Nama penyanyi Lan Solo menjadi perhatian ramai beberapa hari ini. Susulan kemelut yang melanda melibatkan permohonan maaf dan isu saman oleh Penyanyi Siti Nordiana. Namun demikian penyanyi ini mengambil langkah berdiam diri tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan susulan isu tersebut, malah memilih untuk mendahulukan urusan keluarga terlebih dahulu.
Ayah Lan Solo Meninggal Dunia
Terkini, dilaporkan isteri kepada penyanyi, Lan Solo iaitu Sheila Hassim memaklumkan khabar pemergian bapa mentuanya, Mohamed Yusof Isa yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Taiping, Perak pada pukul 4 pagi, hari ini.
Berita duka itu dikongsi menerusi Instagram Sheila dengan memuat naik sekeping gambar hitam putih menyaksikan bekas vokalis kumpulan Kristal sedang berdiri di luar Wad Bunga Raya hospital tersebut.
“Akhirnya selesai sudah urusan dunia ayah mentua saya. Kami memilih mendahulukan urusan keluarga. Sudilah kiranya kalian sedekahkan al-Fatihah untuk beliau.
“Untuk semua kaum keluarga dan teman-teman rapat yang sangat memahami keadaan ketika ini. Terima kasih banyak-banyak. Hanya kalianlah pembangkit semangat buat kami ketika masa-masa begini.
“Sepanjang hari ini kami akan sedikit sibuk untuk urusan pengebumian. Insya-Allah mohon semuanya diberi kelancaran,” jelas isteri penyanyi itu.
Rakan Artis Ucap Takziah
Meninjau akaun IG Lan Solo atau nama lengkapnya Mohd Razlan Mohamed Yusof, 36, Ahad lalu dia ada memuat naik perkongsian bapanya dikejarkan ke hospital kerana kesihatan kurang sihat.
Antara sahabat artis yang turut mengucapkan takziah diruangan komen seperti Tomok, Fitri Haris, Almy Nadia, Mila Jirin, Shiha Zikir, Feeya Iskandar, Ezlynn, Liza Hanim, Zoey Rahman, Ayu Damit, Indah Ruhaila dan ramai lagi.
Mingguan Wanita : Salam takziah buat keluarga Lan Solo atas pemergian ayah tersayang. Semoga diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi dugaan ini.Semoga dipermudahkan segala urusan dan diberi penyelesaian yang terbaik atas apa jua kemelut yang berlaku ketika ini.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Kerjaya sebagai pemandu lori treler bukanlah satu kerja yang mudah dan ia biasanya ia dipelopori oleh golongan lelaki, memandangkan pekerjaan ini lasak dan agak ekstrim. Namun kini, memandu treler seberat puluhan tan juga menjadi pilihan golongan wanita berbanding memilih kerja dalam bidang lain.
Tarikan pendapatan lumayan yang boleh mendapat purata gaji mencecah RM5,000 sebulan, membuatkan wanita muda ini nekad meneruskan kerjaya dalam bidang yang penuh mencabar ini. Meskipun mendapat ‘tentangan’ keluarga pada mulanya dan kritikan daripada masyarakat.
Pandu Treler Scania Seberat 36 Tan
Nurul Amira Razali, 25, berasal dari Sungai Petani, Kedah, berkata, dia mula berminat dengan dunia lori itu sejak berusia 22 tahun apabila sepupunya mengajar ‘selok belok’ berkaitan lori.
“Tidak lama kemudian, saya mengambil keputusan mengambil lesen E bagi membolehkan saya memandu semua jenis lori,” katanya.
Dia yang memandu treler Scania seberat 36 tan memberitahu tugas mengendali jentera berat itu bukanlah perkara mudah tambahan lagi kerjayanya itu ditentang kedua ibu bapanya.
“Bukan semua orang boleh bawa lori atau treler. Malah ramai lelaki yang tidak mampu mengendali jentera berat ini.
“Apa yang utama adalah perlu ada keyakinan dan kepercayaan pada diri kalau tak macam mana nak bawa jentera seberat ini.
“Ibu bapa saya mulanya menentang keputusan saya menjadi pemandu lori. Hampir setahun mereka memujuk saya menukar kerjaya sebagai kerani atau kerja di pejabat. Bagi mereka, perempuan tidak sesuai membuat kerja lasak dan ekstrim,” katanya.
Nekad Jadi Pemandu Lori
Dia turut menerima kritikan netizen di media sosial yang mempertikaikan pilihan kerjayanya itu.
“Bagaimanapun, saya nekad meneruskan kerjaya sebagai pemandu lori apatah lagi tarikan gaji lumayan diterima.
“Saya mampu memperolehi purata gaji sehingga RM5,000 sebulan. Tidak seperti pemandu lori lain, saya tidak mengejar ‘trip’ dan hanya melakukan sekadar terdaya,” katanya yang ditugaskan menghantar muatan gula dari Shah Alam, Selangor ke Batu Pahat, Johor.
Mesti Baca:Kerja Driver Lori Tak Glamor, Tapi Masyukk! Akak Ni Buktikan Wanita Pun Boleh Bawa lori Kontena!
Baca Lagi Di Sini:Jangan Fikir Wanita Lembut Tak Boleh Buat Kerja Lasak!
