Luahan rindu seorang isteri kepada suami tercinta bertukar menjadi kata perpisahan terakhir apabila pendaki, Allahyarham Mustaqqeem Mansoor, 34, meninggal dunia ketika melakukan aktiviti mendaki di puncak Gunung Liang, Muallim, semalam.
Isterinya, Nur Faratin Mohd Othman, berkongsi bahawa perbualan terakhir mereka berlaku pada malam Jumaat minggu lalu sebelum arwah memulakan pendakian dari Bukit Fraser, Pahang pada 10 Oktober.
Nur Faratin Mohd Othman
“Saya tanya, betul ke nak pergi sebab sekarang musim hujan, bahaya. Tapi dia jawab tak mengapa, kawan-kawan semua tahu apa nak buat. Biasanya dia pergi tak pernah ada masalah,” luahnya dalam nada sebak.
Menurut Nur Faratin, suaminya sempat menghubunginya sekitar jam 2.40 pagi untuk memaklumkan dia bakal memulakan pendakian. Sejak itu, tiada lagi berita diterima.
“Baru dua ke tiga jam selepas dia telefon, saya mula rasa rindu. Saya sempat buat hantaran video dengan kapsyen ‘jumpa hari Isnin’. Dia pun sempat repost dan tulis perkara sama. Tak sangka itu jadi pesan terakhir kami,” katanya menahan air mata ketika ditemui di perkarangan Jabatan Forensik Hospital Slim River.
Mustaqqeem yang berasal dari Sungai Petani, Kedah, dilaporkan hilang ketika mendaki bersama 10 rakan dan sepatutnya turun semula pada Isnin. Namun, segalanya berubah apabila pasukan penyelamat menemui jasadnya di puncak gunung jam 3.30 petang Khamis, dipercayai akibat hipotermia.
Ads
Operasi membawa turun jenazah dijalankan oleh Pasukan Khas Udara Bomba (PASKUB) menggunakan helikopter dari Subang dan selamat dibawa ke Hospital Slim River untuk bedah siasat.
Ads
Arwah akan disemadikan di Tanah Perkuburan Masjid Jamek Nurussaadah Lahar Tabut, Penaga, Pulau Pinang malam ini.
Info Hipotermia
Hipotermia ialah keadaan kecemasan perubatan yang berlaku apabila suhu badan seseorang turun di bawah paras normal, iaitu kurang daripada 35°C.
Biasanya, suhu badan manusia dikawal sekitar 36.5°C hingga 37.5°C, tetapi apabila seseorang terdedah terlalu lama kepada cuaca sejuk seperti di kawasan gunung, hujan lebat, atau angin kencang badan akan kehilangan haba lebih cepat daripada ia dapat dihasilkan.
Pusat tuisyen terkemuka, PTTI, terus komited membantu calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) apabila berjaya menghimpunkan lebih 4,000 pelajar dalam program PTTI Jelajah Skor A+ SPM Sabah yang berlangsung di ITCC Penampang, Sabah pada 16 Ogos lalu.
Suasana dewan bertukar meriah apabila bukan sahaja dipenuhi dengan ilmu dan strategi pembelajaran, malah diserikan dengan kehadiran Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, serta usahawan dan figura inspirasi, Asyraf Khalid. Kehadiran mereka membawa mesej jelas: generasi muda perlu dibimbing, dimotivasikan, dan diyakinkan bahawa masa depan boleh digenggam dengan usaha gigih.
Tidak sekadar bicara akademik, program ini turut mencuit hati para pelajar dengan persembahan khas oleh MK K-Clique dan selebriti kelahiran Sabah, Bella Astillah. Kehadiran ikon hiburan yang dekat di hati anak muda ini memberi warna baharu kepada pengisian program, menjadikan pembelajaran bukan sesuatu yang membosankan, tetapi penuh inspirasi.
Cikgu Fana: “Setiap Anak Berhak Cemerlang”
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau lebih mesra dikenali sebagai Cikgu Fana, program ini adalah sebahagian daripada misi berterusan PTTI dalam memastikan pelajar di seluruh negara mendapat bimbingan terbaik menjelang peperiksaan penting mereka.
“Kami percaya setiap pelajar berhak mendapat peluang untuk cemerlang. Kehadiran lebih 4,000 pelajar di Sabah membuktikan anak-anak kita dahagakan ilmu dan motivasi. Dengan sokongan semua pihak, kami mahu mereka sedar bahawa masa depan cerah menanti jika berusaha bersungguh-sungguh,” ujar beliau.
Dalam ucapannya, Syed Saddiq menekankan betapa pentingnya disiplin dan konsistensi.
