Wanita berkerjaya mahupun suri rumah mementingkan penampilan diri. Baik secara luaran mahupun dalaman. Bagi transformasi wanita dari sebelum berhijab ke penuh berhijab, sering akan berdepan dengan pelbagai persepsi masyarakat mahupun kebimbangan dalam diri untuk kekal yakin dengan menjadi diri sendiri. Terutamanya cabaran diawal permulaan 30 hari transformasi memakai hijab.

Persepsi Dialami Apabila Berhijab

Antara persepsi yang sering dialami apabila berhijab ialah risau diri terhalang dan tak boleh lagi mengamalkan gaya hidup aktif yang disukai dengan selesa. Sebagai contoh halangan dalam melibatkan diri seperti bersukan, berenang, mendaki bukit, berbasikal dan sebagainya. Persepsi diri apabila memakai hijab, risau membuatkan penampilan diri terhad dalam bergaya fesyen terkini. Rasa diri tak cantik dan kurang menarik apabila mengenakan hijab.

Bukan itu sahaja, risau pandangan persekitaran dan hubungan sosial seperti bidang kerja yang berhadapan dengan orang ramai. Malah risau berhijab boleh mengganggu prestasi kerja dan emosi, apabila kulit kepala gatal dan tak selesa.

Bimbang tak dapat menjadi diri sendiri, apabila perlu memenuhi persepsi serta mengambil kira tanggapan masyarakat yang mementingkan ‘kesempurnaan’ diri apabila berhijab. Sekaligus mampu menjejaskan keyakinan dan potensi diri dalam mengejar impian serta cita-cita.

Malah paling risau rasa tak selesa dengan keadaan dan masalah rambut yang mungkin dihadapi seperti berpeluh, menyebabkan rambut berbau, mempunyai kelemumur, kulit kepala berminyak, menjadi gatal dan tidak selesa.

Berhijab Tetap Masih Boleh Menjadi Diri Sendiri

Sematkan dalam diri hijrah diri untuk berubah menjadi lebih baik, namun pada masa yang sama masih boleh menjadi diri sendiri. Sama seperti sebelum memakai hijab. Tuntutan agama lebih utama, mengatasi segala persepsi yang dihadapi.

Berhijab juga bukanlah halangan dalam menjadi diri sendiri dan mengejar impian serta cita-cita. Diri tetap bebas untuk membentuk personaliti dan gaya tersendiri, meskipun telah berhijab.

IKLAN

Paling penting pilih syampu yang betul dan sesuai, khas untuk rambut wanita berhijab. Pastikan rambut dicuci dan dikeringkan dengan sempurna sebelum memakai tudung, serta kerap mencuci rambut terutama pada hari yang paling aktif dan kulit kepala berpeluh.

Kempen ‘Kamu Tetap Kamu’ Dove Micellar Fresh Nourishment

Dove sebagai produk penjagaan rambut memahami cabaran Wanita berhijab. Dengan itu lalu memperkenalkan syampu terbaru Dove Micellar Fresh Nourishment. Ia seiring dengan kempen ‘Kamu Tetap Kamu’ yang menyokong sepenuhnya penghijrahan diri wanita untuk tampil selesa meskipun berhijab, supaya yakin boleh kekal menjadi diri sendiri dalam melakukan apa sahaja yang diinginkan serta tidak hadkan diri dalam mencapai impian dan mengejar cita-cita.

‘Kamu Tetap Kamu’ Tampil Yakin Selesa Meskipun Berhijab, Kekal Jadi Diri Sendiri

Memilih Syampu Dove Micellar Fresh mampu menjadi ‘teman baik’ buat wanita berhijab apabila ia dapat meningkatkan keyakinan diri serta memberi keselesaan sepanjang berhijab. Ia mampu membebaskan ketidakselesaan dan masalah rambut yang dialami, membuatkan rambut kekal bersih, segar dan sekaligus berjaya menangani cabaran yang dihadapi.

‘Kamu Tetap Kamu’ Tampil Yakin Selesa Meskipun Berhijab, Kekal Jadi Diri Sendiri

IKLAN

Kelebihan Syampu & Perapi Dove Micellar Fresh Nourishment:

•Produk mengandungi ‘Micellar Aqua Peptide’ yang membersihkan kulit kepala dan rambut agar rasa segar sentiasa walaupun memakai hijab sepanjang hari.
•Syampu “Micellar formulasi tekstur ringan” agar rambut rasa lembut & ringan selepas cucian lalu rasa selesa berhijab.
•Diperkaya dengan ‘Fragrance Lock Technology’ untuk rambut kekal segar dengan wangian yang tahan selama 48 jam meskipun berhijab sepanjang hari.
•Paling penting syampu mengandungi “mentol” dapat melegakan rasa gatal pada kulit kepala & kelemumur.

Hasilnya wanita akan lebih selesa berhijab, beri kesan positif untuk rasa lebih yakin pada diri untuk menjadi diri sendiri. Malah tidak berasa segan akibat rambut berbau apabila berdepan dengan orang lain ataupun melakukan aktif bersukan.

Rambut merupakan ‘mahkota’ bagi setiap wanita. Penting bagi wanita untuk menjaga rambut supaya bersih, segar, berbau wangi dan kekal selesa meskipun memakai hijab.Pilihlah produk syampu yang betul dan bersesuaian terutamanya khas untuk rambut wanita berhijab.

Penting untuk sematkan dalam diri bahawa berhijab bukanlah halangan untuk meneruskan gaya hidup aktif dengan selesa dan tampil yakin. Wanita tetap boleh menjadi diri sendiri, menyerlahkan potensi diri dengan mencapai impian dan mengejar cita-cita meskipun memakai hijab.

IKLAN

 

Untuk maklumat lanjut Dove Shampoo Micellar Fresh Nourishment layari;

Website: Dove Hair Care https://www.dove.com/my/hair-care.html

Facebook: Dove Malaysia https://www.facebook.com/DoveMalaysia

YouTube: Dove Malaysia https://www.youtube.com/user/dovemalaysia

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI