Selebriti

Joey BPR Meninggal Dunia, Jantung Tersumbat Jadi Asbab

Share

Sampai ajalnya, vokalis kumpulan rock terkenal (BPR), Joey BPR (Bumiputra Rockers), 63, menghembuskan terakhir di Hospital Kuala Lumpur,(HKL) pukul 8.11 pagi ini.

Joey BPR Meninggal Dunia

Berita duka itu dikongsikan isterinya, Zarinah Zainal menerusi satu hantaran di Facebook.

“Assalamualaikum, saya isteri kepada Johari Mat Rozekhi (Joey BPR) ingin memberitahu bawaha Johari telah kembali kerahmatullah pada 29 Ogos 2026, 8.11 pagi di hospital HKL sebentar tadi,” tulisnya.

Menerusi perkongsian sama, wanita terbabit turut memohon orang ramai mendoakan allahyarham.

“Sama sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah,” katanya.
Difahamkan, suaminya rebah ketika mengadakan persembahan di Laman Santai, Istana Budaya, semalam sebelum dikejarkan ke hospital dengan ambulan.

Jantung Tersumbat Jadi Asbab

Zarinah dalam satu kenyataan berkata doktor mengesahkan berlaku pendarahan serta komplikasi jantung tersumbat.
Sekadar info, Joey mula aktif di arena muzik bermula era awal 1980-an sehingga sekarang.
Al Fatihah.

 

Sumber: Astro Awani

Published by
Nadia Mohamad