Kejadian yang berlaku semalam, apabila seorang pemuda menemukan seorang kanak-kanak perempuan yang berjalan seorang diri di jalan raya dekat Puncak Alam Fasa 2. Malah, anak ini hampir dilanggar lori.
Ketika ditanya, kanak-kanak perempuan itu maklumkan yang bapanya sedang tidur di rumah. Perjalanan membawa pulang anak ini ke rumah pun mengambil jarak perjalanan yang agak jauh.
Dan sebaik sampai di rumah berkenaan, ditemukan pekerja lelaki yang sedang melakukan kerja mengubah suai kediaman. Dia maklumkan itu anak tuan rumah. Walaupun lelaki itu sedar sewaktu kanak-kanak itu keluar rumah tetapi dia tidak menahannya.
Tak lama selepas perbualan itu, bapanya bertemu pemuda tadi dalam keadaan terpinga-pinga. Dipercayai baru bangun dari tidur. Insiden ini mengundang pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang menyokong bapa.. perlu bersangka baik, malah tak kurang pula yang mengecam.
Teguran, Jaapar Mubarak ini pedas tapi banyak betulnya. Mak ayah sila ambil cakna. Kerana, jika musibah anak hilang itu benar-benar terjadi. Siapa nanti yang paling rasa menyesal.
Kanak-kanak Perempuan Berjalan Sendirian, Nyaris Kena Langgar
Semalam viral kisah seorang kanak-kanak yang dilihat berjalan seorang diri di tepi jalan raya utama dan nyaris dilanggar dengan sebuah lori.
Cuma kali ini nasib kanak-kanak perempuan yang berusia sekitar 5 ke 6 tahun tersebut agak baik kerana ada seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi yang prihatin telah datang membantu.
Tujuan kanak-kanak itu berjalan keluar, dikatakan mahu mencari ibunya yang bekerja.
Bila ditanya di mana bapanya, kanak-kanak itu memaklumkan bapanya sedang tidur di rumah.
Ads
Dan seperti biasa ada segelintir netizen yang sentiasa bersifat husnuzon meminta orang ramai jangan mengecam bapa kanak-kanak perempuan tersebut.
“…mungkin ayahnya kerja shift malam dan siang kepenatan itu yang buat dia tertidur.”
Kemudian seperti mahu menyalahkan masyarakat sekeliling pula kerana tidak prihatin kerana membiarkan kanak-kanak itu keseorangan diluar kawasan perumahan.
Yang Salah Adalah Bapa Kepada Kanak-kanak Perempuan Itu
Sebenarnya tidak perlu nak babitkan perkara ini dengan orang lain.
Yang salah adalah bapa kepada kanak-kanak perempuan tersebut, yang terlalu lalai dan cuai.
Maka memang sepatutnya bapa kepada kanak-kanak tersebut dipersalahkan. Jelas sekali tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri sendiri.
Ads
Kalau berlaku perkara buruk takkan masyarakat pula yang mesti dipersalahkan?
Seorang bapa yang baik tidak sesekali membiarkan pintu pagar rumah terdedah begitu sahaja dan tidak akan membiarkan anak-anaknya keluar daripada rumah tanpa pengetahuannya.
Walaupun depan rumah ada orang tapi itu bukan masalah mereka untuk ambil kisah dan peduli dengan anak kau.
Semangat Kejiranan Sebenarnya Masih Kuat
Zaman sekarang bukan jiran sebelah rumah tidak mahu ambil peduli cuma adakalanya orang tidak mahu masuk campur tangan dalam urusan orang lain.
Niat jiran itu baik, tapi seringkali juga disalah tafsir sebagai jiran yang busybody.
Ads
Semangat kejiranan sebenarnya masih lagi kuat.
Tidak lah terlalu mementingkan diri sendiri malahan masih ramai lagi yang ringan tangan untuk menghulurkan bantuan jika diperlukan.
Cuma kalau boleh jangan ambil kesempatan daripada kebaikan jiran tetangga kita.
Beringat-ingatlah sebelum terkena.
Jangan sampai anak sudah hilang dibawa lari orang atau anak kau sudah hilang nyawa, baru kau nak menyesal dan meratap hiba.
Anak-anak kau adalah tanggungjawab kau bukan tanggungjawab orang lain.
Jaga anak-anak kau dengan baik. Jangan nanti sudah terantuk baru nak tergadah. Baler woii!
MW : Kecuaian ibu bapa juga boleh menyebabkan ibu bapa di hukum jika sabit kesalahan. Berdasarkan laporan terkini, pihak polis semalam telah membuka kertas siasatan yang mana kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 33 Akta Kanak-kanak 2001 (kesalahan kerana membiarkan kanak-kanak tinggal tanpa pengawasan yang berpatutan).
Ini sebenarnya kisah pengajaran untuk siapa pun yang bergelar ibu bapa. Agar tak ambil mudah dengan keberadaan anak-anak kita. Kena tahu, ke mana dia pergi dan dengan siapa dia keluar.
