Jangan buat main-main dengan set berharga mak-mak. Baik tupperware, pinggan mangkuk corelle mahupun set portmeirion mak-mak, bila pecah atau hilang, berminggu-minggu merajuk mak-mak, belum tentu hilang.
Sebab itulah bila, anak perempuan ini, Shazlin Faizalterlekatkan pinggan corelle dalam mangkuk waktu basuh pinggan.. dia punya gelabah membawa kepada kegelabahan satu keluarga. Hahaha.. cerita ini memang lucu.
Sebaik pinggan itu terlekat, macam-macam cara anak ini usahakan nak cungkil keluar pinggan corelle mama dia. Tapi macam-macam usaha itu semua sia-sia. Yang jadi lucu, bila Shazlin minta bantuan netizen di twitter miliknya.
“Weh aku basuh pinggan, tiba-tiba piring kesayangan mak aku ni termasuk pulak ngam ngam dalam mangkuk tu. Macam mana nak keluarkan? Tolong weh. Dah congkeh guna pisau pun tak boleh buat apa-apa. Mati lah kena marah dengan mama.” Luahnya.
Dalam thread yang lain, twitnya kedengaran lebih lucu lagi. “Tolong weh. Kalau mama tau corelle dia terlekat macam tu. 2 minggu lah tak bercakap dengan aku.”
Sebenarnya, ini bukan lagi soal lucu. Shazlin semakin serius dan dia benar-benar risau. Sebab anak ini tahu betapa sayangnya mak pada pinggan corellenya itu. Dan akhirnya abah pun turun padang memberikan bantuan. Haa… nampak tak penangan pinggan mangkuk kesayangan mak-mak dalam cerita ini.
Abah Beli Pam, Tetap Tak Nak Keluar
“Abah bought this new pump dekat mini market, still tak nak keluar.” Dan akhirnya cerita pinggan corelle ibu yang terlekat sampai ke pengetahuan mamanya.
“My mom dah tahu. Mannnn habis lah.
Abang Dan Kakak Ipar Pun Tolong Sama
Sambungnya dalam thread yang lain, abang dan kakak iparnya pun usaha juga cungkil pinggan corelle tu keluar dari mangkuk. Tetap.. tak mahu juga dia keluar.
“Abang and kakak ipar pun tolong.. bodohlah piring ni.”
“Hahaha.. kelakar anjay!”
Ads
Cuba Pula Curah Air Panas
Bila guna pam tandas pun tak berkesan, Shazlin cuba cara lain. “Dah try curah air panas kat atas anda kat dalam. It doesn’t work maybe sebab mangkuk tu tebal.”
Guna Sabun Pulak Kot Menjadi
Nampaknya cara curah air panas pun tak menjadi. Anak perempuan ini cuba pula guna sabun. “Dah nak habis sabun letak bagi licin. Dah senget benget pisau dok congkeh. Lagi hangin kepala mama pisau dia senget.”
Masak Atas Gas, Tengok Apa Cerita
Macam-macam dah cuba kan, tetap juga tak berkesan. Ini ikhtiar seterusnya. “Dah taruk air lepas tu masak sekali. Kita tengok apa cerita,”
“Guys, mangkuk tu lagi mahal dari satu set piring tu ya. Lepas tu piring tu tak boleh beli sekeping je. PS: I menganggur sekarang.. siapa nak beli buah pinggang?” Hahaha.. lucu sungguh caption ini.
Sayangnya, piring corelle mama Shazlin tetap setia dalam mangkuk itu.
Ads
Cara Lain Pula.. Letak 3 Jam Dalam Peti Sejuk
“Letak dalam peti. Kita tengok 2 ke 3 jam dia duduk dalam tu apa cerita ya? Lepas tu ada tak mana-mana company yang ada jawatan kosong? Just in case ya.”
Matilah Nak!
