Kejayaan yang ditunjukkan oleh Planworth, sebuah institusi terkemuka perniagaan tempatan yang membantu mengurus aliran tunai sama ada syarikat kecil atau syarikat besar mengukir sejarah apabila menerima Anugerah Enterprise 50 (E50) pada majlis anugerah yang berlangsung pada Sabtu lalu.
Anugerah berprestij tersebut disampaikan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Dato’ Ramanan Ramakrishnan sebagai pengiktirafan kepada pencapaian cemerlang syarikat berkenaan membantu ke arah pembangunan negara. Majlis turut dihadiri Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato’ Ewon Benedick.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Planworth Dato’ Kuek Andy, penerimaan anugerah ini merupakan penghargaan besar kepada usaha syarikatnya, namun beliau menegaskan bahawa kejayaan ini dipandu hasil daripada penyertaan pelanggan yang pelbagai.
“Kami tidak berniaga semata-mata untuk anugerah. Keutamaan kami adalah membantu lebih ramai perniagaan tempatan mengurus aliran tunai mereka dengan lebih baik, sama ada syarikat kecil atau syarikat besar,” kata Dato’ Kuek Andy.
Beliau turut menambah bahawa syarikatnya percaya kepada konsep memberi bantuan dengan ikhlas dan menikmati kejayaan bersama pelanggan yang dibantu dengan objektif memperkasakan dan mengembangkan perniagaan mereka secepat mungkin.
“Membantu keperluan kewangan dan menggembangkan perniagaan pelanggan adalah satu penghormatan buat Planworth.
Ads
“Perniagaan yang berkembang mengkukuhkan ekonomi negara seterusnya memberi banyak peluang kepada orang ramai dari segi pekerjaan, perniagaan dan lain- lain,” ujarnya.
Pemilihan syarikatnya dalam E50 bukan sahaja mengukuhkan jenama Planworth di pasaran yang terkenal menerusi tagline “dipercayai, boleh diharapkan, fleksibel”, malah meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap perkhidmatan kewangan yang ditawarkan.
Anugerah E50 yang diterima menandakan kejayaan besar usaha pasukan pengurusan syarikat tersebut dan mengesahkan peranan mereka sebagai rakan strategik kepada pertumbuhan perniagaan tempatan, sekaligus memberi sumbangan penting kepada pembangunan ekonomi negara.
Suntik Pelaburan RM 2 Billion
Tahun lalu sahaja, Planworth telah mengeluarkan pembiayaan kewangan sebanyak RM500 juta dan mensasarkan peningkatan kepada RM700 juta pada tahun ini. Secara keseluruhan semenjak penubuhan syarikat, Planworth telah menyuntik pelaburan mencecah RM2 bilion dan bakal menjangkau RM3 bilion ke dalam ekonomi negara.
Ads
“Kami membantu perniagaan yang tidak hanya mempunyai rekod kewangan yang baik tetapi juga yang menghadapi masalah kewangan termasuk yang memiliki rekod kewangan kurang baik dengan institusi kewangan lain. Kami percaya setiap orang berhak mendapat peluang kedua dan mempelajari sesuatu yang penting daripada pengalaman lepas.
“Selain bantuan kewangan, pihak kami turut memberi khidmat nasihat kepada usahawan agar mereka bukan sahaja mengembangkan perniagaan mereka, tetapi menguruskan aliran tunai dengan baik,” tambah Dato’ Kuek Andy lagi.
Kejayaan Atas Kepercayaan
Dalam pada itu, Dato’ Kuek Andy turut menjelaskan, kejayaan syarikatnya hari ini adalah hasil daripada usaha dan kepercayaannya kepada kakitangan syarikat yang sudah dianggap seperti sebuah keluarga.
“Perniagaan adalah kerja yang sukar dan tidak mudah, namun saya bersyukur kerana dikelilingi oleh rakyat Malaysia yang berbakat dan komited dalam membantu lebih banyak perniagaan di luar sana untuk terus berkembang maju.
Ads
“Jika kita mampu menjaga ‘keluarga’ dengan baik, kita akan mampu mengemudi sebuah syarikat dengan baik,” tuturnya.
Disoal tentang perancangan masa depan syarikatnya, Datuk Kuek Andy, berharap Planworth akan terus kekal sebagai peneraju nombor 1 dan institusi kewangan bukan bank terbesar di Malaysia.
Planworth menyediakan Solusi Modal Kerja melalui pembiayaan invois (invoice financing), pembiayaan belian (purchase order), pengurusan modal kerja (working capital), pinjaman berjangka (term loan), kredit pusingan (revolving credit), pengurusan penghutang (trade receivables) secara Konvensional dan Islamik untuk bisnes perniagaan kepada perniagaan (B2B) dan perniagaan kepada kerajaan (B2G).
“Saya berharap syarikat akan terus menjadi jaguh Malaysia yang berkembang ke rantau ASEAN, termasuk cawangan di Singapura yang telah memenangi beberapa anugerah utama industri,” katanya.
Planworth mempunyai kaitan langsung dengan The Grand Columbia Group yang telah beroperasi sejak tahun 1992, dengan nilai aset melebihi bilion ringgit.
Pelakon jelita, Uqasha Senrose, 33, memilih untuk berdiam diri ketika tiba di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pagi ini bagi prosiding kedua kes perceraian yang difailkannya terhadap suami, pelakon Kamal Adli, 39.
