Jenazah bayi tertindih lengan, dikebumikan dalam satu liang lahad bersama bapa. Hujan gerimis mengiringi suasana pilu pengebumian jenazah Nurul Effendy Ibrahim, 35, bersama anak lelakinya, Nur Muhammad Danial yang baru berusia tiga bulan, malam tadi.

Jenazah Bayi Tertindih Lengan, Dikebumikan Dalam Satu Liang Lahad Bersama Bapa

Kedua-dua jenazah disolatkan di kediaman mereka sebelum disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Duyong sekitar jam 9 malam. Seramai kira-kira 100 orang termasuk ahli keluarga dan penduduk setempat hadir memberikan penghormatan terakhir.

Jenazah Bayi Tertindih Lengan, Dikebumikan Dalam Satu Liang Lahad Bersama Bapa

Sebelum ini, media melaporkan bayi tersebut meninggal dunia selepas dipercayai tertindih tangan bapanya yang tiba-tiba diserang sakit jantung ketika mereka berdua berada di rumah.

Insiden menyayat hati itu berlaku kira-kira jam 9.30 pagi dan disedari oleh ibu bayi, Azura Abd Malek Yaher, 37, yang ketika itu baru pulang dari tempat kerja untuk membawa anaknya mendapatkan suntikan imunisasi di Klinik Kesihatan Semabok.

Ads

Jenazah Bayi Tertindih Lengan, Dikebumikan Dalam Satu Liang Lahad Bersama Bapa

Menurut Azura, sebaik tiba di rumah, dia tergamam melihat anak kecilnya berada dalam keadaan lemah di bawah lengan suaminya yang tidak sedarkan diri.

“Apabila saya masuk ke dalam bilik tidur, saya lihat kedua-duanya terbaring atas katil tanpa sebarang kesan kecederaan atau tumpahan darah. Ketika itu bayi saya masih bernafas, tetapi sangat lemah,” katanya yang bertugas sebagai pembantu tadbir di Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Dia segera meminta bantuan adik iparnya yang tinggal berdekatan dan terus membawa bayi ke Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Melaka. Malangnya, anak bongsu mereka disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan. Suaminya turut disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung.

Ads

Jenazah Bayi Tertindih Lengan, Dikebumikan Dalam Satu Liang Lahad Bersama Bapa

Dalam pada itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Katil, PBK II Mohd. Supian Md. Dali memaklumkan bahawa pihaknya menerima maklumat daripada hospital pada jam 9.58 pagi mengenai kejadian berkenaan.

Pemeriksaan bomba di lokasi kejadian mendapati tiada sebarang kebocoran gas atau unsur bahan berbahaya, sekali gus Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) tidak perlu digerakkan. Siasatan awal mengesahkan bahawa lelaki tersebut kemungkinan besar meninggal dunia akibat serangan jantung.

Ads

Sumber: Harian Metro  dan Sinar Harian

Baca artikel lain juga: Bayi 3 Bulan Maut Dipercayai Tertindih Lengan Bapa Yang Tidak Bernyawa, Sedihnya! Isteri Kehilangan Dua Insan Tersayang Serentak  

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI