ramai mengulas mengikut sudut pandang masing-masing.
Mengulas mengenai satu isu, kita akan menemui pelbagai keragaman pandangan dan tidak semestinya apa kita lontarkan diterima oleh orang lain.

Kecoh Ayat Isteri Cerminan Suami

Kala ini, ramai memperkatakan ayat “isteri cerminan suami” di mana ia bermula dari satu tweet  dai Finaz Yunus “saat isteri meroyan, merentan tentang rumahtangga di media sosial. Kita selaku manusia yang punya akal kena lihat bagaimana suaminya menyantuni isterinya di rumah dan ia mendapat respon dari Cikgu Mohd Fadli Salleh.
Dalam catatannya yang mendapat tanda setuju dari orang lelaki,  Cikgu Mohd Fadli menjelaskan tindak tanduk manusia bergantung kepada cara mereka mengawalnya sendiri, bukan cerminan dari orang lain khususnya suami.

Bacalah perkongsiaan.

Maaf, saya langsung tak setuju dengan ayat ‘isteri cerminan suami’.
Isteri itu ada akal yang waras, segala tindak tanduk mereka bergantung pada cara mereka mengawal emosi, cara mereka berfikir.
Langsung tak boleh nak salah pihak lain terutamanya suami bila seseorang isteri meroyan, merentan, mengamuk dan berkelakuan tidak elok.
Kenapa asal nampak isteri bersikap teruk nak salahkan lelaki atau suami? Tindak tanduk isteri itu terhasil dari sikap dia sendiri, bukan orang lain.
Isteri Nabi Lut a.s dan isteri Nabi Nuh a.s derhaka dan bersikap tidak elok. Adakah ia mencerminkan layanan suami mereka?
Bahkan ramai sahaja pasangan yang suaminya panas baran, sering memukul, tidak solat, suka berjudi, tapi si isterinya begitu sabar dan solehah. Menjaga aib suami, tetap taat dan redha.
Bila isteri solehah dan baik sedangkan suaminya tidak baik, tidak pula keluar kata-kata ‘isteri itu cerminan suami’.
Tapi bila isteri itu meroyan, biadap, melampau batas dan berkelakuan tidak elok, tiba-tiba suami dipersalahkan dan segelintir mereka menuduh isteri menjadi tidak baik kerana cara suami santuni mereka itu tak betul.
Eh, boleh gitu pulak?
Teringat kata-kata Zainuddin dalam filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck karya Hamka,
“Demikianlah perempuan, ia hanya ingat kekejaman orang kepada dirinya walau pun kecil dan ia lupa kekejamannya sendiri pada orang lain padahal begitu besarnya”.
Setiap individu yang akil baligh dan matang fikiran mereka perlu bertanggungjawab terhadap sikap dan kelakuan mereka.
Bila lelaki salah, dia salah. Dan bila wanita salah, mengaku sajalah. Tak perlu salahkan lelaki pula.
Begitulah.
Selamat pagi dunia maya!

#MFS

IKLAN
IKLAN
IKLAN
Dan selepas beberapa jam artikel ini dimuat naiknya dan menerima banyak komen khususnya dari orang perempuan yang selalu ingin menang, Cikgu Fadli dalam nada bergurau menulis:-
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI