Kapal Dinaiki Ardell Tidak Dapat Dihubungi, Terkini 3 Lagi Aktivis Menaiki Kapal Free Willy Telah Ditahan

Share

Kapal dinaiki Ardell tidak dapat dihubungi, dua aktivis Malaysia gagal dikesan. Dalam perkembangan terkini dikeluarkan oleh facebook Sumud Nusantara Official sekitar jam 11.30 pagi tadi, dilaporkan dua aktivis Malaysia yang mengikuti misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla iaitu Ardell Aryana dan Razali Awang gagal dikesan.

Ardell yang menaiki bot Mikeno dilaporkan terputus hubungan sementara  Razali Awang yang menaiki bot Inana juga tidak dapat dihubungi selepas terjadinya serangan oleh pengganas Israel di perairan antarabangsa.

Dalam perkembangan terkini, dilaporkan tiga aktivis Malaysia yang menaiki kapal  Free Willy telah ditahan iaitu Hareez Adzrami (Haroqs), Haikal Luqman serta Dr Taufiq sudah ditahan secara tidak sah oleh rejim Israel selepas kapal mereka dipintas  rejim zionis di perairan antarabangsa pada jam 7:53 pagi waktu Gaza sekaligus penahanan tidak sah.

Dilaporkan lebih 200 aktivis dari seluruh dunia yang menyertai misi kemanusiaan ini telah ditahan secara salah oleh tentera pendudukan Israel (IOF) yang terus menghalang misi kemanusiaan ini.

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros