
Ditakdirkan kahwin tak sekufu, ini salah satu cabaran buat pasangan suami isteri yang baru berkahwin. Bukan tidak mampu menolak awal-awal tetapi kalau sudah jodoh, lari macam mana pun tetap akan berjumpa dan akhirnya hidup sebumbung.
Ini kisah B40 Sabah dengan T20 Kelantan yang degil nak kahwin walaupun banyak benda yang tak sekufu. Jemput baca dengan hati terbuka dan kautlah apa yang baik daripada perkongsian cerita alam perkahwinan ini.
Kahwin Tak Sekufu

Aku betul-betul culture shock bila masuk keluarga suami, dan suami aku pun sama bila masuk keluarga aku. Perbezaan keluarga kitorang memang 360 darjah beza!
Beza pertama yang paling ketara ialah mindset pasal anak. Bagi mertua aku, anak-anak adalah tanggungjawab dan amanah dari Allah. Selagi anak-anak belajar, selagi tu kena tanggung semua keperluan. Bahkan yang dah bekerja dan berkahwin pun mertua aku masih support financially ya!
Tapi parents aku pula? Anak-anak adalah investment. “Aku lahirkan kau supaya ada yang tolong aku, kau dah besar nanti kau kasi aku duit, aku dah boleh rehat.”
Ayat itu yang aku hadap. Masa aku tak habis belajar lagi kat universiti, ayah aku dah berhenti kerja sbb malas. Tunggang-terbalik hidup aku struggle nak survive. Harap duit PTPTN memang sesak lepas bayar yuran, sampai aku terpaksa ikat perut makan 6 bungkus maggi sehari. Tak ada real food langsung! Siang study, malam kerja dropship.

Anak-anak B40 kena struggle tanggung parents nak beli barang jenama. “Belikan bapa Levi’s.” “Belikan Nike.” Padahal gaji anak bawah RM2k je. Masa aku baru kerja dengan gaji RM1.6k di Selangor, bapak aku pernah cakap, “Ingatkan dah besar ni kau dah boleh senangkan aku. Rupanya sama je susah.” Mak aku pula bandingkan dengan anak jiran yang bagi RM1k sebulan, padahal aku cuma mampu bagi RM300 masa tu. Sumpah, ayat-ayat tu masih berbekas dalam hati aku sampai sekarang.
Berbeza gila dengan suami aku. Masa study, bulan-bulan dia dapat duit poket. Bila dah kahwin, dia cuba transfer RM100 kat umi dia, tapi umi dia tolak dan cakap, “Utamakan anak bini dulu. Tak payah transfer ke umi.” Kalau mertua aku datang sini pula, diorang yang belikan baju-baju untuk suami aku tau!
Beza kedua ialah bab balik kampung. Parents aku siap cakap, “Tak payah la balik beraya kat Kelantan tu, mertua kau kan selalu datang rumah kau.” Padahal masa tu memang turn balik raya Kelantan! Mertua aku pula sangat prihatin, selalu tanya, “Mak ayah Miza ok ke Miza datang sini beraya? Jangan lupa call mak ayah ya.”
Perbezaan Ketara Sampai Suami Isteri Terkejut Masuk Keluarga Masing-masing
Kalau balik rumah mertua kat Kelantan, kitorang cuci kaki je. Semua benda mertua beli, anak-anak tak payah sibuk keluar duit beli barang dapur. Kalau makan luar pun, mertua yang akan bayar semua dan belanja anak menantu. Tapi kalau balik rumah family aku? Semua benda anak menantu kena uruskan. Kena beli groceries, kena beli makanan, dan kitorang yang kena bayar everything.
Beza ketiga pula bila bab datang melawat rumah kitorang. Mertua kalau nak datang mesti minta izin dulu. “Umi abah boleh datang ke? Miza ok ke kalau umi abah datang?” Dah la minta izin, datang pula bawa makanan penuh sampai tak muat peti ais! Flight diorg beli sendiri, datang sini naik grab atau sewa kereta. Langsung tak susahkan kitorang.

Parents aku pula jenis menuntut. “Bila nak belikan tiket flight?” “Tak nak ajak kami datang sana ke?” “Pukul berapa kau jemput aku kat airport ni?” Pendek kata, A-Z kitorang kena handle. Satu sen duit pun tak mau keluar padahal ada je duit. Bila dah duduk rumah, “Bila kau nak bawa bapak pergi mall ni?” Sampai mall, minta beli Levi’s pula. Makan pun kitorang kena keluar duit, lepas tu siap komplen tak sedap! Sabar jela suami aku hadap. Tu belum cerita dia ajak sekali makcik pakcik aku datang serentak tanpa bagitahu!
Beza keempat ialah priority selepas kahwin. Mertua aku selalu pesan kat suami supaya utamakan aku dulu selepas nikah, padahal syurga lelaki kat ibu dia. Tapi parents aku bergasak dengan prinsip, “Kau anak aku kau kena dengar cakap aku, bukan laki kau.” Banyak kali diorg buat decision tanpa minta izin suami aku, terutama bab bawa masuk orang luar tinggal kat rumah kitorang. Tahu-tahu dah terpacak depan pintu! Nasib baik suami aku ni jenis penyabar, datang dari keluarga yang baik-baik, jadi dia tak ada lah nak halau ke apa. Hadap saja lah.
Tapi sekarang aku dah belajar set boundaries dengan family aku. Aku belajar say NO. Apa-apa hal aku akan cakap, “Tanya laki aku dulu,” atau “Laki aku kata tak boleh.” Aku sayang mak ayah aku, tapi maaf, aku lebih utamakan suami aku sekarang. Duduk dengan mertua rasa satu ketenangan yang aku tak pernah dapat bila bersama dengan parents sendiri.
Mesti ramai tertanya-tanya kenapa lelaki kaya macam dia pilih aku kan? Bagi suami aku, yang kaya tu umi abah dia, bukan dia. Dia mengaku dia miskin sebab sekarang kitorang hidup guna duit sendiri. Cuma adalah abah dia hadiahkan kereta Nissan cash masa baru kahwin sbb tak nak kitorang pening bayar installment. Suami aku pilih aku sebab I was there when he had nothing.
Anda mungkin berminat dengan
Masa kenal dulu, dia tak pernah menunjuk dan tak suka minta duit parents. Aku ingatkan dia betul-betul miskin sebab masa tu aku dah kerja dan dia baru habis study. Aku selalu belanja dia Foodpanda. Sekali satu hari tu, rider hantar proof of delivery… LAHHH RUMAH BANGLO BESAR KEDABAK! Siot betul, rupanya anak orang kaya!

Satu lagi benda kelakar, biras-biras aku semua hantaran bawah RM10k je sbb ikut adat sana. Tapi kena tang aku, pangggg amik kau RM28k! Tapi mertua aku langsung tak terkejut sbb abah dia pernah kerja kat Borneo dulu, jadi dia faham sangat yang hantaran kat Sabah memang macam tu nilainya.
Kitorang mungkin tak sekufu dari segi harta dan budaya keluarga, tapi kitorang sekufu dari segi education. Bab agama pula, aku tengah belajar slow-slow. Dulu aku jenis salam je sepupu dan pakcik lelaki, tapi sekarang aku dah belajar pakai stokin dan handsock sebab suami aku kata, aurat aku ni cuma dia sorang sahaja yang boleh nampak!
Begitulah perbezaan didikan dan budaya dalam dua buah keluarga yang jadi takdir dalam hidup seorang anak apabila masuk dalam keluarga pasangan.
Sumber: Apa Hal
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!

