Hati siapa yang tidak luluh… Seorang wanita, Darna Tajudin, 41, akhirnya menghembuskan nafas terakhir pagi tadi selepas tujuh hari bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Tawau.
Allahyarhamah yang parah dirempuh pikap dipandu lelaki disyaki di bawah pengaruh alkohol pada 10 Ogos lalu, disahkan meninggal dunia pada jam 8.37 pagi selepas mengalami ‘brain death’. Khabar duka ini sekali gus menamatkan penantian penuh doa keluarga, sahabat dan insan yang mengenalinya.
Jogging Bertukar Tragedi
Insiden tragis itu berlaku kira-kira jam 7.55 malam di Batu 9, Jalan Apas. Ketika itu, arwah bersama rakan-rakan sedang beriadah jogging dari Bandar Sri Indah menuju T2 Jalan Apas sebelum dirempuh.
Menurut siasatan awal, pikap Toyota Hilux yang dipandu seorang lelaki berusia 57 tahun dikatakan melanggar sebuah MPV Perodua Alza lalu hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu jalan dan merempuh mangsa. Darna mengalami kecederaan parah dan tidak pernah sedar selepas kejadian.
Tinggalkan Lima Anak
Lebih memilukan, arwah meninggalkan lima orang anak berusia antara 9 hingga 18 tahun yang kini kehilangan tempat bermanja dan bergantung harap.
Adik arwah, Yusmi Tajudin, 39, berkata pihak keluarga masih menunggu prosedur lanjut memandangkan kes ini di bawah siasatan polis sebelum jenazah dapat dikebumikan.
Ads
“Kami reda dengan pemergian kakak, namun masih belum dapat memaklumkan bila jenazah akan disemadikan. Buat masa ini kami serahkan kepada pihak berkuasa,” katanya dalam nada sebak.
Siasatan Diteruskan
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin, dalam kenyataan media mengesahkan kes kini disiasat mengikut Seksyen 44(1)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987, berikutan perkembangan terbaru kematian mangsa.
Keluarga penuhi hasrat arwah Darna, derma kornea mata
Sementara itu, menurut adik kepada Darna, Sanni Tajudin, 34, kakaknya pernah menyuarakan keinginan untuk menjadi penderma organ, selepas mengetahui dia berikrar bagi tujuan sama.
“Cuma arwah belum sempat daftar. Saya selalu cakap, tunggu kalau ada kempen pendermaan organ nanti daftarlah. Tak sangka akhirnya hasrat itu jadi kenyataan walaupun dia sudah tiada.
Ads
“Sebagai memenuhi hasrat arwah, kami sekeluarga sepakat mengizinkan pihak hospital melakukan pembedahan bagi prosedur pendermaan kornea mata kakak,” kata Sanni Tajudin lagi.
Keluarga turut berharap pihak polis meneruskan siasatan dan membawa pemandu pikap yang merempuh arwah ke muka pengadilan agar menerima hukuman setimpal.
Sementara itu, rakan karib Darna, Suarni Sudirman, 36, berkata, mereka merancang aktiviti joging bersama beberapa rakan lain, kira-kira dua minggu sebelum kemalangan pada 10 Ogos lalu.
“Arwah juga pernah tanya, ‘kalau dia meninggal dunia, adakah orang akan datang ziarah?’ Saya tegur jangan cakap sembarangan, tapi dia terus sebut, ‘mungkin dia akan pergi ketika berlari sebab itu minatnya’.
“Dia juga kata ‘tentu dia yang akan jalan dulu’. Saya tidak sangka kata-kata itu jadi kenyataan,” luahnya hiba.
Ads
Suarni yang juga bekas jururawat berkata, sebelum kejadian, arwah sempat berpesan supaya mereka memakai baju warna putih dan merakam gambar serta video sekerap mungkin sebagai kenangan.
Dalam pada itu, Timbalan Presiden Kelab Pelari Tawau (Tawau Runners), Sudirman Nanang menyifatkan arwah sebagai seorang yang periang, aktif dalam acara larian dan sentiasa menyokong setiap program kelab.
“Semalam kami sempat mengadakan Jualan Amal dan berjaya mengutip RM9,335 bagi membantu meringankan beban keluarganya, namun tidak sangka pagi ini kami menerima khabar duka bahawa arwah sudah pergi selamanya,” katanya.
Sumber: https://www.hmetro.com.my/
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Isteri hamil anak ketujuh, Datuk Jamal tak nak layan komen negatif netizen. Tahniah diucapkan buat penghibur tersohor dan juga lagenda dunia seni tanahair Datuk Jamal Abdillah yang bakal menimang zuriat ketujuh awal tahun hadapan.
Bapa penyayang ini juga seakan tidak sabar untuk menantikan kelahiran zuriat tersebut yang menjadi pelengkap bahagianya bersama isteri. Malah Datuk Jamal juga menganggap zuriat ketujuh yang bakal ditimang awal tahun hadapan adalah kurniaan rezeki.