“Kejayaan bukan tentang siapa paling bijak, tetapi siapa yang paling konsisten berusaha. Anda semua adalah harapan besar negara, dan saya yakin Sabah mampu melahirkan ramai pelajar cemerlang,” katanya penuh keyakinan.
Sementara itu, Bella Astillah yang pulang ke tanah kelahirannya, nyata terharu melihat lautan pelajar.
“Sebagai anak Sabah, saya tahu betapa pendidikan boleh mengubah nasib. Saya bangga dapat bersama adik-adik di sini dan berdoa agar kejayaan yang dicapai nanti menjadi hadiah untuk diri sendiri dan keluarga,” ujarnya.
Tatkala membuat persembahan di hadapan para pelajar ini, Bella turut menyuarakan sokongan terhadap kes Allahyarhamah Zara Qairina di mana Bella kelihatan mengenakan pakaian dengan tulisan “Justice For Zara”di pakaian tersebut.Simbolik melambangkan sokongan untuk mendapatkan kebenaran disebalik peristiwa yang memberi kesan yang mendalam terhadap para pelajar terutamanya di Sabah.
Tidak terhenti di Sabah, PTTI bakal meneruskan misi mereka dengan Seminar Shortcut Last Minute SPM secara percuma yang akan diadakan dalam talian pada 27 hingga 30 Ogos ini. Program ini terbuka kepada semua calon SPM di Malaysia, memberi peluang kepada pelajar untuk menimba strategi pembelajaran intensif dari tenaga pengajar berpengalaman.
Dengan pendekatan inovatif berasaskan teknologi, sokongan tokoh masyarakat, serta inspirasi dari ikon hiburan, PTTI sekali lagi membuktikan kedudukannya sebagai institusi pendidikan yang berwibawa dalam membentuk generasi muda berilmu, berkeyakinan, dan berdaya saing.
Kesihatan jantung sering kali tidak mendapat perhatian yang sewajarnya di kalangan wanita walaupun risiko serangan jantung semakin meningkat dalam komuniti wanita di Malaysia.
Tidak dinafikan terdapat segelintir wanita yang lebih mengutamakan penjagaan luaran seperti penampilan diri dan berat badan berbanding memberi perhatian kepada organ penting seperti jantung.
Senario ini perlu diubah kerana penyakit jantung bukan sahaja antara punca utama kematian di kalangan wanita, tetapi ia juga boleh dicegah.
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, sebanyak 13.4 peratus kematian membabitkan wanita yang menghidap penyakit jantung iskemik dilaporkan sehingga tahun 2020.
Menjaga Jantung Bermula dari Dapur
Kunci utama dalam menjaga kesihatan jantung terletak pada diet yang sihat. Pemakanan yang seimbang dengan pengambilan makanan rendah lemak tepu, tinggi serat, serta kaya dengan vitamin dan mineral dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.
Antaranya termasuklah pengambilan minyak Ikan Omega-3. Ia terkenal dengan manfaatnya untuk kesihatan jantung. Kajian menunjukkan pengambilan pemakanan yang mengandungi asid lemak EPA dan DHA dapat menyokong kesihatan jantung secara menyeluruh.
Manakala EPA dan DHA pula berperanan mengekalkan tahap trigliserida yang sihat serta membantu menstabilkan tekanan darah. Omega-3 pula dapat mengurangkan risiko penyakit jantung dan meningkatkan fungsi kardiovaskular, menjadikannya pilihan terbaik untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan jantung.
Selain itu, CoQ10 pula merupakan suplemen penting yang membantu mengekalkan tahap lipid darah yang sihat, termasuk trigliserida dan kolesterol. CoQ10 berperanan mengurangkan pengoksidaan dan kerosakan akibat radikal bebas pada lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) iaitu kolesterol jahat yang boleh menyebabkan masalah arteri tersumbat.
Selain itu, CoQ10 turut menyokong kesihatan saluran darah seperti arteri, vena, dan kapilari, memastikan peredaran darah yang lancar dan mengurangkan risiko penyakit jantung.
Berikut adalah beberapa tip pemakanan yang boleh membantu wanita menjaga kesihatan jantung:
Kurangkan Pengambilan Garam dan Gula: Pengambilan garam berlebihan boleh meningkatkan tekanan darah, manakala gula berlebihan boleh membawa kepada obesiti. Kedua-dua faktor yang menyumbang kepada penyakit jantung.
Masukkan Lemak Sihat dalam Diet: Lemak sihat seperti lemak omega-3 yang terdapat dalam ikan salmon, chia seed, dan kacang walnut dapat membantu mengurangkan keradangan dan menurunkan tahap kolesterol yang tidak baik dalam badan.
Makan Lebih Buah dan Sayur: Sayur-sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan antioksidan berperanan melindungi jantung daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.
