JPN galak orang ramai ganti MyKad lebih 10 tahun, risiko tak dapat SARA RM100 kalau cip gagal dibaca. MyKad bukan sekadar kad pengenalan biasa. MyKad merupakan dokumen penting yang menyimpan pelbagai maklumat peribadi dan digunakan dalam pelbagai urusan rasmi harian.
Ramai rakyat Malaysia dah mula semak keadaan MyKad masing-masing sejak kebelakangan ini. Tapi jangan panik atau terus serbu kaunter JPN hanya untuk semak kad. Langkah pertama, semak dulu tanda-tanda kerosakan pada kad anda.
Berikut perkongsian dari Facebook Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia
Antara tanda-tanda biasa yang menunjukkan MyKad rosak dan perlu diganti ialah:
*Cip gagal dibaca di mesin imbasan atau kaunter.
*Kad retak, bengkok, atau patah.
*Maklumat pada permukaan kad pudar atau hilang.
*Kad tidak dapat digunakan untuk urusan rasmi seperti perbankan atau pengesahan identiti.
Jika anda dapati mana-mana masalah di atas, barulah perlu pertimbangkan untuk buat permohonan gantian.
Anda tidak perlu beratur panjang di JPN jika ingin membuat gantian MyKad. Ini langkah yang boleh diikuti:
2. Layari laman web rasmi JPN di https://www.jpn.gov.my untuk buat temujanji atau permohonan dalam talian.
3.Bawa dokumen penting seperti:
*Kad pengenalan asal (jika masih ada)
*Laporan polis (jika hilang atau dicuri)
4.Bayaran caj gantian dikenakan mengikut jenis permohonan:
*Kerosakan biasa: RM10 – RM100
*Kehilangan kad: RM100 ke atas bergantung kepada bilangan kali hilang
Kalau MyKad anda masih elok, jaga dengan baik supaya tak perlu keluar duit untuk buat gantian. Ini beberapa tip penting:
*Simpan MyKad dalam dompet atau casing keras.
*Elakkan terkena haba seperti tinggal dalam kereta yang panas.
*Jangan simpan kad bersama objek tajam seperti kunci.
*Elakkan membengkokkan kad atau meletak dalam poket belakang.
*Jangan gosok atau cuci cip dengan bahan kasar.
Jimat masa dan wang dengan menyemak sendiri keadaan MyKad. Kalau rosak, jangan risau, proses gantian mudah dan boleh dirancang. Kalau masih baik, jagalah kad dengan betul agar tak perlu berulang kali berurusan dengan JPN. Semoga info ini membantu!
Sumber: Facebook Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia Kredit foto: Sinar Harian
Baca artikel lain juga: “Sebuah Isi Rumah Umpamanya Suami, Isteri Dan Dua Orang Anak Dewasa Akan Dapat RM400” Rakyat Malaysia Berumur 18 Tahun Ke Atas Dapat RM100
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE