“Kalau Malu Anak Kita Yang Kebulur & Haus Nanti,” Yana Samsudin

Share

Berpuasa di bulan ramadan, membuatkan kita agak segan untuk masuk ke premis makanan pada waktu siang hari.Bukan apa takut di salah anggap tidak menghormati bulan puasa.Dilema bagi mak-mak yang ada kecil, malu membeli makanan untuk anak sendiri, walaupun ada ‘lesen besar’.

Situasi ini pernah dialami oleh pelakon dan pengacara Norliyana Samsudin,35. Menurut ibu kepada Aisy Mateen,3 ini, dirinya pernah berasa segan untuk membeli makanan dan minuman untuk anaknya pada bulan puasa. Namun ditahan perasaan malu tersebut, demi mengelakkan anaknya kehausan dan kelaparan.

“Dulu dulu segan juga nak order air untuk anak. Tak kisahlah drive thru ke apa ke.Ingat lagi 1st time order drive thru tengah bulan puasa untuk @aisymateen. Sanggup sebut bubur ayam satu untuk anak”

“Tapi lama lama biasa dah. Dah 2 tahun pengalaman kan.. kalau kita malu anak kita yang kebulur dan haus nanti. Ye lah kat luar nak masak apa pulak sembunyi sembunyi kan?”

“So kesimpulan nya.Kerana anak mak ayah sanggup buat apa sahaja. Asalkan tak kelaparan.. sayangggg dieee.Kira ada lesen beso lah bila ada anak boleh beli makanan di siang hari! Hahaha .

MW: Setuju sangat dengan apa yang Yana Samsudin ini kongsikan. Beli makanan dan minuman untuk anak tiada salahnya. Tak perlu rasa segan dan bersalah anggap tak hormati bulan ramadan.

Baca Disini:“Budak Lelaki Paling Bagus Ajar Kerja Mencuci, Dah Besar Nanti Taklah Suruh Perempuan Je..” Yana Samsudin

Sumber: Yana Samsudin

IKLAN