Sekadar Senyuman
Tampil sederhana namun tenang dalam jubah polos, Uqasha hanya menghadiahkan senyuman ringkas kepada media yang menunggu sejak awal pagi tanpa menjawab sebarang pertanyaan.
Beliau tiba sekitar jam 10.40 pagi, manakala peguam yang mewakilinya, Nurfarhana Abd Manaf, dilihat hadir lebih awal bagi melengkapkan urusan prosiding.
Terdahulu, pada 22 Oktober lalu, Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal di mahkamah sama, namun prosiding tersebut terpaksa ditangguhkan susulan ketiadaan defendan yang ketika itu sedang menjalani penggambaran.
Difahamkan, permohonan cerai itu dikemukakan oleh Uqasha pada 1 Oktober lalu di bawah Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam, dengan alasan tiada lagi persefahaman antara pasangan berkenaan.
Tarik Diri
Kes perceraian antara pelakon popular Uqasha Senrose dan suaminya, Kamal Adli, sekali lagi mencuri perhatian apabila peguam syarie yang mewakili Uqasha, Nurfarhana Abd Manaf, memaklumkan kepada Mahkamah Rendah Syarie Kuala Lumpur bahawa beliau menarik diri daripada mewakili anak guamnya itu.
Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Nurfarhana ketika sebutan semula kes di hadapan Hakim Syarie Siti Noraini Mohd. Ali, hari ini.
“Alasan tarik diri adalah isu profesionalisme antara peguam dan anak guam. Dia (Uqasha) maklum kita akan tarik diri. Saya akan failkan (penarikan diri) selepas prosiding hari ini,” ujar Nurfarhana kepada mahkamah.
Difahamkan, tindakan itu dibuat selepas berlakunya isu berkaitan profesionalisme antara peguam dan pelakon tersebut, namun butiran lanjut tidak diperincikan.
Kes berkenaan merupakan lanjutan daripada permohonan cerai yang difailkan oleh Uqasha pada 1 Oktober lalu di bawah Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam, atas alasan tiada lagi persefahaman dalam rumah tangga mereka.
Prosiding hari ini ditetapkan sebagai tarikh baharu bagi mendengar kes berkenaan.
Untuk rekod, pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang, dan hasil perkongsian hidup selama hampir empat tahun itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang menjadi penyeri rumah tangga.
Lala Menyapa, Halia Terpaku! Ramadan ke-23 mak-mak masih tak jemu memasak untuk keluarga tersayang.
Hari ini apa kata mak-mak cuba masak menu Lala Menyapa, Halia Terpaku! Buat mereka yang juga penggemar makanan laut wajib cuba resepi ini. Ratah pun sedap, apatah lagi jika dimakan dengan nasi, confirm bertambah!
Bahan-Bahan:
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 biji bawang merah
2 batang serai
Satu mangkuk cawan air
2 sudu sos tiram
Cili padi (dipotong halus)
2 keping daun limau purut
1/2 kg lala
Cara Memasak :
1.Masukkan minyak ke dalam kuali kemudian masukkan bawang putih tumis sekejap.
2. Kemudian bawang merah, halia, cili padi dan serai.
3. Kacau-kacau kemudian masukkan serai, daun limau, sos tiram dan sedikit air.
4. Barulah letakkan lala yang telah dibasuh bersih.
5. Kacau hingga rata letakkan garam dan serbuk perasa. Tutup dulu kuali.
6. Bila sudah masak, bolehlah hidangkan bersama nasi panas.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Lafaz cerai dalam kereta, Nubhan & Dr Afifah ke Mahkamah Syariah esok. Tidak lagi sebumbung dengan isteri selepas melafazkan talak sekitar Ogos lalu. Tiada angin, tiada ribut, media dikejutkan dengan berita penyanyi Nubhan didakwa bakal ke Mahkamah Rendah Syariah Sepang bagi mengikuti prosiding pengesahan lafaz cerai terhadap isterinya, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, esok.
10 tahun mendirikan rumah tangga, sumber terdekat pasangan ini memaklumkan permohonan pengesahan lafaz talak itu difailkan Nubhan atau nama sebenarnya, Ahmad Nubhan Ahamad, 39, pada awal bulan lalu.
“Setakat yang saya dimaklumkan, esok merupakan prosiding bagi pengesahan lafaz talak yang difailkan Nubhan di mahkamah syariah,”ujar sumber tersebut.
Lafaz Cerai Dalam Kereta
Sementara itu, peguam yang mewakili isterinya, Datuk Akberdin Abdul Kader mengesahkan Afifah Hidayah selaku plantif akan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Sepang seperti dijadualkan bagi prosiding sebutan pertama.
“Saya difahamkan suami kepada anak guam saya melafazkan talak ketika mereka berdua berada di dalam kereta sekitar akhir Ogos tahun ini.
“Cuma saya tak pasti sama ada hakim akan beri keputusan atau mengesahkan perceraian mereka esok kerana biasanya perlu ada siasatan dulu.
“Punca diceraikan, kita tunggu sahaja esok. Sebarang maklum balas membabitkan anak guam saya boleh dijawab selepas prosiding selesai,” katanya.
Menurut sumber, pasangan ini sudah tidak sebumbung sejak Ogos lalu manakala tiga anak mereka yang masih kecil berada bawah jagaan Dr Afifah.
Terdahulu, Nubhan dan Afifah Hidayah juga seorang doktor gigi mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 selepas hampir setahun bertunang.
Perkahwinan mereka diserikan dengan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8; Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille yang berusia tiga tahun.
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.