Artikel Menarik:3 Tahun Jadi Pramugari, Hilang Kerja Kini Jual Tong Gas
Mingguan Wanita: Memang hebat, usia masih muda namun cukup yakin dan mahir dalam mengendalikan jentera berat seperti lori treler ini. Terbaik!
Reen Rahim selamat gbergelar isteri, terima hantaran sedulang emas. Pelakon Reen Rahim malam tadi selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin.
Dengan sekali lafaz, dia yang berusia 34 tahun itu sah menjadi milik ahli perniagaan Ahmad Nur Hazim, 28 tahun.
Bersaksikan ahli keluarga dan tetamu seramai 400 orang yang dijemput, bertempat di Bora Ombak Marina, Putrajaya, pasangan bahagia ini dinikahkan bapa Reen, Abdul Rahim Abdul Kadir di hadapan Pendaftar Nikah Putrajaya, Hafizan Ibrahim.
Bertemakan rona putih di majlis akad nikah Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim menerima mas kahwin sebanyak RM1,988 serta sedulang emas.
Pada majlis itu, pihak lelaki telah memberikan lima dulang hantaran dan dibalas tujuh oleh pengantin perempuan.
Sebelum majlis penuh behagia ini, pasangan ini telah mengadakan majlis Malam Berinai bertemakan Bollywood di sebuah lokasi di Hulu Langat.
Majlisnya perkahwinannya mula menjadi perhatian ramai dan ramai tidak sabar menantikan siapa jejaka berjaya menambat hatinya, apabila dua bulan lalu Reen mengumumkan dirinya sudah bertunang dengan Mr H.
Jelas Reen dalam satu temu bual sebelum ini, Hazim atau Mr H adalah seorang ahli perniagaan dan penggiat seni.
“Kami sudah berkawan hampir dua tahun, dia juga enam tahun lebih muda daripada saya. Mulanya, kami tidak berhasrat berkahwin kerana tidak mahu terikat dengan komitmen. Namun, pada masa sama, kami saling menyukai antara satu sama lain.
“Mungkin berkat doa keluarga akhirnya kami terbuka hati mahu menghalalkan hubungan dan berjanji saling menjaga hingga ke akhir hayat,”.
Sebaik mengumumkan berita gembira itu, Reen memaklumkan, telah mendapat tajaan sebanyak RM15 juta dari pelbagai pihak bagi tiga majlis dari pihaknya. Bahkan malam ini akan diadakan satu majlis resepsi bertempat di Ruscus Hall Forest Valley, Bandar Mahkota Cheras.
Semoga dirinya berbahagia di sisi suami tersayang dan perkahwinannya kekal hingga ke akhir hayat. Foto :- Thelova
Kehilangan anak di tangan orang sekelip mata, itu satu ujian yang berat buat mak-mak yang bekerja seperti Puan Farah Madiha Othman, namun andai itu yang tertulis dalam perjalanan hidupnya, dia redha.
Dan syukur Alhamdulillah, anak syurga itu sudah selamat dikebumikan di perkuburan Tok Lam, Terengganu semalam.
Walau kejadian ini sangat pahit untuk ditelan, kita yang menjadi pendengar dan pembaca kisah ini jangan pula sampai tertulis kata-kata yang boleh mengguriskan hati keluarga si mangsa yang sudah kehilangan insan tersayang.
Seperti yang ditulis Puan Nurul Ilyani dalam laman sosialnya, kita tak tahu sejauh mana dia sedang bersabar dan seeloknya tolonglah prihatin dengan emosi keluarga mangsa. Sebelum berlaku kesilapan, jemput baca…
1. Jangan beri nasihat
Sabarlah❌ Tuhan lebih sayangkan dia.
Banyak dekatkan diri dengan tuhan. Ini ujian❌
Sebaliknya.
DOAKAN dengan kata-kata yang baik seperti, “takziah”, “Didoakan Allah beri kekuatan”, “Allahul mustaan”.
2. Jangan siasat
Kenapa biar anak sakit tak bawa hospital?❌
Kenapa tak jaga sendiri anak tu, lebih baik jaga sendiri, sekarang dah jadi macamni apa pun tak guna❌
Kenapa hantar anak kat pengasuh, kenapa tak hantar kat taska berdaftar?
Sebaliknya diam, dan bercakap apabila diminta, bertanya apabila diminta.
Sebaliknya, diam dan beri pandangan apabila ditanya.
4. Jangan share kisah sendiri
Walaupun anda pernah kehilangan anak, jangan diserabutkan lagi ibu bapa itu dengan kisah kita.
Sebaliknya, doakan saja dengan ayat yang paling ringkas dan menenangkan jiwa.
Sebenarnya apabila seseorang ditimpa musibah, berhenti bercakap, beri bahu beri pelukan, beri telinga. Diam sahaja. Kebanyakan masa bukan mereka tidak kuat, mereka hanya perlu masa untuk mengutip kembali kekuatan saat diuji dengan kehilangan anak yang paling mereka sayangi.
Jadi, orang sekeliling, banyak diam mulut. Lebihkan aksi kasih sayang, dan empati.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Salah seorang daripada tiga bayi kembar perempuan dilahirkan pramatang di Hospital Melaka berada dalam keadaan membimbangkan. Ketahui perkembangan terkini bayi kembar tiga pramatang kepada pasangan Mohd Fikry Amri dan Sabrina Hakiem.