Tapi kita masih boleh kawal diri kita daripada terus rabak dan koyak mental. Depresi tengok dan baca status orang lain. Merasakan nasib diri tak sebahagia, seuntung mereka. Bila ada sifat mula membanding diri, itulah punca masalah terjadi.
Hadam nasihat Ammar Kamilin ini, kerana bila kita tak kawal kerisauan kita itulah, yang akhirnya mengganggu mental seterusnya merosakkan tingkah laku kita.
Mereka Yang Ada Masalah Cepat Membanding Diri Sila Hadamkan Ini
Ini penting dan saya perlu nyatakan ini dengan jelas.
Selepas beberapa tahun menggunakan Facebook, saya dapati, ia bukan tempat yang sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah ‘cepat membanding diri’.
Kita tidak dapat mengelak untuk membanding diri dengan sesiapa saja. Waima, adik beradik sedarah sedaging juga pasti akan terdetik mahu melihat lebih dan kurang sesama mereka.
Itu normal. Jika terdetik sedikit dan kemudian kembali rasional.
Yang tidak normal, apabila terdetik untuk membanding lalu timbul kerisauan bagaimana untuk mencapai sama tahap atau lebih dari apa yang dicapai atau dimiliki oleh orang lain.
Risau keterlaluan.
Anxiety.
Itulah yang semakin menekan kita sekarang. ‘Penyakit’ yang sebenarnya sakit, tetapi tidak dirasai kesakitannya.
Risau keterlaluan itu pula, lama kelamaan, membarah sebagai ‘depression’.
Saya perlu tekankan.
Bahaya Risau Sampai Depresi Baca Status Orang Lain
Bukan bermakna semua ‘depression’ datang dari risau melampau, tetapi ada yang mengalami ‘depression’ semata-mata runsing dan risau dengan setiap perkara yang dibanding-bandingkan.
Ads
Followers dia lebih ramai, datang risau.
Manchester City menang EPL.
Liverpool, tak menang-menang.
Datang risau.
Eh, jangan gelak!
Mungkin bukan kita. Tapi ada.
Mereka tidak salah juga, sudah itu obsesi mereka.
Lihat pula kita,
Anak jiran dapat ‘straight A’ s’.
Oh, risau! Anak kita nanti macam mana.
Anak buah hafal 30 juz. Huffaz.
Oh, macam mana anak kita.
Risau!
Kawan ofis dapat naik pangkat. Sama masuk kerja. Kerja pula tak seberapa. Tapi dia naik, kita tidak.
Oh, risaunya!
Ads
Abang kakak, bagi mak abah macam-macam. Dibeli rumah, dibeli kereta, dihadiah TV besar. Kita nak membeli tupperware pun, jenuh tunggu duit kutu giliran ke-12.
Parah!
Aduh, risau!
Banyak lagi risau.
Mana saja yang kita kalah,
Risaulah kita.
Tetapi, kalau risau sekali sekala, selepas itu, hilang semula, tak mengapa. Normal. Hati pun galau sekejap saja.
Facebook ini lain. Sedap-sedap skrol punya skrol terpandang status yang ‘trigger anxiety’ kita.
Kita takkan tahu dan ada masa tak sedar pun. Status tu mencalar hati kita. Masa mula tak rasa, tahu-tahu dah pedih saja.
Sekali dua, baik lagi.
Jika dah setiap hari diasak dan digasak, lama-lama, koyak juga mental. Itu datang bahaya.
Ads
Ini Nasihat Doktor Untuk Mereka Yang Ada Penyakit Ini
Cerita benar.
Seorang daripada ahli keluarga saya didiagnos ‘anxiety disorder’ hanya kerana tidak tertahan membanding-banding kenyataan daripada ahli politik Kerajaan atau pembangkang setiap hari di facebook.
Perang saraf parti politik hampir setiap hari akhirnya merosakkan mentalnya.
Nasihat doktor.
Berhenti membaca facebook.
Alhamdulillah, dia semakin baik dan pulih.
Pelik kan.
Jika mahu membanding, ada macam-macam perkara boleh dibanding. Bukan masalah kita pun, boleh dibanding.
Jika anda mula ada simptom ‘hish, macam mana dia boleh dapat macamni’ dan menghabiskan masa termenung lama memikirkannya, hati-hati. Sudah ada tanda, bermula kerunsingan.
Sekiranya anda mahu tahu bagaimana, teruskan bertanya dan ‘consult’ orang tersebut. Lakukan tindakan proaktif. Jangan bermain-main hanya di fikiran. Mental anda akan terganggu dan kesannya menjejaskan tingkahlaku.
Tidak dinafikan amat sakit hati bila anak tak dengar atau faham arahan, sebenarnya mak-mak kena mulakan dengan sentuhan.
Sentuhan memainkan peranan penting pada usia anak bawah sembilan tahun. Mereka akan lebih mudah untuk faham apa yang maknya sampaikan bila emak gunakan sentuhan berbanding kata-kata atau arahan.
Kongsi Dr Taufiq Razif, sebenarnya sikap anak-anak ini berkaitan dengan perkembangan otak mereka. Ikuti perkongsian Dr Taufiq ini dan fahami apa yang cuba dia sampaikan:
Sakit Hati Bila Anak Tak Dengar Arahan
Sakit hati sangat bila anak tidak mahu dengar arahan bukan?
Geram kadang-kadang dia macam tak faham-faham apa yang kita cakap padahal sudah cakap banyak kali!
Kita kena faham dulu otak anak terbahagi kepada 2 jenis fungsi iaitu fungsi logik dan fungsi gestalt.
Otak gestalt ini cekap untuk proses : – Sentuhan – imej – emosi – ritma – warna – kinestetik
Manakala otak logik pula cekap untuk proses : – Verbal/percakapan kita – matematik – turutan – tulisan – analisis – Teknik
Mak-Mak Kena Mulakan Dengan Sentuhan
Anak umur bawah sembilan tahun tak berapa cekap lagi otak logik dia. Sebab itulah dia tak dapat hendak hadam sangat percakapan dan arahan kita. Itulah kenapa muka dia blur sikit bila kita bebel. Buat penat saja mak-mak bebel.
Sebab itulah sentuhan itu banyak main peranan kalau mak-mak hendak bagi arahan kepada anak bawah umur sembilan tahun.
Makanya untuk bagi arahan pada anak umur tersebut, mulakan dengan sentuhan dulu ya.
Nota kaki : Jika mahu lagi berkesan, contohkan dulu apa yang kita hendak anak kita buat. Hendak anak lap air, kita tunjukkan dulu cara lap air tersebut di depan mata dia.
Mingguan Wanita : Rupanya selama ini penat saja mak-mak membebel itu dan ini pada anak yang berumur sembilan tahun rupanya mereka belum faham sepenuhnya. Mungkin tip dari doktor ini dapat membantu mak-mak dalam mendidik anak juga.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka pada 24 Julai 2021. Peserta diberi tunjuk ajar menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Panas sungguh cerita suami lepaskan isteri demi mengejar cinta perempuan lain. Mak-mak yang baca pun panas hati, suami yang prihatin pun sama, geleng kepala tak faham tindakan suami semacam ini.
Banyak benarnya apa yang dikongsi Andy Sulaiman ini. Tentang ciri-ciri isteri yang tak patut suami lepaskan. Sebab, di kemudian hari suami akan menyesal tak sudah.
Renung 5 Tanda Ini, Kalau Ada Pada Bini Kita Fikir Semasaknya
“Kecoh juga hal si Abu tu ceraikan bini dia tu ya? Tak tahu lah apa ada dalam kepala dia. Nak komen lebih-lebih, karang ada cerita lain pula dari pihak bini dia. Terlebih cerita, jadi bawang pun tak seronok juga.”
“Tapi, sebelum nak tinggalkan bini sebab nak kejar ke perempuan lain, renung 5 tanda ni. Kalau ada pada bini kita, fikir lah semasaknya.”
1. Jika masa bercinta isteri kau kurus sekarang dah gemuk, itu tanda dia bahagia dengan kau. Jarang orang kecewa berat badan makin naik. Dia pun sanggup tak makan lepas tu, melompat bersenam tunggang langgang semata-mata nak sedap mata kau memandang.
2. Jika dah ada ramai anak, kenangkan berapa kali dah dia pertaruhkan nyawanya sendiri masa bersalin, tanda sanggup korbankan nyawa lahirkan benih kau. Kau sembelit, lobang terluka sikit pun, kerja nak marah orang je.
