Waktu bersanding, kedudukan isteri di sebelah kiri suami. Sebab ada yang kata asal kejadian perempuan dicipta dari tulang rusuk kiri lelaki. Benarkah? Kenapa tulang rusuk lelaki? Apa kaitan penciptaan ini dengan sifat wanita yang suami perlu ambil tahu?
Benar, ada hadis yang menyebut wanita dicipta daripada tulang rusuk lelaki. Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
اسْتَوْصُوا بِالنساءِ خَيْرًا، فإنَّ المرأةَ خُلقتْ من ضِلَعٍ ، وإنَّ أَعْوَجَ شيءٍ في الضِّلعِ أَعْلَاه ، فَإِنْ ذَهَبْتَ تُقِيْمُهُ كَسَرْتَهُ ، وإن تركتَه لم يزلْ أَعْوَجَ ، فاستوصُوا بالنِّساءِ خَيْرًا
Ads
Maksudnya : “Nasihatilah para wanita kerana wanita diciptakan daripada tulang rusuk yang bengkok dan yang paling bengkok daripada tulang rusuk itu adalah pangkalnya, jika kamu cuba untuk meluruskannya maka ia akan patah, namun bilamana kamu biarkan ia maka ia akan tetap bengkok, untuk itu, nasihatilah para wanita”. (Riwayat Bukhari)
Ada ulama berpendapat ia cumalah perumpamaan untuk memaklumkan sukarnya nak membetulkan perangai orang perempuan ini. Ada juga yang mentafsirkan penciptaan wanita betul-betul dari tulang rusuk lelaki.
Hal ini dikaitkan dengan ayat yang menyatakan perempuan itu dicipta daripada satu penciptaan asalnya iaitu Adam.
Ads
Panduan Melayan Isteri Yang Bengkok Penciptaannya
Melihat Hikmah Menjaga Isteri
Dari sudut hikmah pula, seharusnya lelaki melihat perkara ini dari sudut bagaimana mereka perlu menjaga wanita. Wanita daripada anggota dalaman yang terjaga asalnya dan dilindungi oleh dada.
Ia juga pelengkap kepada kesempurnaan lelaki disebabkan rusuk lelaki hanya sempurna bilangan dengan adanya wanita di sisi mereka. Maka itulah, wanita selalu memerlukan dan mengharapkan lelaki ada bersama dengannya. Sebabnya, wanita adalah sebahagian daripada anggota badan lelaki.
Ads
Isteri Pelengkap Kekurangan Suami
Lelaki pula sentiasan memerlukan wanita untuk melengkapkan kekurangan hidupnya. Yang lebih utama ialah lelaki perlu berlemah lembut dan bersabar jika nak mendidik atau membetulkan orang perempuan. Kalau tak sabar dan nak cepat saja, atau berkasar maka ia boleh menyebabkan patah. Lebih parah jika ia jadi lebih rosak atau memberontak. Akhirnya wanita tak berjaya nak dididik.
Kuasa Pujukan Suami
Atas dasar itulah juga, suami kena pandai memainkan perananannya. Sebab itu, kena belai-belai, gosok-gosok, pujuk-pujuk bagi hilang sikit bengkok itu.
Walau sudah lama berkahwin, suami isteri tetap perlu semarakkan cinta. Dr. Norsimah Binti Dasan (KB.PA), Pensyarah Kanan, Fakulti Psikologi Dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah mengesyorkan agar suami isteri perlu kembali segar, panas dan semarakkan cinta serta hubungan rumahtangga setelah sekian lama berkahwin.
Walau Sudah Lama Berkahwin, Suami Isteri Tetap Perlu Semarakkan Cinta
“Malah, sebenarnya suami isteri perlu sentiasa mengambil inisiatif mewujudkan suasana mesra dan hubungan yang romantis pada sepanjang tempoh masa perkahwinan.
“Adalah dicadangkan agar suami isteri tidak meletakkan jumlah tahun sebagai indikator untuk memanaskan semula hubungan yang dingin tetapi meletakkan peluang hidup yang diberikan oleh Allah SWT setiap kali memulakan hari agar semak dan perbaiki hubungan suami isteri.
“Adalah normal dua tahun dalam tempoh perkahwinan selalunya dirasai oleh pasangan yang berkahwin sebagai tempoh bulan madu.
“Di ketika ini suami dan isteri rela mengenepikan kekurangan pasangan masing-masing agar bahagia yang dinikmati tidak terjejas.
“Hubungan suami isteri yang romantis, bicara yang mendamaikan, layanan mesra adalah di antara variasi bahagia sepanjang tempoh bulan madu dijalani.
“ Namun sesuai dengan peredaran masa, komitmen keluarga bertambah, faktor biologi dan fisiologi semakin menurun tentunya memberi kesan kepada hubungan suami isteri dalam rumahtangga.
“Cabaran tiba, tekanan meningkat , emosi bercelaru adalah variasi rumah tangga apabila sudah lama berkahwin. Hampir semua pasangan hidup akan menghadapi ujian ini.
“ Walau bagaimanapun ujian ini dianugerahkan Allah adalah untuk meningkatkan kesepakatan suami isteri dalam melayari bahtera rumah tangga, sebagaimana firman Allah SWT:
“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.” (Surah Ar-Rum, ayat 21)
Cara Eratkan Hubungan Suami Isteri
Dr. Norsimah Binti Dasan (KB.PA), Pensyarah Kanan, Fakulti Psikologi Dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah
Zaman sekarang ini tak pelik kalau perempuan bekerja sebab nak tolong ekonomi rumah tangga, maklumlah kos hidup makin tinggi.
Tetapi yang pelik apabila berbual sama-sama kaum perempuan, akan ada salah seorang yang bagi soalan panas yang berkait dengan ‘risau kalau suami tinggal atau meninggal’.
Maknanya takut hilang punca pendapatan lah. Haa… kalau betul anda fikir tentang hal ini, cuba renungkan pula dari sudut yang saudara Firdaus Shakirin kongsikan ini.
Betul ke tidak.
Niat Perempuan Bekerja
“Kau ni jadi suri rumah, tak kerja, tak berniaga, tak ada pendapatan, kau tak takut kena tinggal dengan laki kau ke?”
Aik, kenapa nak kena takut plak? Kita yang bekerja ni, sebab tengah prepare untuk nak kena tinggal ke? Kita yang berniaga ni, nak bagi ada duit sebelum kena cerai ke?
Fikir la yang baik-baik, yang positif. Dia jadi suri rumah itu pun sebenarnya satu pekerjaan, cuma bezanya “pendapatan” dia bukan dalam bentuk wang ringgit, Allah “bayar” dengan “masa”. Dia dapat tengok anak membesar depan mata dia, dapat jaga anak dengan sendirinya, dapat uruskan rumah tangga dia sepenuhnya, dapat layan suaminya dengan sebaik mungkin.
“Masa bekerjanya” adalah untuk suami dan anak-anaknya.
Awak yang bekerja, awak yang berniaga, betulkan la niat tu. Awak bekerja, berniaga memang niat sebagai persediaan ke arah berpisah ke? Kerana takut laki tinggalkan awak sehelai sepinggang, tanpa duit, tanpa apa-apa?
Itu bunyi macam awak tak yakin yang rezeki datang dari Allah. Allah dah berfirman dalam surah An Nisa, ayat 130:
“Dia yang akan mencukupkan jika kedua-duanya bercerai…”
Betulkan niat tu dulu, sebab setiap apa yang berlaku dalam hidup ini bermula dengan niat. So, tak payah la niat ke arah tu. Kerja dan berniaga, bagi ada pendapatan, tapi matlamatnya untuk perkara lain, dan bukannya sebagai persediaan untuk diceraikan, ditinggalkan dan usah pertikaikan kenapa orang lain tak kerja macam awak, tak berniaga macam awk.. Walaupun awk ada pendapatan, itu bukan “lesen” untuk awak nak menyibuk jaga rumah tangga orang lain.
Dia pilih jalan dia, awak pilih jalan awak.
Tawakalnya dia terhadap rumah tangganya hanya Allah sahaja yang tahu. Doakan yang baik-baik untuk dirinya dan diri kita. Tak semua persoalan itu, perlu ada jawapannya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tak dinafikan ajal, maut dan jodoh semuannya ketentuanNya.Bila bercakap soal jodoh, ada yang rezekinya cepat bertemu jodoh dan ada yang sebaliknya.Namun demikian, dalam pada berusaha untuk mencari jodoh, janganlah gelojoh dan terburu-buru semata-mata nak berkahwin.Asal boleh dan tangkap muat je, kerana akibatnya nanti menyesal dan kecewa sepanjang masa apabila tak bahagia dan salah memilih.
Apa-apapun kena selidik dahulu latarbelakang calon betul-betul. Ini kerana terdapat sesetengah lelaki yang jenis yang suka mengambil kesempatan, mencari isteri yang berpangkat, bergaji besar untuk menumpang senang dan goyang kaki.
Bila memiliki isteri yang ekonominya stabil, ramai suami yang dapat melepaskan tanggungjawab dan sering mempergunakan isteri demi kepentingan diri sendiri.Meskipun tak semua lelaki mempunyai tujuan begini ketika berniat untuk berkahwin, namun realitinya golongan ini memang wujud.
1.Sebab itu saya selalu pesan dan tulis wanita harus berharta.
2. Wanita sebaiknya belajar dan ada ilmu yang tinggi jangan hidup mengharapkan suami semata mata.
3. Selidik latar belakang lelaki, jika nak bagus semak rekod CCRIS dan CTOS mereka ini. Jika hutang pun bermasalah, jangan harap mereka akan bagi nafkah buat isteri.
4. Sesekali cuba tanya, sumbangan ibubapa berapa sebulan dia berikan. Jika kurang dari 5% gajinya, pasti ada yang tidak kena. Jika sumbangan buat ibubapa hanya ‘alasan duit tak cukup’ . Maka bersedia untuk tiada nafkah sepanjang hayat nantinya.
5. Jangan cerita apa harta yang kita ada jika mula kenal. Kita tak tahu niatnya manusia. Sebab niat buruk tak pernah tertulis didahi manusia.Niat disimpan dilubuk hati yang paling dalam.
6. Selidik gaya hidupnya, jika kaki bergaya hias kereta macam akuarium jadinya. Baik tangguhkan saja sementara.
7. Jangan ada impian kahwin nak ubah hidup dia, kata orang Kedah “old habits die hard”. Nanti anda menyesal dan kecewa sepanjang masa.
8.Fahami hak ada sebagai isteri, jika suami mula ambil hak anda dan mendera. Jangan cepat cepat salahkan takdir. Hubungi talian Nur 15999 dan buatlah aduan bukan biarkan.Jangan biarkan didera sampai meninggal.
9. Elakkan buat biaya hutang untuk suami tercinta. Jika nak hutang bersama pastikan ia aset dan bukan liabiliti bersama. Jika tidak nanti bayarlah hutang sendiri, ramai yang dah kena cerita pada saya. Nak buat apa, bayarlah hutang sampai selesai.
Jangan nak mencari jodoh sampai jadi bodoh.
Berkahwin bukan untuk menjadi hamba bayar hutang kereta suami tercinta.
Tip Ekstra!
Antara media untuk selidik pasangan calon kita. Lihat timeline sosial media dia 2-3 tahun lepas. Bagaimana cara dia berfikir dapat dilihat dari apa yang dia poskan juga.Calon yang gila berpolitik juga nilai kembali. Orang taksub berparti ini rasionalnya rendah biasanya.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Buat wanita yang masih berusaha mencari jodoh, semoga lebih berhati-hati iya dan jangan gelojoh cari calon suami yang ‘tangkap muat’ asalkan berkahwin. Biar lambat asalkan tak tersalah pilih, kelak menyesal dan kecewa nanti.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. (https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/)
Norazian pilu suami terkorban nahas FRU, kehilangan orang tersayang bukanlah satu fasa yang mudah untuk diterima, lebih-lebih lagi suami tercinta.Pagi tadi negara dikejutkan dengan...