Kanak-kanak lelaki lemas dalam kolam renang, Ahmad Firdaus Iqbal akhirnya pergi jua. Kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang sebelum ini dirawat di Hospital Melaka akibat insiden lemas di sebuah kolam renang, disahkan meninggal dunia pada pagi Selasa.
Kanak-kanak Lelaki Lemas Dalam Kolam Renang, Ahmad Firdaus Iqbal Akhirnya Pergi Jua
Perkhabaran duka itu dimaklumkan sendiri oleh bapanya, Ahmad Ridzuan Supian, 36, yang turut mengesahkan kesahihan poster tular daripada Sekolah Kebangsaan (SK) Rinting 3, Johor mengenai pemergian anaknya, Ahmad Firdaus Iqbal.
Menurut Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Melaka, Datuk Ngwe Hee Sem, jenazah kanak-kanak tersebut yang merupakan anak bongsu daripada dua beradik telah diserahkan kepada keluarganya pada jam 12.05 tengah hari untuk urusan selanjutnya.
Ads
“Waris membawa pulang jenazah ke rumahnya di Taman Rinting, Pasir Gudang, Johor bagi urusan pengebumian,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Ads
Sebelum ini, media melaporkan tentang insiden malang yang menimpa sebuah keluarga apabila percutian mereka bertukar menjadi tragedi. Dalam kejadian pada Ahad itu, Ahmad Firdaus Iqbal ditemui dalam keadaan kritikal selepas dipercayai lemas di kolam renang sebuah rumah inap yang terletak di kondominium Taman Kota Shahbandar, Kota Laksamana.
Jodoh beza umur 32 tahun – “Bila kami keluar berdua, ramai ingat isteri emak atau mak cik saya.” Rata-rata ramai yang terkejut apabila tahu hal sebenar. Itu perkara biasa kami lalui sejak berkahwin, tapi saya tak pernah malu kerana apa pun, dia isteri saya dan sangat sayangkannya.”
Demikian pengakuan jujur Mohamad Nazir Annuar Mohamad Kazri, 29, yang kini menjadi perhatian ramai kerana kisah cintanya bersama isteri tersayang, Salmah Jaya, 61. Lebih menarik, Salmah sebelum ini merupakan ibu tunggal kepada tujuh anak setelah kehilangan suami akibat serangan jantung pada 2016.
Pasangan ini mula dikenali selepas video mesra mereka dikongsi Nazir Annuar di media sosial, namun ada segelintir warga maya menyangka mereka anak dan ibu kerana perbezaan umur yang ketara. Ada juga yang tidak percaya mereka sebenarnya suami isteri sah.
Menceritakan kisah sebenar, Nazir Annuar berkata mereka mendirikan rumah tangga pada 16 April 2022 selepas mendapat restu kedua-dua belah keluarga.
Menurut anak kedua daripada tujuh beradik ini, dia sememangnya cenderung kepada wanita berusia dan menganggap jodohnya bersama Salmah sebagai satu anugerah.
Katanya, proses memikat hati isterinya bukanlah sesuatu yang mudah dan memerlukan kesabaran yang tinggi.
“Saya mula stalk, follow dan cuba add isteri di Facebook (FB) sejak 2018 sebab dia nampak comel dan daripada awal memang tahu dia wanita berusia.
“Tapi sebab nak kenal, saya cuba juga dan lama nak tunggu dia terima permintaan saya…isteri pun tak layan saya pada awalnya sampai kecewa.
“Bukan senang nak ‘mengorat’ isteri kerana selepas dapat nombor telefon pun, saya disekat sampai bertukar nombor telefon untuk cuba hubunginya. Tapi akhirnya isteri sudi berkawan dan pertemuan pertama kami pada 2021 di rumah didiaminya dengan anak,” jelas Nazir.
