Juruterbang wanita rugi lebih RM190K, jadi mangsa sindiket penipuan pakej haji palsu. Seorang juruterbang wanita dilaporkan mengalami kerugian melebihi RM190,000 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan membabitkan tawaran palsu pakej haji oleh individu tidak dikenali.
Juruterbang Wanita Rugi Lebih RM190K, Jadi Mangsa Sindiket Penipuan Pakej Haji Palsu
Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim, mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an telah berhubung dengan seorang individu daripada sebuah syarikat pelancongan yang menawarkan pakej haji sekitar 14 Januari lalu.
“Mangsa berminat dengan tawaran itu dan telah melakukan beberapa kali transaksi pindahan wang berjumlah RM194,970 ke akaun bank syarikat tersebut sebagai bayaran penuh untuk pakej berkenaan,” katanya ketika dihubungi media.
Bagaimanapun, ujar beliau, pada 15 Mac, wanita berkenaan mula menyedari dirinya ditipu selepas mendapati syarikat pelancongan terbabit telah menghentikan operasi.
“Mangsa turut gagal menunaikan ibadah haji seperti yang dijanjikan dalam pakej tersebut. Kes kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan atas kesalahan menipu,” jelas Abdul Malik.
Ads
Tambah beliau, kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan siasatan sedang dijalankan bagi mengesan serta menangkap suspek.
“Polis menasihatkan orang awam agar berhati-hati dengan sebarang tawaran pakej menunaikan haji atau umrah yang tidak berlesen.
Ads
“Lakukan semakan terlebih dahulu dengan pihak Tabung Haji dan pihak berkuasa berkaitan bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan,” ujarnya.
Bapa Nurly Shahirah mohon orang ramai tidak lakukan perbuatan khurafat-“Jika ada ambil tanah kubur, bertaubatlah, minta ampun pada Allah.” Orang ramai diingatkan agar menjaga adab ketika menziarahi pusara penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nurly Sahirah Azman, dan tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Bapanya, Azman Mohamad, 63, berkata, dia tidak menghalang orang ramai yang ingin melawat kubur anaknya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gong Pasir, Kerandang, namun menegaskan bahawa pengunjung perlu mematuhi adab serta norma yang ditetapkan agama.
“Saya tidak pasti kesahihan cerita mengenai ada individu yang mengambil tanah kubur, sebab kebanyakan masa saya berada di rumah. Tapi kalau benar ada yang berbuat demikian, saya nasihatkan mereka segera bertaubat dan memohon keampunan daripada Allah.
“Mengambil tanah kubur untuk dijadikan azimat adalah perbuatan khurafat, bercanggah dengan ajaran Islam dan boleh membawa kepada syirik, yang merupakan dosa besar.
“Cukuplah sekadar sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah. Tak perlu lakukan perkara yang boleh menjejaskan akidah,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Gong Pasir.
Menurut Azman, kawasan perkuburan itu di bawah seliaan Pejabat Agama Daerah Besut, dan pihak keluarga telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan memasang tali penghadang di sekitar pusara arwah.
“Langkah ini untuk elakkan perkara tidak diingini berlaku. Pejabat Agama Daerah Besut juga kini melakukan rondaan waktu malam di kawasan perkuburan bagi memastikan tidak ada aktiviti yang melanggar batas agama.
“Kami bimbang jika keadaan menjadi tidak terkawal, pihak berkuasa mungkin terpaksa mengambil keputusan menutup pintu pagar tanah perkuburan ini,” jelasnya.
Tambah Azman lagi, mereka sekeluarga memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan layanan kepada orang ramai yang hadir menziarahi.
“Setiap hari, ramai yang datang melawat. Kadang-kadang, kami tak sempat layan semua. Saya harap orang ramai faham keadaan kami dan terima permohonan maaf sekiranya ada kekurangan,” ujarnya.
Menerusi perkongsian seorang individu dikenali sebagai Ahmad Nazrul di Facebook, keluarga arwah memutuskan untuk tidak menerima sebarang kunjungan orang ramai selama empat hari, bermula 2 Julai hingga 5 Julai 2025.
“Untuk makluman, pihak keluarga Allahyarhamah Nurly Shahirah tidak akan menerima kunjungan sepanjang tempoh tersebut. Rumah keluarga arwah juga ditutup buat sementara waktu.
“Kami berharap orang ramai dapat memberikan kerjasama dan memahami situasi mereka. Terima kasih,” tulisnya dalam hantaran yang dimuat naik sekitar jam 8.34 malam, Sabtu.
Perkara itu turut mendapat perhatian abang kepada arwah, Najmuddin Azman, yang memuat naik semula kenyataan tersebut sambil memohon agar masyarakat memahami keadaan keluarganya ketika ini.
Menurut Najmuddin, ibu bapa mereka belum berpeluang berehat sepenuhnya sejak kejadian yang menimpa adiknya kira-kira tiga minggu lalu.
“KAMI HARAP ORANG RAMAI BERI RUANG UNTUK UMI DAN ABAH BEREHAT. SEJAK KEJADIAN ITU BERLAKU, MEREKA BELUM BETUL-BETUL DAPAT REHAT. INSYA-ALLAH, BILA ADA KELAPANGAN NANTI, BOLEHLAH DATANG MENZIARAH,” KATANYA.
Difahamkan, pada Sabtu petang, pihak keluarga turut memasang tali penghadang di kawasan pusara Allahyarhamah Nurly Shahirah.
Langkah itu diambil susulan dakwaan terdapat individu yang melakukan perbuatan khurafat dan syirik, termasuk mengambil tanah kubur arwah untuk tujuan tidak sepatutnya.
Terdahulu, Allahyarhamah Nurly Shahirah merupakan antara 15 individu yang terkorban dalam tragedi kemalangan membabitkan sebuah bas dan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik, Perak, pada 9 Jun lalu.
TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-“Biarlah hukuman mati itu dikekalkan. Tak ada kekhilafan dalam hukuman sebelum ini. 8 tahun kami sekeluarga menderita menantikan keenam-enam tertuduh melalui detik itu.
Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Suami sifatkan arwah Zaleha Hamid isteri yang baik. Salam takziah diucapkan buat penyanyi Zaleha Hamid yang telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru malam tadi, akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Allahyarham Zaleha Hamid merupakan penyanyi dangdut popular era 1980-an. Mengimbas kembali zaman kemuncaknya, suami kepada Zaleha, Ungku Sulaiman Ungku Aziz, 60, memberitahu isterinya merupakan serang yang sangat baik dan bertanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu.
Walaupun sibuk dengan kerjayanya sebagai penyanyi namun Zaleha tidak pernah lupa tanggungjawabnya.
“Arwah seorang isteri yang sangat baik, walaupun dia sibuk dengan kerjaya sebagai penyanyi ketika dulu, tanggungjawab sebagai isteri dan ibu tidak pernah dilupakan.
“Itu yang saya sayang dia (Zaleha), walaupun sibuk dengan kerjaya seni, tetapi tanggungjawab kepada keluarga dan saya tidak pernah terlepas,” terang Ungku Sulaiman sepertimana dilaporkan Berita Harian.
Memetik laporan berita itu lagi, suami arwah Zaleha juga menyatakan mereka suami isteri tidak pernah bergaduh.
“Arwah siapkan semua pakaian, makanan dan minuman kami tanpa menggunakan khidmat orang gaji. Kami tidak pernah bergaduh, kalau selisih faham pun, kami berdua duduk berbincang dan tidak pernah bergaduh sampai menjerit.
“Jiran kami pernah bertanya dengan arwah pernahkah bergaduh dengan saya sebab dia lihat hubungan kami sentiasa mesra.
“Rumah tangga biasalah ada selisih faham, tetapi apabila berlaku saya akan beri masa kepada arwah untuk berfikir. Kenangan itu menjadikan saya rindu arwah,” ceritanya.
Berkongsi keadaan arwah sebelum menghembuskan nafas terakhir, Zaleha mengidap penyakit angin ahmar seluruh badan pada 2019.
“Dia mula makan lima sudu dan semakin berkurangan dari sehari ke sehari. Pada hari raya kedua, dia langsung tak boleh makan dan minum. Saya bawa dia ke klinik, tetapi tutup sebab raya (Aidiladha), jadi kami pergi ke bahagian kecemasan hospital.
“Doktor kemudian memaklumkan paru-paru arwah dijangkiti kuman dan keadaannya kritikal sebelum kembali stabil dua hari sebelum menghembuskan nafas terakhir.
“Pada kira-kira jam 6 petang semalam, dia tiba-tiba sesak nafas ketika mahu diberi susu. Saya lihat bacaan mesin bantuan pernafasannya semakin menurun, saya bisikkan kalimah syahadah kepadanya sebelum dia disahkan meninggal dunia,” sambunya lagi yang reda dengan pemergian isteri tercinta.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Nahas pelajar UPSI, Muhammad Zahim antara yang terselamat, alami kecederaan di bahagian pinggang. Tragedi nahas bas yang berlaku di Jalan Raya Timur-Barat dan meragut 15 nyawa pelajar UPSI telah menggemparkan negara serta mengundang rasa dukacita seluruh rakyat.
Dalam kejadian pada Isnin lalu kira-kira jam 1 pagi itu, 15 pelajar disahkan maut manakala 27 lagi cedera dan menerima rawatan di Hospital Gerik serta Hospital Baling, Kedah. Turut cedera ialah pemandu bas berusia 40 tahun dan kelindannya yang berusia 54 tahun.
Antara mangsa yang terselamat dalam kejadian tempoh hari juga ialah Muhammad Zahim Zakri bin Mokharizam yang tinggal di Kampung Bukit Pelong, Permaisuri. Ahli Parlimen Setiu, Ustaz Shaharizukirnain Abd Kadir telah berkesempatan melawat pelajar ini.
Muhammad Zahim mengalami kecederaan di bahagian pinggang dan sukar nak bercakap lagi kerana menahan kesakitan. Ketika kejadian berlaku, Zahim tidak tidur dan sedar sepenuhnya sepanjang detik cemas itu serta sempat keluar dari bas berkenaan.
Lebih menyedihkan, ada rakannya yang duduk sebaris telah terkorban dalam tragedi tersebut. Sama-sama kita doakan agar adik Zahim terus diberi kekuatan dan kesembuhan yang sempurna.
Perkongsian Ustaz Shaharizukirnain Abd Kadir itu mendapat respon di kalangan warga maya. Berikut antara komen-komen warga maya:
Siapa sangka, selepas hampir 10 tahun mendiami mahligai serba mewah, Datuk Seri Aliff Syukri akhirnya membuat keputusan besar rumah agamnya bakal dicat semula sepenuhnya buat pertama kali!