Dalam Negara

Juruterbang Wanita Rugi Lebih RM190K, Jadi Mangsa Sindiket Penipuan Pakej Haji Palsu

Share

Juruterbang wanita rugi lebih RM190K, jadi mangsa sindiket penipuan pakej haji palsu. Seorang juruterbang wanita dilaporkan mengalami kerugian melebihi RM190,000 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan membabitkan tawaran palsu pakej haji oleh individu tidak dikenali.

Juruterbang Wanita Rugi Lebih RM190K, Jadi Mangsa Sindiket Penipuan Pakej Haji Palsu

Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim, mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an telah berhubung dengan seorang individu daripada sebuah syarikat pelancongan yang menawarkan pakej haji sekitar 14 Januari lalu.

“Mangsa berminat dengan tawaran itu dan telah melakukan beberapa kali transaksi pindahan wang berjumlah RM194,970 ke akaun bank syarikat tersebut sebagai bayaran penuh untuk pakej berkenaan,” katanya ketika dihubungi media.

Bagaimanapun, ujar beliau, pada 15 Mac, wanita berkenaan mula menyedari dirinya ditipu selepas mendapati syarikat pelancongan terbabit telah menghentikan operasi.

“Mangsa turut gagal menunaikan ibadah haji seperti yang dijanjikan dalam pakej tersebut. Kes kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan atas kesalahan menipu,” jelas Abdul Malik.

Tambah beliau, kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan siasatan sedang dijalankan bagi mengesan serta menangkap suspek.

“Polis menasihatkan orang awam agar berhati-hati dengan sebarang tawaran pakej menunaikan haji atau umrah yang tidak berlesen.

“Lakukan semakan terlebih dahulu dengan pihak Tabung Haji dan pihak berkuasa berkaitan bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan,” ujarnya.

Sumber: Kosmo online dan Sinar Harian

Baca artikel lain juga: Pelaburan RM20 Juta Untuk Keselesaan Para Jemaah Haji & Umrah

Jemaah Haji Indonesia Balik Dari Mekah Melaram Macam Nak Catwalk Di Pentas Runway

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

Published by
Has