Selepas pertemuan itu, mereka mulai rapat dan serasi disebabkan beberapa minat yang sama termasuk warna kegemaran dan minat terhadap perkara mistik. Hubungan yang bermula dengan persahabatan itu akhirnya berputik menjadi cinta hingga membawa ke jenjang pelamin selepas setahun berkenalan.
“Keluarga saya tiada masalah sebab semua tahu minat saya cuma anak tiri tak boleh terima pada awalnya kerana usia saya muda.
“Tapi mereka akhirnya lembut hati untuk terima dan paling terharu apabila isteri pun ajak kahwin bagi menghalalkan hubungan.
“Awal perkahwinan kekok juga dan paling tak dapat lupa waktu bermaafan di pagi raya tapi lama kelamaan okay. Cuma isteri berpengalaman jadi dia pernah tegur misalnya bab memasak dan ada masa ‘melantun’ juga mungkin sebab saya suami tapi kini, kami semakin boleh bertolak ansur,” kata Nazir yang kini bekerja sebagai kru katering di pelantar minyak.
Nazir juga tidak menolak wujud pandangan negatif daripada sesetengah pihak, namun dia memilih untuk tidak melayan kecaman tersebut.
“Tapi saya tak endahkan kerana bagi saya, perkahwinan kami adalah ketentuan-Nya. Jadi tak ada isu pun kerana sejak awal sudah sedia maklum dengan siapa saya berkahwin.
“Soal anak pun bukan masalah kerana tahun pertama kahwin, isteri hamil cuma tak ada rezeki kami selepas dia keguguran.
“Jadi tak ada apa yang saya harap dan doa melainkan dapat jadi suami lebih baik juga kebahagiaan dalam perkahwinan kami,” ujarnya penuh harapan.
Sementara itu, Salmah mengakui dirinya tidak pernah berhasrat untuk berkahwin semula selepas pemergian arwah suami, malah menolak ramai yang ingin berkenalan dengannya ketika dalam tempoh iddah.
“Waktu dalam tempoh iddah pun, sudah ada lelaki datang nak berkenalan, kebanyakannya umur 30 hingga 40 an tapi saya tak terima ketika itu kerana fikir sudah tak nak kahwin.
“Suami pun umurnya lebih kurang anak jadi berat nak terima awalnya tapi yang buat saya lembut hati bila tengok kesungguhan suami yang sanggup redah motosikal dalam banjir untuk jumpa saya.
“Anak mulanya susah nak terima dan saya pun tak pernah pujuk tapi mereka akhirnya akur kerana enggan saya menangis sebab tak bahagia.
“Pernah juga tanya suami, tak malu ke jalan dengan saya dan katanya tiada apa nak dimalukan. Sebagai wanita, saya bersyukur dapat pasangan sepertinya dan berdoa semoga jodoh kami berpanjangan,” ujar Salmah dengan penuh rasa syukur.
Pasangan unik ini membuktikan bahawa cinta sejati tidak mengenal usia, dan yang paling penting adalah keikhlasan, kesungguhan serta kesetiaan dalam perhubungan.
Ibu Zayn Rayyan diperintah bela diri lakukan pengabaian, Zaim dilepaskan atas pertuduhan pengabaian anak.
Doa rakyat Malaysia yang mahukan keadilan buat arwah Zayn Rayyan yang ditemui mati dibunuh pada 6 Disember 2023 dua tahun lalu didengari apabila Hakim Mahkamah Sesyen Petaling Jaya membacakan keputusan akhir kes pendakwaan pagi ini.
Ibu Zayn Rayyan Diperintah Bela Diri
Selepas dibacakan penghakiman, ibu kepada dua cahayamata itu, memilih untuk memberi keterangan bersumpah dari kandang tertuduh yang membolehkan pihak pendakwaan menyoal balas dalam prosiding membela diri akan dimulakan sebentar lagi.
Sementara itu, Zaim Ikhwan dilepaskan dalam pertuduhan ini.