3. Dalam kereta, kau kentut pun dia steady je. Tak ada menggelabah. Itu contoh mudah tanda baik buruk kau, elok selekeh kau dia terima seadanya. Tutup hidung tu biasa lah. Alah kau ni.
4. Kau ada rezeki lebih, dia tak meminta bukan-bukan. Kau tak ada pendapatan, dia hulurkan bantuan. Tanda susah senang, dia setia di sisi. Orang luar yang kau gila-gilakan, belum tentu ada waktu kau dalam kesusahan.
5. Pandang cermin dan lihat diri kita. Syukur lah ada wanita yang mencintai dan menyayangi kita. Itu tanda walau kau tak hensem, dia tetap ada.
Kenapa nak lukai hati isteri kalau dia dah setahap ini. Yakin ke di luar boleh cari yang lebih baik lagi?
Aku pun banyak silap. Dari kesilapan, kita terus mencuba jadi suami yang baik.
Tak pelik pun sebab masih ramai suami yang gagal nak menjaga isteri lepas bersalin. Ada yang serah isteri pada orang tua untuk dijaga dan ada juga yang biarkan isteri berpantang sendiri di rumah tetapi suami gagal untuk memahami apa yang patut ditolong sebenranya.
Nah, sebelum jadi kes isteri meroyan atau ‘penderaan emosi’, jemput baca perkongsian saudara Najmi Nawawi ini…
Lepas Isteri Bersalin, Suami Wajib Tahu
1. Buang air besar dan kecil akan jadi sangat sakit. Lepas bersalin bahagian perineum akan menjadi sangat sensitif.
2. Isteri mungkin akan buasir tapi jangan risau, lama-lama ianya akan pulih kembali dan baik. Pastikan isteri makan makanan yang membantu sistem penghadaman.
3. Nak perut isteri kurus dan kempis balik bukan magic. Memanglah baby dah keluar. Tapi tetap akan ambil masa, insyaAllah dalam 5-6 minggu untuk kembali asal.
4. Rambut memang akan gugur, rumah akan ada banyak rambut isteri berguguran. Kesan dari hormon estrogen yang turun mendadak. Dalam masa setahun akan pulih. Tolonglah sapu rambut tu, jangan biar je.
5. Yes. Berpantang memanglah macam biasa. Tapi jangan melampau sangat sampai air kosong pun tak bagi minum. Hati-hati, dan banyak dapatkan nasihat doktor.
6. Baby Blues boleh berlaku lepas bersalin. Faham-faham je, hormon yang tak stabil akan buat emosi pun tak stabil. Tapi kalau berlarutan lama sangat, kena dapatkan nasihat doktor takut jadi Post Partum Depression.
7. Luka bersalin (koyakan) memang tak dinafikan dasyat tapi kena ingat juga luka emosi dan dalaman jiwa isteri juga perlukan rawatan dan sokongan yang berterusan.
8. Otot bahagian abdomen isteri memang akan melonggar. Ambil masa untuk kuat kembali. Nanti sokong isteri dalam usaha menguatkan otot setelah 3 bulan selepas bersalin. Boleh tanya doktor, senaman yang sesuai.
9. Jangan marah isteri kalau nampak sedikit berisi berbanding sebelum ini. Lemak yang ada akan digunakan sebagai simpanan tenaga untuk penyusuan. Ambil masa untuk kembali ke bentuk asal, setelah 9 bulan mengandung. Jangan push untuk kurus. Beri motivasi serta sokongan.
10. Jika isteri anda bersalin melalui kaedah caesarean, pasti akan mengalami masalah sukar untuk bergerak pada mulanya akibat luka yang sakit. Tapi jangan sampai larang isteri untuk tidak bergerak langsung. Bergerak itu penting, bagi memastikan pengaliran darah yang baik.
Tolong sebarkan pada semua, terutama yang sedang menanti anak pertama.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Saya Cuba, Bertahan, Usaha Tapi Gagal. Tiada Lagi Kita” itulah yang diluahkan oleh Aprena Manrose tentang rumah tangganya yang dikatakan sudah berantakan.Pelakon cantik, Aprena...