Konon nak bagi anak bertindak, tetapi akhirnya mak ayah cuma berjanji dan anak-anak rasa ditipu. Itulah kesilapan besar yang kadang mak ayah pandang remeh.
Kesannya anak-anak tak nak lagi dengar apa yang mak ayah katakan. Jangan kata anak-anak tak pandai berfikir lagi ya, kalau dia boleh ikut arahan maknanya anak itu faham dan akan ingat skrip yang mak ayah pernah sebut.
Macam yang Doktor Muhammad Hassan ini tulis baru-baru ini, tak salah kalau tak mampu tunaikan janji dengan anak. Tetapi sekurang-kurangnya anak tahu ada sebab.
Mak Ayah Jangan Banyak BERJANJI Kepada Anak-anak
“Adik mandi, makan, umie janji petang nanti kita pergi taman.”
Tapi bila sampai waktunya kita tidak tunaikan. Esok kita ulang skrip yang sama. Kita anggap anak-anak lupa sedangkan otak mereka telah program apa yang kita janjikan.
Ads
Akhirnya anak-anak akan kecewa. Mula tidak peka dengan arahan. Mereka mula anggap kita tidak jujur dan berbohong.
Sebab itulah saya pesan kepada isteri:
1. Jangan sesekali berjanji dengan anak,jika berjanji ‘wajib’ tunaikan. Jika tidak mampu cakap kenapa janji tersebut tidak dapat ditunaikan.
2. Didik anak buat sesuatu untuk الله sayang.
Ads
“Muhammad mandi, makan, solat, kemas tempat tidur pasti الله sayang,pasti الله bagi ganjaran. Apabila الله sayang Muhammad umie pun sayang, abi pun sayang, semua orang sayang.”
3. Banyakkan memberi dari berjanji.
“Oleh kerana adik rajin, soleh. Umi dan abi hadiahkan adik sebuah basikal..?♂️”
Ads
4. Setiap percakapan sertakan perkataan INSYAALLAH (dengan hati yang ikhlas)
“Muhammad RAJIN mandi,makan,solat,bantu umi kemas rumah INSYAALLAH umi dan abi bawa pergi jalan-jalan ke pantai ya.”
Nampak tak setiap perlakuan, percakapan kita memberi impak terhadap emosi anak-anak.
INSYAALLAH moga bermanfaat buat mak ayah di luar sana.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ibu ini, Khairunnisa Kamarudin dalam kesedihan. Apabila anak kecilnya yang seusia setahun sebulan itu doktor sahkan masih tinggi kuman dalam darah. Semuanya kerana ASAP ROKOK.
Biar pun suami mahupun ahli keluarga tidak merokok di dalam rumah, malah ada yang cuma merokok di kedai mamak. Hakikatnya, asap rokok itu tetap melekat pada tubuh perokok selama 3 hari.
Selepas itulah baru asap rokok itu hilang. Ya, asap rokok itulah yang buatkan permata hatinya terus batuk selsema on off dekat 3 minggu lamanya.
Bila doktor terangkan kondisi terkini anaknya, Muhammad Rayyan, ibu ini semakin luruh jantungnya.
Semalam Mama bawa Muhammad Rayyan repeat blood test. Muhammad demam batuk selsema on off sejak raya haji. Jika dicongak harinya hampir 3 minggu.
Masuk saja bilik, soalan pertama doktor tanya.
“Ayahnya merokok ke?”
“Iya doktor.” Mama dah tak keruan masa ni.
“Kuman dalam darah anak puan masih tinggi, jadi dia memang akan on off demam batuk selsema selagi mana ayahnya merokok.”
Allah, Mama rasa nak nangis time ni. Terbayang mMuhammad tak lena tidur malam, batuk-batuk kadang sampai termuntah-muntah.
“Jika sayangkan anak minta ayah berhenti merokok ya.”
Meruntun hati ibu, salah orang lain tetapi orang lain yang menangung.
Ya, ramai orang keliling Muhammad merokok. Bukan sekadar ayahnya. Atuknya, pakcik-pakciknya. Apa pilihan mama ada? Jauhkan Muhammad dari mereka yang merokok?
Ya, mama tahu mungkin ada faktor lain selain asap rokok, tapi salah satu sebab adalah asap rokok. Asap rokok yang melekat di tubuh perokok akan hilang dalam masa 3 hari.
“Sayang kan Muhammad berhentilah!”
Disclaimer : Suami dan family member yang smoker merokok di luar rumah, dan ada yang hanya merokok di mamak sahaja. Tapi the fact is, asap rokok melekat dibaju-baju selama 3 hari.
Lihat dalam rumah kita mak-mak, pasti ada di antara anak-anak yang had pembelajarannya biasa-biasa saja. Tak sama dengan abang, mahupun kakak.