Anak Malaysia lepasan MRSM Ulul Albab ini, Fakhirah Khairuddin. Berjaya bekerja sebagai jurutera di Tesla iaitu sebuah syarikat peneraju kereta elektrik dunia dan tenaga bersih di Amerika Syarikat (AS).
Bekas pelajar MRSM Ulul Albab, Kota Putra Terengganu kini menetap di Fremont, California. Haa.. bukan calang-calang anak muda ya.
Sebagaimana yang dikongsikan oleh Dr Zulkifli Hussain, kidah Fakhirah ini boleh dijadikan inspirasi untuk yang lain.
Lepasan MRSM Ulul Albab, Jurutera Di Tesla
FAKHIRAH KHAIRUDDIN BEKAS PELAJAR MRSM KOTA PUTRA (ULUL ALBAB) : JURUTERA DI TESLA USA
Ada sahabat bertanya pada saya, pelajar MRSM Ulul Albab ni selalunya kerja dalam bidang apa? Jadi ustaz/ustazah ke? Saya ketawa kecil. Mai sini nak story… hehe
Sebelum tu, make sure korang baca sampai habis. Oh ye. Like dan share sekali, moga² story ni memberi inspirasi buat anak-anak kita semua nanti. Insya Allah!
Penubuhan MRSM Ulul Albab bertujuan melahirkan pelajar MRSM yang bercirikan mukmin professional.
Matlamat untuk melahirkan pelajar MRSM yang mengikuti bidang STEM (science, technology, engineering & mathematics) masih terguna pakai di MRSM Ulul Albab tetapi lebih daripada itu kita cabar anak-anak ini untuk menghafal dan menghayati al-Quran sebagai amalan harian.
Jurutera Yang Di ‘Dadanya’ Ada Al-Quran
Maknanya, kalau pelajar bergelar seorang jurutera, dalam masa yang sama dalam dada mereka ada al-quran. Setiap kerja yang dilaksanakan sebagai jurutera disulam dengan kesedaran ketuhanan yang tinggi.
Harapannya begitu la… Tetapi ini tidak bermakna jurutera yang tidak belajar di MRSM Ulul Albab tiada kesedaran ketuhanan pula.. MRSM Ulul Albab adalah merupakan platform yang disediakan untuk memenuhi harapan tersebut.
Sesungguhnya, semua yang baik semuanya daripada Allah swt.
Post kali ini saya bahawakan satu contoh pelajar MRSM Ulul Albab yang berjaya menjadi jurutera di sebuah syarikat gergasi di Amerika Syarikat iaitu TESLA. Kejayaan pelajar ini untuk bergelar jurutera di TESLA adalah sedikit sebanyak memjawab soalan daripada sahabat saya tadi.. hehehe
Apa Itu TESLA
TESLA itu syarikat apa? TESLA ini syarikat besar yang menghasilkan kereta elektrik dan solar yang berpangkalan di California USA. Nak tahu lebih lanjut tentang TESLA, saya lampirkan video ringkas untuk memberi gambaran yang lebih jelas. https://lnkd.in/g3BR5ZQ
FAKHIRAH KHAIRUDDIN ini merupakan pelajar Batch Pertama MRSM Ulul Albab di Kota Putra. Setelah tamat pengajian di MRSM, beliau mengikuti BS Aerospace Engineering 19′, University of California San Diego (Tajaan MARA) dan kemudiannya MS Mechanical Engineering 21′, University of California San Diego (Tajaan University).
Dan sekarang sedang menetap di Fremont, California dan bertugas sebagai Technical Training Robotics Engineering Instructor di Tesla.
Tahniah FAKHIRAH KHAIRUDDIN atas kejayaan anda. Kami di Malaysia sentiasa mendoakan anda. Teruskan menabur bakti dan kepakaran walaupun di mana anda berada. Sesungguhnya anda adalah salah seorang produk MRSM yang sangat membanggakan. Semoga ilmu yang dipelajari sebagai pelajar MRSM Ulul Albab kekal tersemat dalam diri anda. InsyaAllah.
Awal pagi Jumaat ini, bersamaan 15 Ramadan negara kehilangan pendakwah terkenal, Datuk Ustaz Ismail Kamus yang menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 72 tahun.
Allahyarham meninggal dunia jam 12.30 pagi Jumaat di kediamannya di Ampang.
Beberapa insan hebat ini juga bertemuNya pada penghulu hari iaitu Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Almarhum Tuan Guru Datuk Dr Haron Din.
Sebagaimana yang dicatatkan oleh Ustazah Asma Harun, “Mereka dipilih Allah untuk kematian yang begitu indah kerana saat hidup mereka memilih berjuang kerana Allah dan Agama Allah, mengatur jadual hidup dengan mengutamakan temujanji dengan Allah, akhirnya kembali dan bertemu Allah dengan cara terindah.. Allahu Akbar..”
20 Jadual Harian Allahyarham Datuk Ustaz Ismail Kamus
Jadual harian yang disusun Allahyarham Tuan Guru Dato Ustaz ISMAIL KAMUS.
