Ads

Kanak-Kanak Perempuan Nyaris Maut Dicekik Lelaki Ketika Ke Pasar Malam, Abang Bertindak Berani

ANTARA kecederaan yang dialami mangsa berusia 9 tahun, selepas diserang seorang lelaki tidak dikenali di Bukit Sentosa, semalam. FOTO Ihsan bapa mangsa

Niat ke pasar malam yang sepatutnya menjadi kenangan manis buat tiga beradik bertukar menjadi tragedi mengerikan apabila seorang kanak-kanak perempuan nyaris maut dicekik seorang lelaki di Bukit Sentosa, di sini.

Kejadian kira-kira jam 6.40 petang semalam itu berlaku ketika mangsa yang berusia sembilan tahun berjalan kaki ke pasar malam berhampiran rumah bersama dua lagi beradiknya selepas mendapat keizinan daripada bapa.

Kanak-Kanak Perempuan Nyaris Maut Dicekik Lelaki Ketika Ke Pasar Malam, Abang Bertindak Berani

Dikejar Dan Diseret Masuk Ke Dalam Rumah

Bapa mangsa yang berusia 40 tahun memaklumkan pasar malam berkenaan terletak kira-kira 500 meter dari rumah dan laluan tersebut sering digunakan penduduk setempat.

“Anak saya tiga beradik berjalan kaki ke pasar malam. Kawasan ini selama ini sangat selamat dan tidak pernah berlaku kejadian jenayah,” katanya.

Namun suasana bertukar cemas apabila seorang lelaki yang berada di sebuah rumah di laluan tersebut bertindak agresif.

“Ketika mereka lalu di hadapan rumah suspek, lelaki itu tiba-tiba mengejar anak-anak saya. Dia menarik anak perempuan saya dan menyeretnya masuk ke dalam rumah,” katanya ketika menceritakan kronologi kejadian.

Abang 12 Tahun Bertindak Berani Selamatkan Adik

Melihat adiknya diseret masuk, abang mangsa yang berusia 12 tahun bertindak spontan mengejar suspek tanpa memikirkan keselamatan diri sendiri.

Ads
Kanak-Kanak Perempuan Nyaris Maut Dicekik Lelaki Ketika Ke Pasar Malam, Abang Bertindak Berani
(Gambar sekadar hiasan)

Keberanian kanak-kanak itu bagaimanapun dibalas dengan kekejaman apabila suspek bertindak ganas terhadap mangsa.

“Saya dimaklumkan suspek memijak, menyepak dan menendang anak saya berkali-kali sebelum mencekiknya,” katanya.

Akibat serangan tersebut, kanak-kanak perempuan nyaris maut dicekik itu mengalami kecederaan termasuk luka koyak di bahagian dagu yang terpaksa dijahit enam jahitan, selain kesan lebam di leher.

Jiran Tampil Menyelamatkan Mangsa

Situasi cemas itu akhirnya disedari oleh jiran-jiran sekitar yang segera masuk ke dalam rumah suspek untuk menyelamatkan mangsa.

“Mujur ada jiran yang perasan dan masuk menyelamatkan anak saya. Kalau lambat sedikit, saya tak tahu apa yang akan jadi,” katanya dengan nada sebak.

Bapa mangsa hanya mengetahui kejadian tersebut selepas seorang individu menghantar anaknya pulang ke rumah sebelum beliau bergegas ke lokasi kejadian.

Ads

Ketika itu, orang awam telah berjaya menahan suspek sebelum menyerahkannya kepada pihak polis.

Anak-Anak Masih Trauma

Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut sebelum dibenarkan pulang.

Namun, kejadian kanak-kanak nyaris maut dicekik ini meninggalkan kesan trauma mendalam kepada mangsa dan adik-beradiknya.

“Anak-anak saya masih trauma dengan kejadian ini,” katanya.

Beliau turut memaklumkan tidak mengenali suspek dan kejadian itu merupakan kali pertama berlaku sepanjang lapan tahun mereka menetap di kawasan perumahan tersebut.

Ads

Pesanan Buat Ibu Bapa

Suspek ditahan orang awam sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Dalam masa sama, bapa mangsa menasihatkan ibu bapa agar tidak memandang ringan aspek keselamatan anak-anak walaupun jarak perjalanan dekat dengan rumah.

“Sekarang ini kita tak boleh jangka apa yang akan berlaku. Tolong lebih berhati-hati dan jangan biarkan anak berjalan sendiri tanpa pengawasan walaupun dekat,” katanya.

Kejadian ini menjadi peringatan pahit buat semua ibu bapa bahawa keselamatan anak-anak tidak boleh dikompromi. Keberanian seorang abang kecil yang sanggup mempertaruhkan nyawa demi menyelamatkan adik tersayang benar-benar menyentuh hati, namun kewaspadaan tetap menjadi benteng utama melindungi anak-anak daripada bahaya yang tidak diduga.

Sumber : Harian Metro

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Ibu Tertinggal Anak Dalam Kereta Sukar Kawal Emosi, Dilihat Menangis Saat...

Ibu bapa anak kanak-kanak yang tertinggal di dalam kereta semalam dilihat sukar mengawal perasaan dan hanya menangis ketika menunggu jenazah anak di Unit Forensik Hospital Rembau.