Puaslah mak ayah ajar, tak juga mahu lekat pelajaran dalam kepala si anak. Tak cemerlang akademi meletakkan anak-anak ini di kelas hujung.
Mendidik anak-anak kelas hujung juga bukan budak. Mereka tak cemerlang akademik, namun tuhan bekalkan mereka dengan anugerah kemahiran.
Dan inilah yang diterapkan oleh Sofuan Saadon, guru di SMK Matu, Sarawak ini. Pelajar kelas hujung, mereka special. Pendekatan pembelajaran mereka juga berbeza.
Fahamkan pesanan guru ini. Yang mana, semua ini akhirnya dapat disedari selepas 4 tahun mendidik anak-anak kelas hujung.
Angka-angka ini merupakan jumlah markah peperiksaan Bahasa Melayu bagi satu kelas tingkatan 1. Tak banyak yang berubah ketika mula aku mengajar kelas ini sejak awal tahun lalu.
Sebagai seorang guru, aku belajar banyak perkara dalam masa empat tahun ini. Setiap tahun, aku akan dapat mengajar kelas belakang.
Kelas belakang ini biasanya diisi oleh pelajar-pelajar yang mempunyai masalah dalam akademik dan pelajaran.
Ramai juga yang tidak bersetuju dengan cara susunan pelajar mengikut kategori seperti ini tetapi aku fikir inilah susunan yang terbaik untuk negara kita buat masa ini.
Kita boleh bandingkan dengan negara luar tetapi tak semua kita dapat ikut pendekatan yang mereka gunakan.
Pada tahun pertama aku mengajar dan melihat keputusan pelajar seperti ini, aku rasa begitu kecewa dan sedih. Macam-macam persoalan bermain dalam fikiran aku.
“Aku ni tak pandai mengajar ke?”
“Kenapa depa ni tak faham apa aku ajar?”
“Selama ini aku syok sendiri saja ke?”
“Kenapa satu kelas lagi boleh dapat markah tinggi?”
Apabila mengedarkan kertas jawapan kepada mereka, aku sebutkan markah setiap orang. Aku luahkan segala kekecewaan aku pada mereka.
Tidak cukup dengan itu, aku hukum semua pelajar yang gagal ini. Mereka tidak melawan. Semua ikut apa yang aku suruh.
Pada waktu itu, aku yakin mereka sedar sebab aku memberikan hukuman tersebut.
Tetapi…
Aku mulai sedar dan faham. Mungkin betul ada pendekatan yang aku gunakan tidak sesuai untuk mereka. Namun, ada satu hal yang lebih penting.
Sebagai guru, aku kena sedar bahawa kemampuan setiap pelajar di dalam kelas itu tidak sama. Sudahlah mereka di kelas hujung, malah tahap pemikiran dan penerimaan mereka juga tidak sama antara satu sama lain.
Ada pelajar-pelajar kita ini yang memang tak boleh faham apa yang kita ajar.
Memang setakat itu saja tahap mereka. Malah, ada anak-anak kita ini sepatutnya dihantar ke sekolah khas tetapi atas sebab-sebab tertentu, terus balajar di sekolah biasa dan mengikut segala sukatan yang telah ditetapkan.
Namun, adakah kita sebagai guru atau ibu bapa patut kecewa dan membiarkan saja mereka terus rendah diri dengan kelemahan itu? Tidak sama sekali.
Kita perlu memainkan peranan masing-masing dengan berkesan. Cikgu di sekolah dan ibu bapa di rumah.
Walaupun pelajar ini mempunyai masalah dalam akademik, itu tidak bermaksud mereka tiada juga kelebihan lain. Setiap pelajar itu ada kekuatan tersendiri yang kita perlu terokai dan gilap.
Setelah aku menyedarinya, aku telah mengubah cara pengajaran aku.
Aku mengajar ikut sukatan dan rancangan yang telah ditetapkan. Itupun hanya untuk makluman dan pengetahuan mereka. Aku kongsikan juga kepentingan pendidikan sebagai motivasi buat mereka.
Aku lebih banyak mencipta keseronokan bersama mereka. Biasanya pelajar kelas hujung ini mempunyai masalah dengan kehadiran juga. Aku tak nak itu berlaku pada kelas aku.
Aku nak mereka seronok belajar walaupun mereka mengambil masa panjang untuk memahami dan menerima pengajaran itu sebaiknya.
Aku mula pilih topik yang aku rasakan sesuai dengan tahap kemampuan mereka. Aku nak walau apa pun terjadi, mereka tetap mahu datang ke sekolah.
Aku sedih bila ada pelajar yang lemah akademik ini tidak hadir banyak hari ke sekolah dan akhirnya dibuang sekolah.
