Seorang jururawat maut apabila motosikalnya merempuh belakang sebuah lori sebelum tercampak dan digilis dua kenderaan lain di Lebuh Raya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (SILK), di sini semalam. Tular video berkenaan kemalangan tersebut di media sosial yang menunjukkan bagaimana kemalangan tersebut berlaku.
Mangsa, Nurul Ilham Nordin, 29, yang bertugas di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan G Shan Gopal berkata, siasatan awal mendapati mangsa terlibat kemalangan ketika dalam perjalanan dari arah Cheras menghala ke tempat kerja.
“Apabila tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai terlanggar belakang sebuah lori tiga tan yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami masalah teknikal,” Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang.
Digilis 2 Kenderaan
Katanya, akibat pelanggaran tersebut, mangsa tercampak ke sebelah kanan jalan dan digilis sebuah kereta jenis Perodua Bezza dan kemudian dilanggar sekali lagi oleh pemandu Perodua Alza.
Ads
Katanya, siasatan masih dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Shan Gopal berkata, pihaknya juga telah merakam keterangan tiga pemandu kenderaan yang terbabit dalam insiden itu bagi membantu siasatan.
Ads
Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan tersebut diminta menyalurkannya dengan menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Sepang atau menghubungi Insp. Mohamad Fadzil Zainol Abidin di talian 019-6488474.
Ads
Pihak Polis turut menasihati orang ramai agar mematuhi undang-undang jalan raya demi keselamatan diri, keluarga dan pengguna lain.
Orang ramai pastinya tidak melepaskan peluang berinteraksi dengan selebriti terkenal dan barisan pempengaruh popular yang merupakan barisan duta Jakel menerusi sesi Meet & Greet di bangunan Jakel baru-baru ini.
Pengunjung hadir berpeluang beramah mesra bersama Fattah Amin, Amira Othman, Nabil Ahmad seisi keluarga, Cik Epal serta Elly Mazlein. Turut memeriahkan sesi berkenan, anggota kumpulan pelawak Senariounion, selain Upin & Ipin termasuk tiktoker Sallywho.
Menurut Pengarah Urusan Jakel Trading Sdn. Bhd., Datuk Wira Mohamed Izani Mohamed Jakel berkata, acara yang bermula 9 pagi hingga 2 petang itu adalah bertujuan merapatkan hubungan pelanggan dengan Jakel pada masa sama membuka peluang orang ramai melihat produk terkini ditawarkan sempena Raya Aidilfitri tahun ini.
“Kita berharap para pelanggan serta peminat tidak melepaskan peluang ini untuk bertemu dan beramah mesra dengan barisan duta-duta kami sempena kempen Raya Mendonia Bersama Jakel 2025.
“Para pengunjung bukan sahaja boleh bertemu, malah mereka boleh bergambar dengan barisan duta yang hadir,” katanya.
Jakel turut menawarkan Baju Melayu Madani berharga RM99 sepasang termasuk sehelai samping percuma bernilai RM49.
“Demi menghargai pelanggan setia kami, pengunjung yang hadir pada acara ini juga berpeluang mendapatkan kupon bagi pembelian baju raya untuk potongan harga.
“Mereka yang hadir berpeluang untuk mendapatan koleksi raya terbaharu Jakel dengan menampilkan warna dan trend terkini meliputi semua peringkat umur,” ujarnya.
Acara membeli belah terbesar Malaysia, Havoc Festival membawakan Selangor Havoc Raya Fest 2025 dengan menampilkan festival jualan raya yang akan berlangsung selama 108 jam tanpa henti dari 21 hingga 25 Mac 2025 di Setia City Convention Centre (SCCC).
Acara ini bukan sekadar medan membeli-belah, malah bakal menjadi satu fenomena yang menawarkan pelbagai aktiviti menarik serta hiburan sepanjang tempoh penganjurannya.
Penganjuran tahun ini menjanjikan pengalaman membeli-belah yang luar biasa dengan lebih 180 booth daripada pelbagai usahawan tempatan, menawarkan pelbagai produk berkaitan persiapan raya dan makanan.
