Penjagaan Diri

Jangan Simpan Barang Mekap Sebab Sayang, Habis Tempoh Kena Buang!

Share

Tolong jangan simpan barang mekap sebab sayang, habis tempoh kena buang! Tiada istilah cermat atau sayang nak buang, sebab anda kena fikir kesan pada klulit wajah.

Jangan Simpan Barang Mekap Sebab Sayang

Kulit kita bukan plastik, yang mana tiada kesan bila disapu macam-macam. Jadi sila rajinkan diri cek 3 perkara ini sebelum calit pada wajah.

Nak-nak anda yang kulit sensitif, pastikan tidak pandang remeh hal ini. Boleh mula semak satu-persatu set penjagaan kulit atau barang mekap hari ini juga:

  • MFG ( Manufacturing Date) – Tarikh produk tersebut dikilangkan.
  • EXP (Expired Date) – Tarikh luput produk tersebut – tak kisah dah buka ke belum, kalau sudah sampai tarikh, boleh buang terus.
  • PAO (Period After Opening) – Tempoh untuk produk itu kekal stabil dan selamat untuk digunakan SELEPAS dibuka.

Kadang kulit wajah sampai naik jerawat, tetapi tetap setia pakai barang mekap yang sudah habis tempoh. Owh ya, berus mekap pun kena pandai jaga ya. Biasanya berus mekap boleh tahan dalam 5 tahun, ini pun kalau anda jenis rajin cuci.

Nak lagi selamat, anda semak belakang produk. Jangan terkejut kalau mascara pun, tempoh paling lama dalam 3 bulan sahaja anda boleh simpan pakai.

@cikpeohh_ Jangan ingat makanan & minuman je ada expired! Aokme kena tahu jugak, makeup pon ada expired tau! @Maaez Beauty HQ #fyp
#foryou #makeupexpired #tiktokmalaysia #BeautyHacks ♬ 3 minutes cooking song(863632) – furufuru

Jadi anda sudah tahu, maka boleh pergi semak koleksi mekap anda sekarang. Ingat, skincare dan mekap akan bagi kesan pada wajah, bertindak sebelum terlambat.

Sumber video: Cikpeohh

Published by
Nadia