Isteri Hamil Anak Ketujuh
Berita gembira yang dikongsi oleh Datuk Jamal itu sebenarnya ada yang mengkritik namun dirinya enggan melayani mahupun membaca komen negatif netizen yang seolah-olah tidak berpuas hati sebaik mengetahui isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin kembali hamil.
Seperti mana yang dilaporkan Berita Harian, Datuk Jamal akui kehamilan isteri kali ini tidak dirancang.
“Kadang-kadang kita tak boleh rancang perkara seperti ini kerana semuanya ketentuan Allah dan inilah dinamakan rezeki.
“Ada orang berusaha macam mana sekali pun, tapi kalau bukan rezeki takkan menjadi juga.
“Soal kata-kata negatif orang, saya ambil sikap tidak melayan mahupun membaca komen dalam media sosial,” ungkap Datuk Jamal yang baru saja menyambut kehadiran anak keenam tahun lalu.
Seronok Kehidupan Berkeluarga
Datuk Jamal turut berkongsi perasaan seronok dan gembira bila bersama isteri dan anak-anak.
“Kehidupan berkeluarga dengan anak sesuatu yang menyeronokkan.
“umpama satu terapi buat saya.
“Saya tak rasa letih, marah mahupun bosan kerana mereka inilah hiburan saya.
“Lagipun, saya bukan jenis suka keluar rumah, habis kerja terus pulang dan bila sehari tak jumpa anak-anak memang rindu.
“Jadi, sampai sahaja rumah, saya akan cium dan akan tidur bersama anak-anak,” ungkap Datuk Jamal lagi.
Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Malang tidak berbau. Niat murni seorang lelaki membantu mangsa kemalangan jalan raya turut meragut nyawanya. Seorang lelaki parah ketika membantu kemalangan melibatkan pasangan pengantin baharu di Kilometer 53 Jalan Klang – Teluk Intan sebelum ini, dilaporkan meninggal dunia semalam.
Pemuda bantu pengantin baharu kemalangan
Pemuda dikenali Mohd. Azizi Faez Mohamad Alias, 33, itu disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 3.22 petang selepas dua hari menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, siasatan mendapati semasa kejadian lelaki itu memandu dari arah Teluk Intan menghala Klang.
Katanya, apabila tiba di lokasi kejadian telah melihat sebuah kereta jenis Perodua Bezza yang dinaiki pasangan pengantin baharu dalam keadaan terbalik kerana terlibat kemalangan.
“Lelaki itu cuba untuk bantu, namun tiba-tiba mangsa dan kereta telah dilanggar kereta jenis Nissan Almera. Akibatnya, lelaki itu tercampak ke atas jalan dan dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut,” katanya hari ini.
Memetik laporan Kosmo, melaporkan usia perkahwinan sepasang suami isteri hanya bertahan sehari selepas seorang daripadanya maut dalam kemalangan tiga kenderaan di Jalan Bernam, Tanjong Karang, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, Allahyarham Norsyam Nassullah Rahim, 23, maut, manakala isterinya Aini Hayati Mohd. Radzi, 22, patah kaki kiri, manakala enam lagi mangsa cedera dan seorang lagi parah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Tak dapat menggambarkan perasaan seorang lelaki bernama suami di kala ini mengenangkan nasib yang sedang dialami oleh si isteri yang menyertai misi Global Sumud Flotilla ke Gaza.
Nadzmi Adhwa sememangnya tidak dapat menahan sebak kerana tidak dapat menemani isteri tercinta, Ardell Aryana yang menyertai perjalanan berisiko itu. Namun, dia mengambil pendekatan reda dengan perjuangan Ardell yang membawa misi kemanusiaan sejagat itu.
“Doa suami untuk isteri tiada hijab kan? Ya Allah, dengarkanlah doa ini. Berikan mereka kekuatan, lindungi mereka, berkatilah mereka dan permudahkan urusan mereka untuk sampai ke bumi Gaza.
“Ya Allah, hanya pada-Mu kami berserah,”ujarnya.
Nadzmi berkongsi luahan tersebut menerusi hantaran di platform Threads pada pagi Selasa.
Nadzmi yang juga merupakan bapa kepada dua cahayamata ini turut memaklumkan aplikasi WhatsApp milik isterinya sudah tidak boleh digunakan lagi sepanjang misi tersebut dan hanya dapat dihubungi melalui signal sahaja.
Maklumat tersebut diperolehi melalui mesej daripada salah seorang aktivis yang turut serta dalam konvoi berkenaan.
Difahamkan, misi GSF dijangka memasuki zon merah pada hari ini (1 Oktober 2025) iaitu perairan berdekatan Gaza. Sementara itu, Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) menjangkakan misi GSF akan memasuki zon merah pada jam 7 malam waktu Malaysia.
Ardell merupakan antara individu yang mengikuti misi kemanusiaan ke Gaza sebagai sebahagian daripada GSF dengan tujuan memecah kepungan serta menghantar bantuan makanan dan perubatan kepada penduduk Palestin.
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.