Jarang isteri akan akan meluah kata penat, melainkan dia betul-betul dah tak larat. Tetapi ada isteri jenis pendam, nak juga paksa diri buat walau hakikatnya emosi dah penat.
Jadi inilah peranan suami, kena juga pandai baca apa yang isteri rasa. Nampak dia macam habis kudrat, bantu cepat-cepat.
Bak kata saudara Muhammad Hassan, kadang kena pesan dengan penuh kasih sayang.
Ads
Agak Nampak Isteri Penat
Saya pesan kat isteri. JIKA rasa penat sangat buat kerja rumah, jaga anak bantu perniagaan saya. REHATLAH. Jangan stress sangat. Mesej atau call lah, saya sudi dengar dan balik tenangkan awak. Luahkan jangan dipendam. Nak marah, marahlah saya, jangan marah anak, jangan pukul anak.
Jadi suami ni kita kena pandai baca keperluan fisiologi badan isteri. Jika isteri cakap PENAT. Memang penat sangatlah tu, jika dia kata BORING, memang boring sangatlah tu. Jika nampak serabai memang emosi dia tidak stabil sangat dah tu.
Ads
Jadi suami berusahalah untuk bagi ruang isteri dapat REHAT dengan cukup, buatlah apa cara sekali pun untuk hilangkan boring dia, stabilkan emosi isteri dengan memberi pelukan dan kata-kata yang baik.
Isteri Layan Suami Ikut Apa Yang Diterima
Buatlah apa cara sekali pun gembirakan isteri dan anak-anak. Isteri ni satu kali kita buat baik, 10 kali mereka balas baik terhadap kita.
Ads
Dan paling penting jangan sedikit pun abaikan atau remehkan keluhan isteri. Sentiasa hargai isteri. Banyak dah pengorbanan dia untuk kita. Antara tanggungjawab yang paling berat dalam dunia ini adalah menjadi seorang isteri dan ibu. 24 jam setiap hari jaga keperluan anak dan suami. Sakit demam tetap juga bangun malam susukan anak, sakit demam tetap juga penuhi keperluan anak dan rumahtangga lebih-lebih jika suami berjauahan.
“Ya Allah anugerahkan syurga buat mereka yang bergelar isteri dan ibu.”
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Betapa dalam kehidupan kita berhadapan dengan pelbagai perkara dan situasi baik negatif mahupun positif. Adalah amat penting kita sebagai mak ayah, menyerap hanya perkara yang baik-baik dan mengabaikan aura negatif dalam kehidupan seharian. Jangan jadikan diri kita sebagai ‘Lori Sampah’ yang mempu memberi kesan mendalam pada anak-anak dan rumahtangga.
Berikut perkongsian daripada Puan Najibah Mustaffa mengenai ‘Lori Sampah’ yang boleh dijadikan panduan.
Pertama kali saya mengetahui istilah ini adalah beberapa bulan lepas. Rupa-rupanya istilah ini datangnya daripada sebuah tajuk buku yang ditulis oleh David J.Pollay di mana ia sangat popular dan memberi kesan mendalam kepada kehidupan ramai orang.
Saya ‘search’ tentang perkara ini untuk mengetahui lebih mendalam lagi, terjumpa page rasmi The Law of the Garbage Truck. Taglinenya adalah
Sebarkan kesyukuran. Bukannya sampah.
Masyaallah. Kempen yang sangat baik. Dan ia bermula di negara barat.
Definisi ‘Lori Sampah’ Dalam Kehidupan
Lori sampah. Betapa inilah realiti kehidupan kita hari ini. Setiap hari kita bertemu dengan ramainya manusia dan berhadapan dengan banyaknya situasi.Manusia negatif, peristiwa negatif diibaratkan sebagai sampah. Dan kita ini adalah sebuah lori atau trak.
Ada orang yang kerjanya setiap hari mengutip sampah sampah ini dan memenuhkan lorinya dengan segala yang busuk dan meloyakan itu.Dan sampai satu masa, sampah itu telah penuh. Dia terpaksa membuang sampah itu kepada insan sekelilingnya.
Saya terfikir. Betapa ada di kalangan kita ini – ibu ayah selalu sangat jadi seperti lori sampah ini. Tanpa kita sedari.Kita keluar rumah untuk bekerja atau apa jua urusan. Kita bertemu dengan macam macam orang dan keadaan.
Traffic jammed. Merungut.
Di jalanraya, ada pemandu lain memotong dan beri lampu tinggi, terhamburlah sumpah seranah.
Di kedai makan, hidangan lambat sampai. Terus marah marah
Di pejabat, bos tegur itu ini, kita pun terkesan sama, jadi bad mood dan naik angin.
Banyak lagi situasi dan orang sampah yang kita jumpa. Kita kutip dan kutip. Kita benarkan perasaan dalaman kita ditentukan oleh luaran.Sampah ini kita kumpulkan dalam lori kita. Hari demi hari, minggu berganti bulan. Ianya penuh dan membusuk.
Kita bawa sampah ini pulang ke rumah. Sedihnya, bila sampah ini mulai penuh dan melimpah. Kita hamburkan kepada pasangan dan anak-anak.
Kita pulang dari kerja. Tiada segaris senyum atau wajah ceria. Kita bawa wajah yang sarat dengan beban dan masalah.
Anak-anak bising. Kita marah.
Anak-anak buat sepah. Kita tengking.
Anak-anak datang kepada kita mahu perhatian, kita abaikan.
Begitu juga dengan pasangan. Perli, marah, penderaan emosi jadi perhiasan rumahtangga kita.
Kita buka handphone. Baca berita negatif. Hal bertelagah tak sudah, membawang, gosip itu ini.
Kita kutip sampah lagi.
Tenaga emosi kita menjadi sangat rendah. Dalam rumahtangga kita aura nya juga jadi negatif.Dan lagi sedih, pasangan dan anak-anak yang menerima sampah ini boleh menjadi penyumbang dan pengutip sampah juga.Pasangan. Tidak didamaikan emosinya. Lalu dilepaskan kepada anak-anak.
Anak-anak terpinga-pinga. Keliru. Mereka belum mengerti, namun emosi yang koyak rabak itu membentuk mereka jadi keras, kasar, suka bergaduh terbawa bawa ke sekolah. Ada yang jadi pasif. Ramai juga yang kemurungan dan membawa kepada masalah mental yang lainnya.
Allahu. Teruknya kesan sebuah sampah ni kan. Berantai rantai.
Ramai kita tak sedar perkara ini. Saya pun! Dan sangat sebak ketika menulis catatan ini. Sebab teringat kenangan dulu dulu. Waktu saya selalu menjadi pengutip sampah. Semua perkara yang berlaku di luar mudah sangat beri kesan kepada ketenangan diri. Teruk sungguh rasanya.
Setahun dua ini minat saya kepada ilmu keibubapaan membawa saya menerokai banyak ilmu berkaitan psikologi anak-anak. Dan saya perlahan lahan memperbaiki salah dan silap dulu. Semoga anak-anak lupa, tak simpan dalam memori – perihal sampah yang saya kutip dan hamburkan kepada mereka dulu.
Ibu ayah. Semakin kurang kita mengutip sampah iaitu mengizinkan perkara negatif masuk dalam diri kita. Semakin besar sebenarnya ruang dan peluang untuk kita hidup penuh cinta, saling menghargai dan berkasih sayang.
Ya. kehidupan ini sangat sukar. The struggle is real. Namun kita masih boleh memilih yang baik-baik. Dengan mohon kekuatan daripada Allah.
Mulai hari ini kita katakan pada diri. Jangan jadi seperti lori sampah. Jika ada orang mahu berikan sampahnya kepada kita. Kita jangan ambil. Kita tolak, senyum dan berlalu pergi.
Katakan pada diri. Kita ibu ayah yang keluarnya mencari rezeki buat keluarga. Pulangnya nanti, saat anak isteri menyambut di muka pintu, yang kita mahu bawa bersama adalah kebaikan, wangian, keindahan dan keceriaan.
Ini semua tenaga emosi yang tinggi frekuensinya. Yang insyaallah berupaya menarik lagi banyak perkara best dan indah dalam hidup. Seisi keluarga pastinya bergembira. Lalu turunlah rahmat dan berkat daripada Allah. Jadi lah rumahtangga kita sejuk dan mendamaikan. Syurga sebelum syurga. Insyaallah.
Ibu ayah. Kita cuba ya!
