Dalam Negara

Kanak-kanak Perempuan 9 Tahun Maut Didera, Ibu Kandung & Bapa Tiri Direman

Share

Kanak-kanak perempuan 9 tahun maut didera, ibu kandung dan bapa tiri direman. “Saya memang terkejut, langsung tak sangka perkara ini berlaku. Tak pernah pula dengar bunyi pergaduhan, tiba-tiba sahaja dapat tahu budak perempuan itu sudah meninggal dunia,” ujar seorang jiran kepada mangsa yang disyaki maut akibat didera di sebuah rumah di kawasan Kota Laksmana, di sini, pagi Isnin.

Kanak-kanak Perempuan 9 Tahun Maut Didera, Ibu Kandung & Bapa Tiri Direman

Menurut jiran terbabit, kali terakhir dia melihat kanak-kanak itu adalah minggu lalu dan sepanjang pemerhatiannya, tiada perkara yang menimbulkan syak wasangka.

Dia yang bekerja syif malam turut menjelaskan, dia tidak menyedari apa-apa kejadian sehinggalah ternampak kehadiran pihak polis di rumah mangsa.

“Saya balik kerja waktu pagi, terus tidur. Memang tak tahu apa-apa sehinggalah dapat tahu tentang kematian budak itu,” katanya.

Sementara itu, media sebelum ini melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun disyaki menjadi mangsa dera sehingga meninggal dunia, dipercayai perbuatan bapa tirinya.

Menurut sumber, kejadian itu terbongkar selepas pihak polis menerima laporan daripada sebuah hospital swasta sekitar jam 9.45 pagi.

“Pihak hospital memaklumkan kepada polis bahawa terdapat kesan kecederaan mencurigakan pada tubuh mangsa ketika dia dihantar oleh bapa tirinya untuk mendapatkan rawatan di hospital tersebut.

“Pemeriksaan awal mendapati mangsa mengalami kecederaan serius termasuk kesan lebam di beberapa bahagian badan serta kepala, selain patah kaki,” jelasnya.

Difahamkan, mangsa yang berada dalam keadaan kritikal disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan kecemasan di hospital berkenaan.

Susulan itu wanita warga Indonesia yang juga ibu kandung kepada kanak-kanak perempuan yang maut dipercayai akibat didera akan direman bersama bapa tiri mangsa di Mahkamah Majistret di sini, pada pagi Selasa.

Sumber berkata, pasangan berusia dalam lingkungan 30-an yang telah ditahan polis itu akan direman pada jam 9 pagi bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) Melaka, Asisten Komisioner Leow Kian Heong ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut, namun enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih dijalankan.

Sumber: Sinar Harian 1 dan Sinar Harian 2

Baca artikel lain juga: Bekas Finalis MasterChef Dan Bekas Suami Dipenjara 34 Tahun, Dera Amah Hingga Maut

Kenapa Isteri Masih Bertahan Walaupun Suami Kaki Pukul, Mendera

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

 

Published by
Has