
Ramai menganggap jerawat sekadar masalah kosmetik yang boleh diatasi dengan menukar produk skincare. Namun, bagi sesetengah individu, masalah kulit ini boleh memberi kesan lebih besar termasuk terhadap emosi, keyakinan diri dan kehidupan sosial.
Pakar Perunding Dermatologi UKM Specialist Centre (UKMSC), Prof. Dr. Adawiyah Jamil berkata, jerawat diklasifikasikan sebagai penyakit kulit yang mungkin memerlukan rawatan, bergantung kepada kesannya terhadap individu.
Menurut beliau, keperluan mendapatkan rawatan kulit tidak semestinya bergantung kepada jumlah jerawat pada wajah.
Ada individu yang hanya mengalami sebiji bintik putih atau bintik hitam, tetapi kesannya terhadap emosi begitu besar sehingga menyebabkan mereka enggan keluar dari bilik.
Dalam masa sama, ada juga individu yang mengalami masalah muka berjerawat lebih banyak tetapi tidak menganggapnya sebagai sesuatu yang mengganggu kehidupan mereka.
“Jadi kalau jerawat itu menyebabkan masalah, tak kisah dari segi masalah yang bagaimana pun, dia memerlukan rawatan,” katanya.
Ini menunjukkan bahawa masalah ini bukan hanya berkaitan keadaan fizikal kulit, tetapi juga bagaimana ia mempengaruhi kesejahteraan seseorang.
Baca juga: Wanita Ini Kongsi Tip Buat Ice Facial, Bantu Masalah Pori Terbuka & Dark Circle!
Dalam dunia kecantikan hari ini, rutin penjagaan kulit dengan pelbagai langkah semakin popular, terutama trend seperti glowing skin dan glass skin.
Namun, Prof. Dr. Adawiyah menasihatkan orang ramai supaya tidak terlalu terpengaruh dengan trend tersebut.
Bagi individu yang mempunyai kulit normal, rutin asas penjagaan kulit hanya memerlukan tiga perkara:
Bagi mereka yang mengalami jerawat, pemilihan skincare untuk muka berjerawat pula perlu disesuaikan dengan keadaan kulit, termasuk memilih produk yang sesuai untuk kulit yang acne-prone.
Menurut beliau, rutin penjagaan kulit yang melibatkan tujuh hingga 15 langkah lebih kepada trend kecantikan semasa.
Tidak salah untuk mengikuti trend, namun pengguna perlu sentiasa memantau tindak balas kulit terhadap produk yang digunakan.
Sekiranya berlaku masalah selepas menggunakan sesuatu produk, pengguna disarankan menghentikan penggunaannya.
Paling penting, bukan berapa banyak produk yang digunakan, tetapi sama ada produk tersebut benar-benar sesuai dengan keperluan kulit.
Jika muka berjerawat mula mengganggu emosi, keyakinan diri atau kehidupan seharian, mendapatkan pandangan profesional mungkin menjadi langkah yang wajar dipertimbangkan.
Baca juga: Ini Rupanya Rahsia Trend Kulit Mochi Viral Dari Jepun!
Sumber: Astro Awani