Najibah Mustaffa
Sedang belajar berhenti jadi lori sampah.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak ayah serapkanlah dalam diri hanya aura positif dan perkara yang baik-baik untuk anak-anak. Semoga kita dalam membentuk keluarga yang sakinah, mawaddah dan rahmah dalam persekitaran yang harmoni.
Bajet akan bahagia bila dah bertahun-bertahun bercinta? Salah tu sebab kita tak akan pernah tahu nasib lepas kahwin.
Andai bahagia dengan suami, belum tentu mentua dan ipar duai sejiwa. Nak-nak pula masing-masing dididik dengan dunia berbeza.
Macam yang Puan Nurul Izzah Zainol kongsikan, nampak ‘untung’ di mata orang tetapi kita tak pernah duduk dalam kasutnya.
Beberapa orang yang pernah melihat suami saya menguruskan anak, akan selalu cakap untunglah saya dapat suami macam tu. Ada yang cakap bertuahnya lah saya dapat suami macam tu.
Ya, manakan tidak. Dia lebih sabar dari saya. Lebih peka dari saya bab-bab urus anak. Nak keluar dia dulu siapkan bekal susu dan keperluan anak. Apa keperluan asas anak siap-siap dia beli buat stok sampai macam stokis barang baby. Bab layan anak walaupun letih dia paling juara. Kalau saya memang dah tak tahan terus baring dan tidur. Dia paling suka bab bawa anak jalan-jalan, bawa keluar main. Saya ni yang suka fikir 2,3 kali bila nak keluar jalan-jalan.
Senang cerita, kalau bab anak paling attentive. Sebab tu asyik sebut nak baba sahaja si anak tu.
Kawan,
Saya bukan beruntung atau bertuah mendapat suami seperti itu. Saya cuma bernasib baik. Ya, bernasib baik. Atau mujur saya dapat suami sebegitu. Kerana apabila ditanya macam mana nak cari jodoh yang tidak akan kita sesali, untuk setakat hari ini, untuk setakat pengalaman menguruskan kes rumah tangga, saya hanya boleh cakap TIADA TIPS!
Ya, nampak hodoh benar kalau saya cakap jodoh ni macam main judi. Macam loteri. Gamble saja. Untung sabut timbul untung batu tenggelam. Memang kau tidak akan tahu untung nasib kau lepas kahwin. Ingatkan kahwin secara baitulmuslim bercinta selepas nikah barakohlah hendaknya, tetapi ya ampun azabnya perkahwinan selepas itu.
Ingatkan sudah bersuamikan pak ustaz pak kiyai dan segala mcm title syurgawi di dahinya, tapi ya ampun lahanatnya perangai terhadap isteri dan anak-anak. Bukan main kat luar nampak terhormat, kat rumah bagaikan syaitonirrojim menerakakan isteri dan anak-anak.
Ingatkan sudah pilih daripada keturunan dan keluarga yang baik dan dihormati, tapi ya ampun sekeluarga melayan si isteri macam hamba di rumah mertua. Berjemaah pula torture si isteri dgn pelbagai serangan mental dan emosi. Lebih menyedihkan tidak pula mendapat pembelaan si suami. Demi menangkan keluarga, dibuangnya si isteri dan anak-anak ke tepi jalan. Maka, bersoraklah yang lain berpuas hati.
Saya pun tak kan jamin apa-apa yang suami saya akan terus baik sebegitu. Baru 4 tahun kahwin. People change. Nasib baik sekarang belum tentu masa depan. Sebab itu saya nak pesan, selagi kau berkahwin dengan manusia, selagi itulah tiada jaminan apa-apa.
TIADA JAMINAN BAHAGIA, TIADA JAMINAN TIDAK AKAN MENYESAL. TIADA.
Yang tinggal, nasib baiklah kalau dapat yang elok. Kalau dapat yang bungkusnya elok dalamnya berulat, memang nasib kau lah. Sebab nak bungkus bagi nampak elok bukannya susah. Lepas kahwin barulah terkejut beruk menyesal tak terkata.
Amboi. Memang buruk sangatkah rupa perkahwinan? Macam tak kasi kawen je. Well if i may say it. Yes. Enjoy dulu lah masa single ni. Ngeri kot tengok, handle, dan experience kes-kes rumah tangga yang kalian tak akan pernah terfikir ia terjadi. Apatah lagi ditunggangi oleh puak-puak penunggang agama yang dikenali pula tu. Lagi piss off!
Unless kita yang perempuan ni dah prepare backup gila-gila punya. Strong in everything. Inside and outside. Kita dah prepare backup plan dan emergency exit tanpa mengharapkan ihsan org lain. I must tell u jangan ambil ringan the power of money. Itulah harapan pertama sebelum nak langkah keluar daripada neraka rumah tangga.
On top of that, kalau tau jenis diri tu senang dimanipulasi, cepat surrender, malas nak ambil tahu, sejenis ikut-ikut saja, lemah gemalai sangat, hati tisu, tak berani bersuara, low basic living skill, atau xindependent.. Hah, ni lah golongan paling berisiko bila berkahwin. Dah witness dah woi. Memang jadi kain buruk terus lepas kahwin di’belasah’nya suami durjana.
So, minimise the risk as low as u can. Perkahwinan adalah syariat Islam. Tetapi jika perkahwinan tidak mencapai tujuan ia disyariatkan, maka haramlah hukumnya. That’s it.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Bila masuk alam perkahwinan, suami isteri akan lalui fasa tertentu. Ada zaman susah dan ada zaman senang, tetapi tak semua yang berjaya lalui dengan sabar.
Nak-nak pula kalau salah seorang pernah berada dalam keluarga yang senang. Macam yang saudara Firdaus Shakirin kongsikan ini, setiap orang pasti akan hadap.
Perkahwinan ni ada fasanya.
Fasa pertama, masa beberapa tahun kita mendirikan rumahtangga. Masa ni, kita baru nak kenal siapa sebenarnya pasangan kita tu. Apa yang dia suka, apa yang dia tak suka. Cara dia, tabiat dia, masa ni juga, kewangan kita “cukup-cukup makan.”
Tak ramai lelaki yang mampu sediakan serba serbi masa mula-mula kahwin.
Kalau kena menyewa dulu, maka sewa lah dulu. Kalau kena naik motor dulu, maka naik lah motor dulu. Isteri kena faham, suami yang dikahwini tu bukan datang dari anak orang kaya. Anak orang biasa-biasa yang kerja biasa-biasa je, yang tengah merangkak-merangkak untuk bina kehidupan dia.
Dan suami pula, walaupun tengah tak stabil, walaupun tengah merangkak-rangkak, kena cuba juga untuk tunaikan apa yang sepatutnya seorang suami tunaikan. Jangan lari dari tanggungjawab yang utama tu. Fahamkan isteri tentang kemampuan kita, setakat mana yang kita boleh bagi dan sediakan untuk dia.
Kalau masing-masing boleh lepas fasa ni, kenal perangai masing-masing dengan baik, boleh sesuaikan diri dan kehidupan dengan kemampuan yang ada tu, insyaAllah rumahtangga tu boleh pergi jauh selagi masing-masing masih ada untuk satu sama lain disaat mereka memerlukan, masing-masing masih tak berubah hati, nawaitu masih sama dan masih sedar dengan diri sendiri.
Ada yang tak lepas fasa ni sebab tak boleh susah sama-sama, ada suami yang tak sediakan apa yang sepatutnya disediakan, ada yang masih terbawa-bawa cara hidup bujang dia dalam rumahtangga. Ada yang asyik bergaduh disebabkan masalah kewangan dan perangai pasangan… jangan kata tak ada, ada sebab banyak yang bercerai setahun dua selepas mendirikan rumahtangga.
Apa-apa pun, dalam kehidupan rumahtangga ni tak boleh cepat melatah. Apa yang kita dengar, kena nilaikan dulu baik-baik. Apa yang disampaikan kepada kita, tak semestinya semuanya betul. Elakkan bergaduh akan hal yang remeh temeh, dan bila pasangan tegur, nasihat, cuba untuk dengar dan terima.
Then berubah ke arah yang lebih baik lagi untuk hubungan kita tu.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Penemuan mayat wanita dalam beg di sebuah rumah kosong di Pedas dipercayai berkaitan kehilangan Suri sejak 15 Disember. Siasatan diteruskan bagi mengenal pasti identiti dan suspek terlibat.