Dan seperti yang dijangka.. cara terakhir itu tetap tak berkesan. Ini last pilihan yang Shazlin ada. “Boii I’m dead! I’m freaking DEAD! Terpaksa pecahkan. Hmm siapa yang tau orang jual set corelle ni sekeping je. Please let me know.”
Ramai Rupanya Yang Memahami & Cuba Bantu
Usaha Pula Pujuk Hati Mama
Dalam twitnya juga Shazlin memaklumkan yang mamanya terima apa yang sudah berlaku, tetapi pesan mamanya tetap buatkan dia kena usaha lebih.
Ads
“Mama cakap tak apalah, dah dapat buat orang happy tu dah elok dah. Tapi dia tetap nak yang baru jugak.”
Demi mama, Shazlin berusaha juga mencarikan ganti pinggan correlle mamanya yang telah pecah berderai itu. Ramai juga yang membantunya. Memberikan cadangan mencari pinggan itu di Sogo antaranya.
Demi nak pujuk hati mama juga, Shazlin dah selesaikan menggosok pakaian sebakul. “Dia tak nak cakap dengan aku. Lepas tu nak amik hati dia. Aku pun gosoklah kain sebakul.”
Sayu pula cerita pinggan corelle Shazlin ini. Apa pun sejuk perut mak mengandung. Sebab dapat anak baik hati macam Shazlin yang pandai pujuk dan ambil hati orang tua. Rupanya, tak rugi pun jadi anak yang baik.
Akhirnya tweetnya yang dah viral itu sampai juga ke pengetahuan Malaysia Corelle Store. Yang mana, syarikat itu bermurah hati menggantikan pinggan corelle mama Shazlin yang pecah itu secara percuma.
Dan Shazlin dijemput ke warehouse Corelle Malaysia bersama ibunya untuk memilih sendiri pinggan corelle yang mahu diganti itu. Ketika Mingguan Wanita menghubungi Shazlin, beliau maklum akan perkara itu.
“Alhamdulillah..” tuturnya ringkas.
Nota hakak : Nampak kan? Bila Allah nak datangkan rezeki yang besar.. dia berikan musibah dulu. usaha macam-macam cara sampai berjaya, redha sabar itulah kunci kekuatan hati.
Keadaan bayi ‘hamil’ mengandungkan janin meskipun tidak dapat diterima fikiran namun ia tidak mustahil berlaku dalam dunia perubatan.Kejadian yang berlaku di New Delhi, India, seorang bayi perempuan yang dilahirkan dengan janin tumbuh di dalam tubuhnya selamat menjalani pembedahan baru-baru ini.
Menurut ibu bapa kepada Prinsa Rathava yang kini berusia tujuh bulan, menyedari terdapat benjolan yang tumbuh dengan cepat dalam tubuh anak mereka.
Manish dan Motisingh Rathava membawa bayi tersebut menjalani pemeriksaan di mana sepasukan doktor melakukan pembedahan di Hospital Awam di Gujarat untuk membuang janin cacat itu pada 19 Februari lalu.
Hanya 200 Kes Seluruh Dunia
Dunia perubatan menggelarnya sebagai ‘fetus in fetu’ yang mana keadaan itu jarang berlaku dan hanya 200 kes pernah dilaporkan di seluruh dunia.
Ketua Jabatan Pembedahan Pediatrik, Dr Rakesh Joshi berkata, 130 gram janin dikeluarkan dari bahagian usus dan buah pinggang bayi terbabit.
“Dia harus membesar dengan sihat. Dalam kes ini, janin belum berkembang itu mempunyai jalur vertebra normal, tisu otak, kepala, tunas anggota badan dan dubur.
Ibu bapa bayi tersebut mula menyedari struktur seperti benjolan itu ketika dia berumur lima bulan. Benjolan itu kemudiannya membesar pada kadar membimbangkan.
“Pembentukan itu berlaku disebabkan oleh pemisahan kembar tidak lengkap yang gagal berkembang dan sebaliknya menjadi parasit dalam badan kembar yang sihat,” jelasya.