Kronologi kematian adik Zayn Rayyan menarik perhatian ramai apabila mayat anak syurg ini ditemukan di anak sungai 100 meter dari kediaman keluarganya oleh penduduk sehari selepas ibunya, Ismanira Manaf berkongsi kehilangan anaknya di fb pada 5 Disember 2023.
Pada 8 Disember 2023, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata Zayn yang juga kanak-kanak autisme dibunuh di lokasi lain sebelum ditinggalkan di anak sungai tempat penemuannya.
Perbicaraan kes ibu bapa Zayn Rayyan bermula di Mahkamah Sesyen pada 3 Februari 2025 atas pengabaian anak.
Seramai 28 orang saksi dipanggil untuk memberi keterangan selama 20 hari perbicaraan dan ia berakhir pada 24 April lalu.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan-timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin, Aqharie Durranie Aziz dan Nur Sabrina Zubairi manakala peguam Haresh Mahadevan, Ramzani Idris dan Lavanesh Haresh mewakili kedua-dua tertuduh.
Zaim Ikhwan dan Ismanira didakwa mengabaikan Zayn Rayyan dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal terhadap mangsa dan mereka didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Wanita terkejut dinding tandas awam dicemari darah period dan bau hanyir. Baru-baru ini, tular di media sosial satu insiden yang mengundang rasa kurang senang ramai apabila gambar keadaan tandas awam di sebuah pusat beli-belah di Seremban mencetuskan perdebatan.
Gambar tersebut memaparkan kesan merah yang menyerupai darah haid diconteng pada dinding tandas wanita.
Kejadian tersebut dikongsikan oleh seorang pengguna laman Threads dikenali sebagai Alyn, yang memuat naik gambar keadaan tandas berkenaan berserta pengalaman tidak menyenangkan yang dilaluinya.
Menurut Alyn, dia hanya menyedari kewujudan kesan pada dinding setelah selesai menggunakan tandas tersebut.
“Waktu masuk memang tak perasan apa-apa, tapi dalam mangkuk tandas ada kesan darah. Bila dah bersihkan dan nak keluar baru perasan ada kesan merah pada dinding. Baunya pun sangat kuat dan hanyir,” katanya.
Gambar tersebut segera menarik perhatian warga maya, dengan kebanyakan mereka menyatakan rasa marah dan jijik terhadap tindakan individu yang dipercayai dengan sengaja mencemarkan ruang awam.
Walau bagaimanapun, segelintir pengguna lain memberikan andaian bahawa kesan itu mungkin berpunca daripada bahan kosmetik atau pewarna lain. Namun, Alyn menegaskan bau yang dialaminya adalah terlalu kuat dan menyamai darah haid, bukan bau kosmetik biasa.
Insiden ini mencetuskan perbincangan hangat mengenai tahap kesedaran sivik dalam kalangan pengguna tandas awam, khususnya berkaitan isu kebersihan dan tanggungjawab diri.
Darah haid, sebagai cecair biologi, memerlukan pengendalian dan pelupusan yang betul bagi memastikan persekitaran kekal bersih serta selamat daripada risiko jangkitan.
Orang ramai menggesa agar pihak pengurusan pusat beli-belah mengambil tindakan segera membersihkan kawasan terlibat dan memperketat pemantauan kebersihan di premis mereka. Ada juga yang mencadangkan agar tindakan tegas dikenakan terhadap pihak yang melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab itu.
Tandas awam seharusnya menjadi ruang yang bersih dan selesa untuk digunakan oleh semua golongan masyarakat. Kejadian seperti ini wajar dijadikan iktibar agar setiap individu lebih prihatin terhadap aspek kebersihan dan menghormati kemudahan awam.
Antara barangan yang terlibat ialah produk mandian dan penjagaan diri, termasuk satu unit Carrie Junior Hair and Body Wash, dua unit Selsun Shampoo 2-in-1, satu unit Lifebuoy Body Wash serta sehelai singlet jenama Byford.