Rugi. Sekurangnya jika mereka datang, mereka boleh belajar bersosial dengan kawan-kawan serta guru, tidak terlalu pasif dan belajar kemahiran-kemahiran lain yang ditawarkan.
Namun, ini terpakai untuk pelajar yang lemah akademik dan mempunyai sahsiah yang baik. Jika pelajar itu tak pandai akademik dan buruk pula perangai, memang elok saja berhenti terus daripada mempengaruhi pelajar lain pula.
Jadi kepada cikgu dan ibu bapa semua, boleh mengajar seperti biasa tetapi jangan ingat semua pelajar itu boleh faham setiap pengajaran itu seperti yang kita harapkan.
Kita boleh ajar dia tapi jangan rasa kecewa atau marah kalau dia tak dapat juga atau mengambil masa yang terlalu lama.
Dan jangan lupa bahawa yang tak pandai dalam satu-satu perkara itu sebenarnya mempunyai kemahiran-kemahiran lain yang kita sendiri tak tahu.
“Tak adil jika kita mengadili ikan, monyet serta burung dalam keputusan Pertandingan Berenang.”
“Pelajar boleh lupa apa yang kita ajar mereka, tetapi mereka tak akan lupa apa yang kita buat mereka rasa.” – Cikgu Onizuka GTO.
Dilema juga nak meilih beg sekolah anak-anak ni ya. Tambah pula kalau anak nak masuk darjah 1. Boleh letih pusing kedai nak mencari yang sesuai untuk anak.
Biarpun mak ayah mampu beli beg sekolah mahal dan jenis ikut trend, tapi adakah beg sekolah itu sesuai untuk anak?
Sudah lah buku banyak, nak kena usung setiap hari pula. Jadi beg sekolah macam mana yang sesuai? Nak beli beg sandang ke beg trolley? Nak beli beg sekolah yang mahal ke yang murah? Dan jenama apa yang elok? Haaa… nampak tak apa masalah mak-mak yang anaknya baru nak masuk sekolah.
Kalau beli yang kecil, risau buku tak muat nak masuk dalam beg. Tapi kalau terpilih yang besar sangat, kasihan pula si anak nak pikul beg.
Anak seorang bolehlah beli satu yang mahal, tetapi kalau dah anak ramai, macam mana pula ya?
1. Sokongan pada badan
Mak-mak kena tahu, kalau beli beg yang tidak berkualiti, ini tak akan memberi sokongan yang cukup dan boleh memberi kesan kepada tulang belakang anak apabila digunakan dalam jangka masa panjang.
Jadi untuk beg sekolah anak, eloklah keluarkan modal lebih sikit. Lebih baik beli beg sekolah yang berkualiti dan boleh tahan lama, daripada beli yang murah tapi guna beberapa bulan je dah rosak!
Lagipun, elok cari beg yang ‘kukuh’ sebab anak nak usung setiap hari kan, boleh ada kesan kat postur badan diorang juga terutama sekali kalau beli beg sandang.
Jangan sebab mak ayah nak jimat, anak yang merana. Beli yang harganya murah OK kalau jenis berkualiti. Tak ada lah guna kejap, zip dah rosak!
2. Cari yang ringan
Kalau boleh, pilih lah beg yang ringan dan dari kanvas. Menurut Kementerian Kesihatan (MOH), berat beg tidak seharusnya melebihi 10-15 peratus daripada berat badan kanak-kanak yang membawanya.
3. Tali bahu ada span
Kalau ada’padding’ sebagai perlindungan bahu apabila menggalas beg, otot kanak-kanak tak akan tegang sehingga mengakibatkan badan berasa lenguh.
4. Ada tali dada dan pinggang
Pastikan ada tali di pinggang supaya beg yang dipikul berada dekat dengan badan. Ini memastikan beratnya seolah-olah seperti berat badan kanak-kanak itu sendiri dan bukan berat yang berlebihan.
4. Biar sesuai dengan ketinggian anak
Memang kena cari yang besar, tetapi janganlah sampai beg itu besar sampai ke lutut. Cari beg yang sepadan dengan saiz badan kanak-kanak berupaya membahagikan beratnya sebaik mungkin sekali gus baik untuk peredaran darah.
Rupanya tak mudah nak beli beg sekolah anak ya. Hah, jangan beli saat akhir ya, nanti lagi haru jadinya. Moga mak-mak boleh buat keputusan terbaik untuk memilih beg sekolah anak-anak.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Astro, Home of Drama, sekali lagi mengangkat semangat Ramadan dengan tema “kebangkitan wanita” melalui naskhah megahit Siti Rosmizah, Andai Itu Takdirnya 2, lakonan Hanna...