Lebih istimewa, tahun ini menyaksikan jenama Perfume Paradise menjadi antara penaja utama festival yang bakal menggegarkan Setia Alam ini.
Selain itu, festival ini turut dimeriahkan dengan kehadiran 30 artis dan pempengaruh terkenal yang akan menghiburkan pengunjung dengan persembahan istimewa.
Sidang media telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat, Datuk Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor, bersama Yang Berhormat Najwan Halimi, Exco Belia, Sukan & Keusahawanan Selangor, yang menyatakan sokongan penuh terhadap inisiatif ini dalam memperkasakan keusahawanan tempatan serta merancakkan ekonomi sempena sambutan Aidilfitri.
Hari pertama Selangor Havoc Raya Fest 2025 akan dimulakan dengan majlis perasmian yang gilang-gemilang, diikuti dengan pemberian wang tunai sebanyak RM10,000 kepada pengunjung terawal sebagai tanda penghargaan kepada sokongan mereka.
Bukan itu sahaja, pengunjung juga berpeluang menyertai cabutan bertuah.
Sepanjang lima hari penganjuran, festival ini akan dimeriahkan dengan persembahan nyanyian, sesi selawat dan qasidah, serta buat julung kalinya, program qiamullail sebelum sahur.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Havoc Event & Management Sdn Bhd, Datuk Firdaus Nadxaman, festival tahun ini bukan sahaja bertujuan mengangkat industri perniagaan tempatan, malah turut membawa elemen spiritual dan kebersamaan kepada pengunjung.
“Kami berusaha untuk menjadikan Selangor Havoc Raya Fest lebih istimewa. Kali ini, dengan penganjuran selama 108 jam tanpa henti, kami mahu memberikan pengalaman baharu kepada pengunjung dengan menampilkan bukan sahaja sesi hiburan dan jualan raya, tetapi juga nilai tambah dari segi kerohanian.
“Buat pertama kali, kami membawakan program qiamullail sebelum sahur, satu inisiatif yang sangat bermakna bagi kami. Kami ingin menjadikan festival ini bukan sekadar tempat membeli-belah dan hiburan, tetapi juga platform yang membolehkan orang ramai menghayati bulan Ramadan dengan lebih mendalam. Ini adalah usaha kami untuk menyatukan elemen duniawi dan ukhrawi dalam satu acara yang komprehensif,” katanya.
Selangor Havoc Raya Fest 2025 juga mencatat sejarah tersendiri dengan pelancaran muzik video rasmi ‘Havoc Raya’, iaitu lagu raya pertama dalam tempoh enam tahun penganjuran Havoc Festival.
Lagu ini menampilkan Black Hanifah sebagai penyanyi utama, diiringi oleh barisan artis seperti Asfan Shah, Talam, Epol, Shafiq Nizam, Syura Badron, Mira Kuku, Daud Latah, Qistina, Afif Hanif, Shajiry, dan Azza Elite.
Muzik video ini dijangka menjadi salah satu tarikan utama festival dan menambah kemeriahan suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Penganjuran Selangor Havoc Raya Fest 2025 turut mendapat sokongan daripada pelbagai pihak dan ditaja oleh Perfume Paradise sebagai penaja utama.
Selain itu, Selangor Havoc Raya Fest turut mendapat sokongan padu agensi kerajaan negeri Selangor iaitu dari Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) & Tourism Selangor yang akan membantu mempromosikan pengiklanan secara menyeluruh di negeri Selangor sempena Tahun Melawat Selangor 2025.
Menurut Firdaus Nadxaman, sokongan yang diterima membuktikan bahawa festival ini bukan sekadar platform jualan, tetapi juga medium untuk memperkasakan usahawan tempatan serta memeriahkan sambutan Ramadan dan Aidilfitri dengan pengalaman yang lebih bermakna.
“Kami sentiasa percaya bahawa festival ini bukan sekadar ruang niaga tetapi juga ruang untuk komuniti berkumpul dan meraikan suasana Ramadan serta persiapan Aidilfitri dengan penuh keceriaan. Tahun ini, kami menambah lebih banyak elemen kejutan, aktiviti menarik, dan tentunya pengalaman membeli-belah yang luar biasa,” ujarnya mengakhiri perbualan.
COURTS (Malaysia) Sdn Bhd, peruncit barangan elektrik dan perabot terkemuka baru-baru ini melancarkan Kempen Raya 2025 bertemakan Tradisi Bertemu Inovasi yang menawarkan pelbagai promosi menarik untuk pelanggan di seluruh Malaysia.
Menurut Ketua Pegawai Operasi, Sam Chee Foo berkata , Kempen Raya 2025 kali ini menawarkan pelbagai tawaran dan diskaun menarik kepada pelanggan.
“Tawaran istimewa ini sebagai persediaan menyambut Aidilfitri. Sempena kempen ini kami tawarkan pulangan tunai berjumlah sehingga RM2.5 juta bagi setiap pembelian produk LG. Selain itu, pelanggan juga berpeluang mendapatkan pulangan tunai sehingga RM2,500.
“Diskaun eksklusif dan potongan harga sehingga 30% untuk jenama terkenal seperti Sharp, Sony, Silentnight dan NeckPro juga turut disediakan. Penghantaran dan pemasangan percuma, serta pemasangan penghawa dingin pada harga terendah di pasaran bermula dari RM99.”
Sam Chee Foo juga menambah, melalui Kempen ‘Beli & Menang’ pula pelanggan juga berpeluang memenangi banyak hadiah menarik.
“Antara hadiah yang kami tawarkan termasuk Samsung Galaxy S24 Ultra, TV Pintar Hisense dan baucar tunai bernilai RM1,000 untuk 38 pelanggan yang berbelanja RM500 ke atas. . Semua ini adalah sebahagian daripada usaha kami untuk memastikan pelanggan dapat menyambut Raya dengan lebih bergaya tanpa tekanan kewangan.
“Kami juga turut menawarkan dua jenis pelan pembayaran ansuran mudah dan fleksibel yang juga patuh syariah selaras dengan prinsip Islam untuk memudahkan akses kepada produk berkualiti tinggi. Melalui kempen ini,pelanggan juga berpeluang menebus hadiah bernilai sehingga RM2,000 dengan pembelian melalui pelan pembayaran ansuran.”
“Kempen ini juga mencerminkan komitmen teguh syarikat dalam membantu pelanggan dengan menawarkan penyelesaian inovatif sambil mengekalkan keunikan tradisi perayaan dan mengadaptasi kemajuan kehidupan moden.”
Majlis pelancaran kempen ini disempurnakan melalui upacara simbolik ad ball, yang menggambarkan semangat kemeriahan perayaan serta dedikasi COURTS dalam menyediakan solusi yang inovatif.
Turut hadir pada majlis tersebut Ketua Pegawai Eksekutif COURTS Malaysia, Harry Higashiura, Lim Wai Fern (Ketua Pegawai Kewangan COURTS Malaysia), Douglas Chung (Pengurus Besar LG Electronics Malaysia), Ting Yang Chung (Pengarah Urusan SHARP Electronics Malaysia), Chiw Yew Meng (Pengurus Besar SONY Malaysia), Koo Yee Fei, (Ketua Pegawai Operasi NeckPro oleh Carest Bedding Sdn Bhd), Alec Liong, (Pengurus Korporat Silentnight Malaysia).
COURTS Malaysia telah beroperasi sejak tahun 1987 dan kini memiliki lebih 46 cawangan di seluruh negara. Kini rangkaian perniagaannya merangkumi produk elektrik, IT, perabot, serta kelengkapan untuk kediaman. COURTS juga menyediakan pelbagai pilihan pembayaran fleksibel, termasuk penyelesaian pembiayaan dalaman bagi memudahkan urusan pembelian pelanggan.