
Ramai isteri bekerja tidak berani meminta itu ini daripada suami sendiri kerana takut membebankan ketua keluarga.
Maklumlah, bila isteri yang uruskan hal kewangan, Nampak duit mengalir macam air, jadi perasaan nak minta hak sendiri pun rasa bersalah.
Dibiar sampai satu tahap akhirnya meletup dan mengungkit apabila berlaku salah faham dalam hubungan. Ini yang kita tidak mahu dan kena elakkan!
Kalau Pun Isteri Bekerja

Sepatutnya, walaupun awak bekerja, awak kena minta suami belikan itu dan ini. Nak makan soto? Minta suami belikan. Nak beli baju? Minta suami belikan. Teringin nak makan di kedai saja pun? Minta suami belikan.
Jangan sesekali rasa bersalah walau kalian ada duit sendiri. Ya, ikut kemampuan suami tetapi jangan sampai tak berani nak minta.
Ustaz kata, mintalah apa sahaja pada suamimu kerana rezekinya akan melimpah ruah dan tidak putus.
Mintalah Pada Suami Kalau Teringin Sesuatu

Kerana suami memikul amanah yang terkadang dia lupa hanya kerana si isteri bekerja.
Pesanan buat para suami, kena ingat dan wajib tahu. Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur. Nafkah untuk isteri kena declared betul-betul clear.
“Abang bagi RM100 ni untuk nafkah sayang. Ni lagi RM200 untuk sayang beli barang dapur ya.”
Full stop.
Nafkah Beri Tanpa Syarat

NAFKAH isteri diberi tanpa syarat. RM100 tu si isteri nak beli apa pun, ikut suka dia lah. Dia nak simpan, nak beli apa-apa. Itu hak dia. Ini baru betul. Cukup nasihatkan isteri, jangan buat benda tak baik.
Yang silapnya sekarang, bila wujud suami yang tak hulur duit belanja sebab? Sebab dia kata,
“Aku dah beli barang segala cukup semua dalam rumah. Makan pakai cukup. Cukup nafkah kamu.”
Silap.
Silap besar.
Bulan demi bulan si suami kata, “Bila lah aku nak senang. Tiap bulan tak cukup. Aduhai.”
Sebab apa tak cukup?
Sebab dengan isteri kamu beri nafkah bersyarat.
Isteri bekerja dan ada duit sendiri?
Duit isteri, hak isteri.
Tak akan membatalkan syarat wajib nafkah tersebut.
Pernah nampak orang miskin tapi hidup mereka sekeluarga penuh senyuman dan mesra?
“Sayang, ni abang bagi RM20 untuk nafkah sayang bulan ni ya. Minta maaf sikit saja abang bagi.”….
Si isteri pun jawab, “Terima kasih abang! Sayang dah lama teringin nak beli minyak wangi kecik tu. Sayang beli tau.”…
Si suami pun balas, “Beli lah sayang. Doakan rezeki abang banyak ya. Dapat belikan satu botol yang branded nanti.”…
Tuntutannya bukan pada nilai besar atau kecil.
Tapi kefahaman dan ilmu tentang nafkah.
Dan jika kamu seorang isteri yang sedang melalui ujian ini bersama suami —
ketahuilah, kamu adalah sebahagian dari kekuatannya.
Bila kamu terus berada di sisi, tanpa banyak kata, hanya dengan tenang dan tidak menghakimi — itu pun sudah cukup untuk menenangkan hatinya yang sedang gelisah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!




