Jasad Zara Qairina masih utuh, “Betul dan bukan saya seorang saja yang menyaksikannya, ramai lagi…”- Imam masjid. Laungan takbir mengiringi jenazah Allahyarham Zara Qairina, 13, yang kuburnya digali semula di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi. Imam dan penduduk mendakwa jasadnya masih utuh walaupun telah dikebumikan hampir tiga minggu.
Jasad Zara Qairina Masih Utuh, “Betul Dan Bukan Saya Seorang Saja Yang Menyaksikannya, Ramai Lagi…”- Imam Masjid
Suasana sayu dan pilu menyelimuti Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Kampung Mesapol, malam Sabtu apabila laungan takbir “Allahuakbar” bergema mengiringi trak polis yang membawa jenazah Allahyarham Zara Qairina Mahathir, 13, untuk dibawa ke hospital bagi tujuan bedah siasat.
Sejak awal petang, penduduk kampung dan kawasan sekitar sudah memenuhi pekarangan tanah perkuburan setelah mendapat khabar bahawa kubur remaja itu akan digali semula. Ada yang datang kerana rasa tanggungjawab, ada juga yang hadir sebagai tanda solidariti buat keluarga Allahyarham.
Kenderaan yang membawa jenazah Zara Qairina Mahathir keluar dari kawasan Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi Kampung Masapol Sipitang hari ini. FOTO Bernama.
Seorang penduduk Kampung Maligan, Jeffry Fauzi Rahman, 53, mengakui dia berada di lokasi sejak awal proses berlangsung.
“Sebelum proses menggali dimulakan, ada bacaan doa diadakan. Saya juga ada terhidu bau wangian harum seperti bunga lalu tadi,” katanya.
Jeffry yang mengikuti perkembangan kes ini sejak awal berkata, walaupun hanya berdiri dari jauh, dia mahu menyaksikan sendiri proses itu sebagai tanda sokongan.
“Walaupun dari jauh, tetapi kami tetap mahu menyaksikan sendiri proses itu berlangsung dan kami berharap proses bedah siasat itu telus,” ujarnya.
Ads
Di sebalik suasana penuh emosi itu, tersebar pula di media sosial rakaman video yang mendakwa jasad Allahyarham masih utuh walaupun telah dikebumikan hampir tiga minggu.
Imam Rawatib Masjid Haji Hashim Pekan Sipitang, Amani Azral, yang turut berada di lokasi, mengesahkan perkara tersebut.
“Betul dan bukan saya seorang saja yang menyaksikannya, ramai lagi… ada polis, pegawai dari JHEAINS Sipitang, imam-imam dan ada daripada JAKIM juga,” katanya ketika dihubungi.
Proses penggalian semula dikendalikan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan disaksikan pelbagai pihak termasuk peguam keluarga, Hamid Ismail dan Shahlan Jufri. Ia bermula sekitar 5.30 petang dan selesai kira-kira jam 7.31 malam.
Ads
Jenazah kemudian dibawa menaiki trak polis menuju ke Hospital Queen Elizabeth I (HQEI), Kota Kinabalu. Menurut peguam keluarga, bedah siasat dijadualkan berlangsung pada jam 9 pagi esok.
Kisah ini bukan sekadar menjadi perhatian masyarakat, tetapi juga mengundang rasa keinsafan. Di sebalik dugaan berat yang menimpa keluarga Allahyarham, ada tanda-tanda yang menenangkan hati mereka yang menyaksikannya.
Semoga roh Allahyarham Zara Qairina ditempatkan di kalangan orang beriman, dan kebenaran terhadap pemergiannya dapat ditegakkan.
Dahsyat sungguh cara 4 lelaki menikam, melanggar dan menggilis seorang lelaki sehingga mati dalam kejadian tragis di stesen minyak di Taman Pelangi, Johor Bahru, malam tadi.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, berkata siasatan awal mendapati mangsa adalah lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 30-an dan kejadian pada 7.30 malam.
Kejadian Berlaku Secara Tiba-tiba
Katanya, ketika itu mangsa bersama wanita yang dikatakan pergi ke stesen minyak itu untuk mengisi angin tayar kereta mereka.
“Bagaimanapun, ketika mengisi angin tayar Volkswagen miliknya tiba-tiba empat lelaki menaiki BMW putih menghampirinya.
“Mereka menarik mangsa dan berlaku pergelutan. Keempat-empat suspek dikatakan cuba memaksa mangsa menaiki kereta itu.
“Isteri mangsa yang juga warga asing berusia 20-an terus lari untuk mendapatkan bantuan manakala mangsa bergelut dengan keempat-empat suspek.
“Mangsa dikatakan dilanggar dan digilis oleh kereta suspek ketika terbaring selepas cedera ditikam.
“Suspek turut dikatakan membakar dan membaling mercun di lokasi kejadian,” katanya pada sidang media di tempat kejadian.
Katanya, sepasukan polis dikejarkan ke lokasi sebaik menerima laporan dan apabila tiba, polis dapati mangsa sudah meninggal dunia.
“Hasil pemeriksaan, kami menemui kesan tikaman di dada kiri mangsa, dipercayai ditikam.
“Wanita berkenaan masih trauma dan dibawa ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.
“Semua suspek melarikan diri menggunakan BMW putih dengan nombor pendaftaran WB79L dan kami sedang mengesan pemiliknya,” katanya.
Baling Mercun
Menurutnya, suspek dikatakan membaling mercun di kawasan itu dipercayai bagi menakutkan orang ramai kerana ketika itu ramai pelanggan di stesen minyak dan kawasan berhampiran.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
“Kami masih menyiasat motif kejadian mengikut beberapa sudut dan latar belakang mangsa sama ada peniaga atau mempunyai kerja tetap,” katanya.
Dalam pada itu terdapat satu video berdurasi satu minit 23 saat yang tular di aplikasi WhatsApp berkaitan kejadian itu.
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pelakon terkenal, Datuk Aaron Aziz sedih bercampur terkejut, bila mana dirinya dikatakan menjadi punca kes penceraian pasangan Islam di negara ini.
Ini berentetan daripada laporan berita sebuah akhbar yang berkongsi fakta punca remeh kes penceraian pasangan Islam. Antaranya terlalu meminati pelakon Aaron Aziz. Antara lain yang turut disenaraikan adalah isteri suka menghabiskan masa dengan bermain permainan dalam talian PUBG dan rumah bersepah dengan produk Tupperware.
Terbaca kisah sedemikian, pelakon ini memohon agar pasangan terbabit kembali berbaik dan rujuk demi anak-anak dan amanah. Maklumnya yang turut meletakkan tanda pagar, jangan kecam abg.
Aaron Aziz Sedih
Tulis Aaron, “Ya Allah.. saya baca ini saya rasa sedih.. abang sama juga dengan suami lain inginkan rumah tangga yang bahagia. Abang harap dapatlah rujuk demi anak-anak dan amanah.”
Perkongsian itu mendapat maklumbalas daripada followernya yang pada mulanya terkejut membaca pengisian informasi pada gambar yang dikongsikan. Malah menyangkakan pelakon itu terlibat dalam keruntuhan rumah tangga.
Apabila difahamkan betul-betul, barulah followernya sedia maklum bahawa pelakon terbabit dikaitkan dengan alasan penceraian pasangan.
Menurut laporan itu lagi, masalah rumah tangga di kala pandemik Covid-19 dilihat semakin meruncing. Sehinggakan ada pasangan yang mengalami tekanan disebabkan kekangan kewangan.
Itu juga menjadi punca keruntuhan institusi keluarga di negara ini.
Aaron Aziz atau nama sebenarnya, Aaron Mustapha Aziz, 45 dan isteri, Datin Diyana Halik bagaimana pun sudah menjangkau 18 tahun melayari perkahwinan. Dan pasangan ini dikurniakan 3 cahaya mata, Danish Anaqi, Dwi Ariana dan Dahlia Arissa.
Sambal Ikan Bilis Tempe & Kentang Rangup Kecur Air Liur. Semakin mendekati Syawal mak-mak mesti dah letih nak ke dapur. Tapi air tangan mak-mak sentiasa terbaik dan paling legend.
Nak sediakan menu paling cepat dan mudah tak perlu berada di dapur lama-lama tapi menunya sedap bolehlah cuba resipi Mak Empal Masak Apa Hari Ini? Sambal Ikan Bilis Tempe & Kentang Rangup sampai kecur air liur dibuatnya.
Hidangan ni sedap dimakan macan tu saja dengan nasi panas, nak makan dengan roti pun boleh. Anak-anak memang sangat suka sebab kerangupannya dan sambal pun pedas-pedas manis rasanya.
Bahan-Bahan :
6 peket tempe – hiris nipis (digoreng)
2 cawan ikan bilis – (digoreng)
2 biji kentang – potong dadu (digoreng)
Bawang merah – dipotong bulat
1 mangkuk cili kisar
1 mangkuk asam jawa
Cara Memasak :
Gorengkan tempe, ikan bilis, kentang lalu ketepikan.
Tumiskan cili kisar kemudian masukkan gula, garam dan serbuk perasa.
Masukkan pula air asam jawa kacau sambil hingga garing.
Letakkan hirisan bawang merah, tempe, ikan bilis dan kentang.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kanak-kanak dipukul dengan tukul masih kritikal, suspek disahkan ada rekod dadah & halusinasi. Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang cedera parah selepas dipukul dengan tukul oleh bapa saudaranya di Jelawat, Bachok, Khamis lalu masih berada dalam keadaan kritikal dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM), Kubang Kerian.