Kakak dedah adik terpaksa tanggung kes jenayah Kim Seri, “akaun bank & SSM guna nama adik. Kisah kontroversi melibatkan personaliti media sosial, Kim Seri yang dilaporkan baru bernikah semalam kembali menjadi perbualan hangat apabila seorang wanita, Nor Seri Azlina Bustani, tampil mendedahkan adiknya kini menjadi mangsa dalam kes jenayah penipuan wang pelanggan yang dipercayai berkait rapat dengan selebriti berkenaan.
Kakak Dedah Adik Terpaksa Tanggung Kes Jenayah Kim Seri
Bercerita secara eksklusif kepada Mingguan Wanita, Nor Seri Azlina yang juga kakak ipar kepada Kim Seri berkata, Isnin lalu hingga ke tarikh ini adik keduanya, dikenali sebagai Angah direman pihak berkuasa atas 47 pertuduhan berkaitan penipuan wang yang menggunakan khidmat Kim Seri melancong ke Korea.
Nor Seri Azlina mengakui adiknya kini direman dan bakal berdepan 47 pertuduhan penipuan melibatkan wang pelanggan melancong ke Korea yang diuruskan oleh Kim Seri.
“Sejak kes penipuan Kim Seri tersebar di media massa dari tahun lalu, adik sentiasa memberikan kerjasama kepada polis sehinggalah Isnin lalu dirinya direman oleh polis ketika dipanggil memberi keterangan di Balai Polis Gemas. Apa yang kami dengar, adik sudah dibawa ke Johor dan dikatakan akan berpindah dari satu negeri ke satu negeri melibatkan 47 pertuduhan tersebut.
“Akaun Bank & SSM Guna Nama Adik…
“Mak saya sentiasa menangis bila tahu adik tak boleh diikat jamin. Anak-anak yang bersamanya juga menangis bila tak berjumpa ayah mereka,” katanya yang mendedahkan nama adiknya telah digunakan untuk membuka akaun syarikat termasuk pendaftaran syarikat (dibuka ketika adiknya dan Kim Seri masih sebagai suami isteri).
“Kim Seri dulu merupakan guru dan sebagai kakitangan kerajaan memang tak boleh ada syarikat. Jadi adik yang berniaga air di tepi jalan termasuk ke pasar-pasar malam telah diminta membuka SSM termasuk akaun syarikat atas namanya. Sebelum ini tiada masalah pun tentang syarikat pelancongan Kim Seri itu sehinggalah dirinya membuka restoran di tengah Korea.
“Lepas buka restoran inilah masalah mula wujud termasuk kejadian pelanggan tak dapat hotel, tiada tiket dan sebagainya kerana Kim Seri bukan dari keluarga kaya. Urusan pelancongan sesebelum ini pun termasuk wang keluar masuk diuruskan oleh Kim Seri sepenuhnya kerana dirinya di Korea (menyambung pengajian ketika itu) sementara adik pula ada di Malaysia kerana berniaga air di tepi jalan.
Nor Seri Azlina turut mendakwa setahun lalu, adiknya ada pergi ke Korea kerana Kim Seri meminta menguruskan restoran tersebut sehinggalah adiknya kembali semula ke Malaysia selepas bercerai tahun lalu dan membawa anak-anaknya kembali ke sini.
Ads
“Masa adik balik, memang sedih tengok keadaannya. Duit pun tak ada di tangan. Balik begitu saja. Sekarang bila perkara ni meletup, adik saya pula yang ditahan reman sedangkan dirinya bebas di Korea malah siap berkahwin baru lagi,” katanya dengan nada kecewa.
Menurut Nor Seri Azlina lagi, video pendedahan tersebut dimuat naik bukan untuk meraih perhatian, sebaliknya sebagai usaha untuk membersihkan nama adiknya yang kini berdepan siasatan jenayah berkaitan penipuan kewangan.
Inilah jawapan kenapa Kimseri masih lepas bebas atas jenayah dia buat… bekas suami iaitu adik saya terpaksa tanggung segala jenayah dia asbab masa masih suami isteri adik saya bukakan akaun company ssm unk dia..dlm video dia sendiri mengaku bekas suami tak salah tapi dengan mangsa dia fitnah bekas suami kaw2 curi duit bagai.. Hanya Allah mengetahui segalanya.. ingat seri doa org teraniaya tu makbul
“Saya tak akan padam video ni sebab inilah satu-satunya bukti yang boleh bantu adik saya. Ia melibatkan maruah keluarga. Dia bukan penipu, dia mangsa,” tegasnya dan turut memaklumkan sejak dia memuat naik video semalam atas nama Hakak Tudung, Kim Seri ada menghubunginya meminta agar video itu diturunkan.
“Tak mungkin saya akan padam kerana ini maruah keluarga kami.Kami sekarang sedang mencari peguam untuk bantu adik. Kosnya bukan murah dan kami juga bukan orang kaya ada duit banyak. Tapi demi nak bantu adik, kami akan berusaha mencari peguam untuk membela kesnya,” katanya memaklumkan adiknya tinggal bersamanya selepas balik dari Korea tahun lalu.
Setakat ini, pihak berkuasa masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi, namun netizen telah pun membanjiri ruangan komen dengan pelbagai reaksi – ada yang bersimpati, dan tidak kurang juga yang menuntut siasatan lanjut terhadap Kim Seri.
Ads
Sama ada benar atau sebaliknya, pendedahan berani Nor Seri Azlina ini membuka dimensi baharu terhadap kes yang dikatakan melibatkan penyalahgunaan identiti dan manipulasi dalam dunia perniagaan atas talian.
Kim Seri yang dikenali melalui perkongsian konten berkaitan kehidupan di Korea Selatan, menawarkan pakej pelancongan kepada rakyat Malaysia.Namun, beberapa pelanggan mendakwa mereka tidak menerima perkhidmatan yang dijanjikan, termasuk tiket penerbangan palsu dan penginapan yang tidak disediakan.Akibatnya, ramai yang terkandas di lapangan terbang tanpa kepastian.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima sekurang-kurangnya 24 laporan polis berkaitan kes ini, dengan jumlah kerugian dianggarkan mencecah RM500,000 di mana isu ini heboh diperkatakan ramai termasuk pengakuan dari mangsa sendiri di media sosial.
TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-
“Biarlah hukuman mati itu dikekalkan. Tak ada kekhilafan dalam hukuman sebelum ini. 8 tahun kami sekeluarga menderita menantikan keenam-enam tertuduh melalui detik itu.
Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pelajar 14 tahun meninggal dalam tidur, mimpi arwah isteri jadi petanda anak dijemput Allah. Hebatnya ujian Allah ke atas bapa ini. Ujian yang tidak semua orang mampu hadapinya.
Di saat orang lain punya ramai ahli keluarga, namun bagi Kadri dirinya kehilangan satu persatu ahli keluarga. Bermula dari isteri, diikuti anak perempuan sulungnya yang meninggal akibat keguguran dua tahun lepas, terkini anak lelaki tunggalnya yang berusia 14 tahun, Muhammad Khairul Anuar pula mengikut jejak ibunya ke alam baqa. Betul-betul sehari selepas pada tarikh kakak sulungnya meninggal dunia.
Pelajar 14 Tahun Meninggal Dalam Tidur
Muhammad Khairul Anuar, 14 tahun mengikut jejak ibunya ke alam baqa. Betul-betul sehari selepas pada tarikh kakak sulungnya meninggal dunia dua tahun lalu.Jenazah pelajar ini selamat dikebumikan selang beberapa baris dari kubur kakak sulungnya, Shulnanif Kadri.
Muhammad Khairul Anuar, pelajar Tingkatan 2 Maahad As Sultan Ahmad Shah Ad Dini Bandar Jengka dijemput Ilahi ketika dalam tidur di asrama. Arwah sepatutnya mewakili sekolah dalam pertandingan acara memanah peringkat negeri Pahang namun takdirnya berubah apabila ditemui sudah meninggal.
Mimpi Arwah Isteri Jadi Petanda Anak Djemput Allah
Sebelum kejadian tidak terduga menimpa satu-satunya anak lelaki yang ada, bapa tunggal ini mengakui dirinya ada bermimpi bertemu arwah isteri.
“Patutla saya rindukan dia. Ketika dirinya masih di asrama. Dah dua tiga hari perasaan rindu itu datang. Malam tadi saya mimpikan mak dia cikgu. Rupanya ini petanda saya akan kehilanganya” katanya yang berkongsi perasaan sedihnya dengan seorang guru, Mohamad Afbrar Sulaiman.
Apa yang lebih menyayat hati, di saat dirinya diuji berterusan dengan kematian ahli keluarga, terkini seorang lagi anak perempuan keduanya, Ustazah Maisarah sedang bertarung dengan kanser. Penyakit yang sangat ditakuti ramai kerana kesannya.
Kunjungan dari ahli politik DS Ismail yang menyampaikan sumbangan buat keluarga iniUstazah Maisarah yang juga anak kedua sedang menderita kanser. Moga diberi kesembuhan buat keluarga ini yang diuji satu persatu dengan kematian.
Sementara itu perkongsian fb dari ahli politik Datuk Seri Ismail Mohamed Said dalam ziarah kasih kepada keluarga yang diuji ini.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Siang tadi ziarah ke rumah Abg Kadri di Flat C Rantau Perintis ekoran khabar duka yang kami terima semalam.
Anak bongsunya, Muhammad Khairul Anuar, pelajar Tingkatan 2 Maahad As Sultan Ahmad Shah Ad Dini Bandar Jengka dijemput Ilahi ketika dalam tidur di asrama..Semoga abg Kadri tabah dan sabar..Mohon doakan juga kesihatan buat anak ke 2 Abg Kadri yang menghidap kanser, semoga diberi kesembuhan.. InsyaAllah
Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui segala-galanya. Moga ujian sebesar ini menguatkan semangatnya untuk kekal tabah.
Semoga Shila tabah harungi dugaan bersama adik beradik. Shila sememangnya wanita kuat dan dari kecil sudah bekerja untuk keluarga tersayang. Besar pengorbanan anak perempuan ND Lala ni.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Syukur, apabila dapat melayari kehidupan bersama pasangan dari awal perkahwinan sehinggalah beranak cucu. Itu impian setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga. Jodoh pelakon yang juga chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob dan isteri, Datin Azrene Ahmad bahagia bersama sehingga 14 tahun menjadi suami isteri.
Selama 14 tahun berdua empat orang cahaya mata, onak dan duri telah mereka harungi. Terharu sungguh, Fazley bila mana isteri tetap setia di sisi dalam apa juga kesukaran yang terpaksa mereka tempuhi.
Azrene yang mesra dipanggil ‘Adik’ oleh suaminya ini, menerima dirinya seadanya. Dari seorang yang dalam keadaan sehelai sepinggang, tetap isteri mencurahkan kasih sayang yang berpanjangan.
Azrene Jadi Isteri Abang Dalam Keadaan Sehelai Sepinggang.. – Datuk Fazley
14 tahun dah kita Adik Sayang!
Syukur ke hadrat Ilahi, 7 November 14 tahun yang lalu kami telah disatukan. Pelbagai onak duri, duka dan duka (bukan suka duka) dan airmata yang mengalir, namun Allah tetap izinkan kita untuk terus berdiri teguh mempertahan masjid yang satu ini. Bukan mudah untuk mempertahankan perkahwinan yang baru setahun jagung, apatah lagi memperkukuhkan masjid yang terbina 14 tahun lamanya. Moga iman kita semakin kukuh, tiang agama kita semakin utuh, dan anak2 kita yang 4 orang tu membesar dengan tersedianya ilmu dunia dan terpatrinya ilmu akhirat sentiasa.
Terima kasih di atas pengorbanan Adik sayang @azrene_ahmad selama ini. I am who I am today because of you.. Adik menjadi isteri abang dalam keadaan sehelai sepinggang, dan abang sendiri sampai tiada apa lagi yang tinggal akhirnya, namun Allah tetap memberi harta kasih dan sayang berpanjangan. Biarlah kita miskin harta, namun kekal kaya kasih dan sayang. Yang pahit tak semestinya racun, yang manis tak selalunya madu! Salam Ulangtahun kita yang ke-14 dan percintaan yang hampir ke-16 tahun.
Perkongsian Fazley ini dimuatnaik dalam instagramnya dalam bentuk paparan video beserta lagu ‘November Itu’. Yang mana, lagu dan liriknya oleh beliau sendiri.
Mengunjungi tanah suci dan menunaikan umrah merupakan impian ramai orang.Tak tergambar perasaan gembira apabila dapat mengunjungi tanah suci buat pertama kali, lebih-lebih lagi bersama suami dan anak-anak tersayang. Rezeki pelakon Lisa Surihani,33 dapat menjadi tetamu Allah menunaikan umrah bersuami Yusry Abdul Halim,43 dan anak-anak, Yahaira Leanne,3 & Yusof Leonne,2.
Lebih istimewa, kunjungan Lisa dan keluarga ke tanah suci pada 2 Syawal lalu sekaligus meraikan Aildilfitri disana.Melawat makam Rasulullah SAW / Raudhah, perkuburan Baqi, berpeluang menunaikan umrah merupakan pengalaman terindah bagi dirinya.
Perkara ini dikongsikan oleh Lisa sendiri didalam Instagramnya.
“Buat pertama kali, kami meraikan Aidilfitri dgn menziarahi makam Rasulullah saw dan masjid- di Madinah dan kemudian menziarah dan menjalankan umrah di Makkah”
“Semoga dipermudahkan perjalanan, urusan, dan dalam mengerjakan ibadah. Moga kami semua diberikan kesihatan untuk melaksanakan ibadah. Moga kami semua dikurniakan umrah yang mabrur.”
“Saya sangat bersyukur, kali pertama saya ke sini adalah bersama suami, ibu dan juga anak-anak. Tiada kata-kata yang cukup untuk menggambarkan perasaan ini. Saya doakan moga anda semua dijemput ke sini oleh-Nya. Amin.
MW: Alhamdulillah rezeki Lisa sekeluarga dapat menunaikan umrah pada bulan Syawal.Sesunguhnya satu pengalaman yang terindah. Manis sungguh Lisa bertudung labuh. Semoga dipermudahkan segala urusan disana dan mendapat umrah yang mabrur.
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.