Ujarnya lagi, prosedur pembedahan itu agak sukar, namun Prinsa semakin pulih, tiada komplikasi pada masa depan dan dia akan membesar secara normal.
Macam-macam jenis penyakit ada, jaga pemakanan dan gaya hidup serta berdoalah banyak-banyak agar diberi kesihatan yang baik buat diri dan keluarga kita.
Cara buat DIY rumah kucing yang ditunjukkan ini memang mudah dan cepat. Tak perlu nak bertukang bagai. Paling penting, guna bahan terpakai seperti bakul. Dan kosnya tak sampai pun RM10. Kreatif sungguh!
Bahagia semanis madu netizen puji, jadikan Ashraf idola. Pada kebiasaanya kita mendengar kisah isteri hidup bermadu kebanyakkannya alami pengalaman yang buruk. Isteri-isteri biasanya tidak sebulu, asyik bergaduh.
Wanita yang hidup bermadu sememang perlu dijaga hatinya. Seseorang itu perlulah bersyukurlah jika mendapat madu yang baik dan saling memahami. Kadangkala ada yang hidup bahagia hidup bermadu dan ada juga yang sebaliknya. Paling penting suami yang melakukan poligami itu perlu bijak mengatur hidup agar wanita-wanita yang dikahwini itu mendapat kasih sayang sama rata.
Bahagia Semanis Madu
Seperti yang diketahui peminat pelakon kacak, Ashraf Muslim sudah lama menjalani kehidupan bahagia bersama dua isteri, Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Ahmad Saburi.
Malah Ashraf juga sering memuat naik gambar bersama kedua isteri dan anak-anak tercinta di akaun media sosialnya dan dilihat kehidupan mereka sangat bahagia.
Ashraf sendiri pernah meluahkan ada saja menerima mesej daripada lelaki yang bertanya dan meminta tips panduan daripadanya berkaitan poligami.
Terbaru Ashraf menunjukkan gambar-gambar sempena sambutan hari lahir salah seorang anaknya yang bernama Anas Ashraf yang berumur 7 tahun. Selain kapsyen Ashraf juga mendoakan anaknya itu menjadi anak yang soleh.
“10 Disember 2022 genaplah anakku Anas Ashraf berumur 7 tahun. Dah makin besar Anas, makin besar makin sensitif dan lebih faham ttg kehidupan. Ayah doakan semoga anakku Anas menjadi anak yang soleh, mempunyai adab dan akhlak yg baik, berjaya dalam pelajaran dan sukan, serta berjaya dunia dan akhirat. We love you Anas! Happy birthday yang ke 7 anakku Anas Ashraf!”
“Ayah Sayang Mama & Ibu”
Selain sambutan hari lahir Anas, netizen ramai yang memberikan komen positif dan menjadikan Ashraf idola apabila kehidupan poligami yang diamalkan begitu bahagia.
Menerusi kapsyen juga Ashraf mengucapkan terima kasih buat kedua-dua isterinya yang sentiasa ada di kala susah dan senang.
“Lama tak post gambar bertiga.
“Terima kasih ku ucapkan kepada kedua-dua isteriku yg kusayangi yg sentiasa membantuku dalam susah senang kehidupan ini.
“Kita lakukan sahaja apa yg Allah suka, insyaAllah dapat keberkatan darinya. Semoga Allah meyayangi kita semua dan memberkati hubungan kita sekeluarga. Ayah sayang mama dan ibu,” luah Ashraf.
Menerusi ruangan komen salah seorang netizen mendoakan agar kehidupan mereka sekeluarga bahagia hingga ke Jannah.
“Alhamdulillah 1 dlm sejuta kan mcm ni. Semoga bahagia till Jannah” salwanisuhaimi81.
Che Ta pilih rahsiakan identiti bakal menantu apabila anak sulungnya, Ammar Effendy, selamat bertunang dalam majlis sederhana yang penuh bermakna. Pelakon jelita itu memilih untuk tidak mendedahkan wajah tunang anaknya demi menjaga privasi keluarga.