“Kalau Tidak Kerana AGAMA Mana Mungkin Dia Sehebat Ini..” Bonda Rozita

Share

Antara nikmat dalam rumahtangga yang perlu disyukuri apabila dikurniakan mertua yang baik hati. Saling memahami dan menyayangi menantu bagaikan anak sendiri. Memberi sokongan, nasihat dan pembangkit semangat dikala diri ditimpa ujian.

Baru-baru ini, Bonda Rozita ada berkongsi sekeping gambar di laman Instagram bersama menantu tersayang, Datin Sri Nur Shahida Mohd. Rashid, 33. Dalam catatan yang dikongsikan, ibu kepada Dato’ Sri Aliff Syukri Kamarzaman,31 ada meluahkan rasa ketabahan menantunya yang cukup sabar dalam menghadapi ujian kerana pegangan agamanya.

Lebih-lebih lagi, bukan mudah menjadi isteri kepada pengasas produk kecantikan dan kesihatan, D’ Herbs Healthy Sdn. Bhd. Datuk Seri Aliff Syukri ini. Hati kena kental dengan kata-kata nista, kutukan dan kecaman tak henti-henti.

Memahami keadaan menantu, bonda rozita secara umumnya turut menitipkan pesanan dan nasihat kelebihan menahan diri dan bersikap sabar setiap kali ditimpa ujian.

Berikut antara perkongsian nasihat Bonda Rozita;

“Menantu dan sahabat baik saya yang sabar dalam ujian, kalau tidak kerana agama mana mungkin dia sehebat ini..Meskipun dia anak orang tapi saya memuliakan dia ibu kepada cucu-cucu saya yang solehah.

“Renungan bersama..Rezeki datang bersama ujian yang kuat.Semua manusia diuji dan tak lepas dari kedukaan dan kecewa..benda paling sakit bukan isi dunia tapi sebab manusia.

“Semua masalah jadi kerana kita tak dapat menahan diri..tak dapat mengawal diri atau sebab kita tidak sabar.Sabar itu adalah kemampuan seseorang menahan dan mengawal dirinya sehingga sikap yang dilakukan disukai oleh Allah.Sabar dalam taat, sabar ketika mnjauhi maksiat dan ketika hadapi kesusahan.

“Mudah-mudahan kita terus mengawal mata..fikiran.. telinga.. lisan.. mengawal keinginan dan mengawal nafsu.

“Terutama mengawalkan niat kita sehingga semua dikawal dengan sebaik-baiknya.. Ciri orang yang boleh mengawal semua dengan baik akan rasa tenang pada dirinya..dan kalau kita sudah selesa, tenang dengan diri kita..InsyaAllah orang lain juga akan merasainya bila bersama kita.Kebaikan selalu mendatangkan ketenangan, keburukkan dan dosa..akan mendatangkan kesengsaraan.

“Mudah-mudahan kita sentisa dapat mengawal dan menahan diri dari apa jua kita buat hanyalah untuk kebaikan..kebaikan..dan kebaikan.. Yang diterima oleh Allah SWT..ameen ya rabb..

“Sabar adalah sikap yang sangat disukai oleh Allah SWT..dan dengan sabar kita akan merasa tenang dan aman..”

“Jangan balas keburukan walau orang sakitkan hati kita @shahidadherbs

Baca Disini; Sabar Dikutuk & Dikecam, Datin Sri Shahida Pegang Kemas Pendirian Ini

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Memang ada benarnya, sabar adalah kunci utama dalam menghadapi segala ujian dan dugaan yang diberikan. Dengan mengawal diri menerusi kesabaran, segalanya dapat dilalui dengan tenang.

Sumber:bondarozitaibrahim

IKLAN