Ads

Sebelum Pulang Ke Kota, Jangan Tinggalkan Rumah Mak Ayah Macam Hotel. Langsung Tak Kemas!

Rumah Mak Ayah
Rumah Mak Ayah

Selesai sudah beraya dengan keluarga tersayang di kampung? Macam mana keadaan rumah mak ayah, teratur elok atau dibiar sahaja tanpa kemas?

Sebelum Pulang Ke Kota

Sebelum Pulang Ke Kota, Jangan Tinggalkan Rumah Mak Ayah Macam Hotel. Langsung Tak Kemas!

Haaa… sebelum pulang ke rumah masing-masing, tolong lah kemas apa yang patut. Biar Nampak cantik seperti awal-awal anda datang.

Rumah mak ayah bukan hotel, ada orang tukang kemas dan buangkan sampah. Kalau ada anak kecil, pastikan pampers di buang dahulu sebelum pulang. Jangan dibiar di tepi pintu atau dalam tong sampah sampai berbau. Hidupkan motor atau kereta, tolong pergi buang!

Semak juga balang gula, garam atau barang asas yang lain. Ada lagi atau sudah habis. Nak-nak jika mak atau ayah tinggal seorang di kampung. Anak-anak kena bertindak, jangan dibiar kosong.

Ads

Kemudian tinggalkan juga duit api air eletrik, anda yang pasang aircond siang hari lagilah kasihan mak ayah kena tanggung sendirian nanti. Tambahan pula kalau mak ayah sudah tua yang tiada pendapatan, berpakatlah tampung duit sedikit seorang.

Jangan Tinggalkan Rumah Mak Ayah Macam Hotel

Sebelum Pulang Ke Kota, Jangan Tinggalkan Rumah Mak Ayah Macam Hotel. Langsung Tak Kemas!

Kalau sempat, cuci dahulu cadar dan selimut yang diguna. Pasangkan yang baharu dan jangan lupa bersihkan bilik. Kemas bilik bagi wangi dan tinggal dalam keadaan tanpa sampah.

Ads

Artikel Berkaitan: Mak Ayah Tak Larat Uruskan Rumahnya, Anak-anak Berpakat Kumpul Duit Hadiahkan Suasana Baharu

Pinggan mangkuk jangan dilupa, kalau sudah ambil dari dalam almari, boleh lah simpan semula ke tempat asal. Atur segala barang memasak yang diguna dengan kemas sebelum mak ayah buat sendiri.

Ads

Langsung Tak Kemas!

Sebelum Pulang Ke Kota, Jangan Tinggalkan Rumah Mak Ayah Macam Hotel. Langsung Tak Kemas!

Ya, mungkin cara ini memenatkan bagi anak-anak dan sedikit leceh. Tetapi niat seorang anak yang memudahkan urusan mak ayah sudah tua, pasti akan digandakan rezekinya dan dipermudahkan urusannya sepanjang hari.

Semoga anak-anak tahu tugas dan ambil cakna dengan tanggungjawab apabila pulang ziarah mak ayah masing-masing.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Harga Minyak Dunia

Harga Minyak Dunia Naik: Punca Mengejutkan & Kesan Besar Pada Kos...

Harga minyak dunia naik turun memberi kesan besar kepada kos sara hidup. Fahami punca, kesan dan cara mengurus kewangan dengan lebih bijak.