Senjata Rahsia Pencegahan
Selain diet, aktiviti fizikal juga merupakan senjata rahsia yang sangat penting untuk wanita. Gaya hidup yang aktif dapat membantu mengekalkan berat badan yang ideal, mengawal tekanan darah, dan memperbaiki kesihatan jantung secara keseluruhan. Beberapa jenis aktiviti fizikal yang sesuai termasuklah:
Bersenam secara teratur: Aktiviti seperti berjalan kaki, berenang, atau berbasikal selama 30 minit setiap hari dapat menguatkan jantung dan memperbaiki aliran darah.
Senaman kardiovaskular: Aktiviti kardiovaskular seperti aerobik atau zumba membantu meningkatkan kadar degupan jantung dan melatih otot jantung untuk bekerja dengan lebih efisien.
Stres: Punca Utama Serangan Jantung
Ramai wanita yang terdedah kepada tekanan di tempat kerja, bebanan keluarga, dan pelbagai tanggungjawab lain yang boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan jantung. Tekanan yang tidak dikawal boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah dan menyebabkan keradangan dalam saluran darah, yang akhirnya membawa kepada serangan jantung.
Pengurusan stres adalah penting untuk mengekalkan kesihatan jantung yang baik. Amalan seperti yoga, meditasi, atau sekadar meluangkan masa untuk berehat dan menenangkan diri boleh membantu mengurangkan tekanan dan memberi keseimbangan emosi yang lebih baik.
Kesedaran dan Tindakan adalah Kunci
Wanita perlu lebih peka dengan kesihatan jantung mereka dan mula mengambil langkah awal untuk mencegah penyakit ini. Kesedaran adalah kunci pertama, diikuti dengan tindakan untuk mengubah gaya hidup ke arah yang lebih sihat.
Jangan tunggu sehingga gejala muncul kerana penyakit jantung kadang-kala hadir tanpa sebarang amaran. Jaga jantung anda mulai sekarang, kerana kesihatan jantung adalah kunci kepada kesejahteraan hidup yang lebih lama dan berkualiti.
Bersempena dengan Hari Jantung Sedunia, rangkaian supplemen kesihatan, Blackmores bakal bekerjasama dengan Institut Jantung Negara (IJN) mengadakan kempen kesedaran tentang risiko penyakit jantung.
Program ini bakal berlangsung di Aeon Mall, Shah Alam pada 24 sehingga 29 September ini bermula jam 10 pagi sehingga 10 malam.
Selain itu, Blackmores turut bertindak sebagai penaja platinum Hari Jantung Sedunia untuk memupuk kesedaran orang ramai tentang risiko penyakit jantung.
Pada acara yang sama, para pengunjung berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik seperti ceramah kesihatan, merasai produk secara percuma dan macam-macam lagi.
Anda juga boleh dapatkan produk Blackmores secara atas talian menerusi platform rasmi di aplikasi Lazada dan Shopee.
Ardell Aryana minta suami bersabar. Ardell yang juga salah seorang aktivis kemanusiaan dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) disahkan mengalami kecederaan serius akibat layanan kasar yang diterimanya semasa ditahan. Difahamkan, tisu di bahu kirinya koyak dan wajahnya turut menjadi sasaran tumbukan tentera Zionis.
Menerusi platform Threads pula, tular beberapa keping foto yang menunjukkan kesan lebam jelas pada wajah Ardell, dipercayai berpunca daripada insiden ketika dia berada dalam tahanan penjara Israel.
Ardell Aryana Minta Suami Bersabar
Sebagai seorang suami, Nadzmi Adhwa cukup risau namun luahannya cukup menyentuh hati apabila isterinya pula yang minta suami bersabar.
Menerusi perkongsian di Threads Nadzmi tahu akan kekuatan semangat isterinya itu.
“Isteri saya suruh sabar sabar sabar.
“Allahuakbar. Isteri saya kuat dan nak korang pun kuat. Teruskan bercakap tentang G” luah Nadzmi.
Sekadar makluman, Ardell bukan sahaja berdepan dengan tisu bahu yang koyak dan kesan lebam di muka, malah turut dilaporkan mengalami muntah berulang kali serta kehilangan tenaga selepas tudungnya direntap dengan kasar oleh tentera Israel. Ramai yang terus mendoakan agar beliau segera pulih dan kekal kuat menghadapi ujian getir ini.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Tanda Sokongan, Simbol Perpaduan
Pakai mafla Palestin sebagai lambang solidariti dan semangat perjuangan — satu simbol kekuatan dan harapan.
Gadis 15 tahun hilang sejak Oktober 2025 dan keluarganya merayu bantuan orang ramai. Baca laporan penuh dan ketahui ciri-ciri Qaseh untuk membantu pencarian.