1. Bangun Malam (sekitar jam 3 pagi) - Mandi dan ambil wuduk
2. Solat Sunat Wuduk.
3. Solat Sunat Taubat.
4. Solat Sunat Tahajjud (8 rakaat).
5. Solat Sunat Hajat (mintak Allah makbulkan permintaan kita, bila-bila masa kita mintak).
6. Solat Sunat Witir 3 rakaat.
7. Istighfar
( أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْه ) 100X
8. Tahlil ( لاَ إِلَهَ إِلَّاالله ) 300X
9. Baca Doa Nabi Yunus
( لاَإِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَا نَكَ إِنِّيْ كُنتُ مِنَ الظَّا لِمِيْنَ ). 40x
10. Tasbih 40x
( سُبْحَانَ اللَّهِ وَ الْحَمْدُ لِلَّهِ وَ لاَ اِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَ اللَّهُ أَكْبَرُ ) 40X
11. Solat Sunat Fajar.
12. Solat Subuh.
13. Baca Yaassin lepas subuh.
14. Solat Sunat Dhuha 6 rakaat.
15. Solat Zohor. - Solat sunat sebelum - Solat sunat selepas
16. Solat Asar. - Solat sunat sebelum
17. Solat Maghrib. - Solat sunat selepas
18. Solat Isya’ - Solat sunat sebelum - Solat sunat selepas
19. Sebelum tidur baca : - Al-Quran - surah Al-Mulk - surah Sajjadah - surah Al-Waqiah
20. Setiap hari mesti sedekah, walaupun sedikit.
“Di dunia bukan tempat untuk berehat, tetapi tempat untuk beribadat.” – Ustaz Ismail Kamus
Sewaktu hayatnya, Datuk Ustaz Ismail Kamus tetap menunaikan solat berjemaah dan solat tarawih walaupun uzur. Kredit foto : Penang Kini
Apabila Allah Tak Perlukan Kita Sebagai HambaNya..
Kata Ulama, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi :
√ Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia.
√ Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak.
√ Allah akan sibukkan kita dengan urusan perniagaan.
√ Allah akan sibukkan kita dengan harta.
√ Allah akan sibukkan kita dengan mencari pengaruh pangkat dan kuasa. √ Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan. Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia. √ Tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah SWT. Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT. √ Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu dan amalan orang lain lebih daripada kita. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain bangun disepertiga malam untuk solat tahajjud. √ Kita cemburu melihat orang lain tukar kereta baru, tetapi jarang kita cemburu melihat orang lain boleh khatam Al-Quran sebulan 2 kali. √ Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman apabila duit, pangkat dan harta mengatasi segalanya. √ Kita patut bermuhasabah mengenai bekalan ke satu perjalanan yang jauh yang tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya. √ Sesungguhnya mati itu benar, alam kubur itu benar, pertanyaan munkar dan nakir itu benar, mahsyar Allah itu benar, syurga dan neraka itu benar.
Tazkirah hati
C&P #Share ilmu ini untuk peringatan semua. #UAHSahabatDuniaAkhirat #SahabatICarePrihatin
Sebelum ini Mingguan Wanita pernah berkongsi kisah Umur 73 Tahun, Wanita India Selamat Lahirkan Bayi Kembar Perempuan!. Meskipun telah memasuki usia warga emas, hasrat dan impian untuk bergelar mak dan ayah tak pernah padam mahupun putus asa. Usaha dan kegigihan pasangan suami isteri lanjut usia dari India untuk menjadi mak dan ayah, akhirnya menjadi kenyataan.
Namun demikian, terkini dilaporkan pasangan ibu bapa tertua di dunia tersebut telah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di Andra Pradesh, India, seminggu selepas si isteri melahirkan anak kembar pada usia 73 tahun, 5 September lalu.
Bayi kembar perempuan yang sihat dan selamat dilahirkan. Kredit foto: India Photo Agency/SWNS
Belum sempat mencurah kasih pada anak-anak tersayang yang pertama kali dilahirkan secara pembedahan, pasangan ini telah jatuh sakit. Mangayamma Yaramati mengalami angin ahmar sejurus selepas bersalin, manakala suaminya Sitarama Rajarao, 82, mengalami serangan jantung.
57 Tahun Menanti Cahaya Mata
Pasangan itu berkahwin pada 1962 dan menunggu selama 57 tahun sebelum dikurniakan cahaya mata menerusi kaedah persenyawaan luar rahim atau in-vitro (IVF) yang disifatkan sebagai keajaiban dalam dunia perubatan.
Dr Sanakayyala Umashankar yang merawat pasangan itu berkata, Mangayamma dimasukkan ke ICU kerana tekanan selepas melalui proses bersalin selama tiga jam dan ditempatkan di unit itu sejak lebih seminggu lalu.
MW: Bersalin lewat usia apatah lagi pada usia warga emas memang mempunyai risiko yang tinggi. Ditambah faktor kesihatan yang tidak menentu. Semoga pasangan warga emas ni diberi kesihatan yang baik dan berpeluang mencurah kasih pada anak-anak yang dilahirkan.
Pelajar tingkatan tiga jatuh asrama kritikal, ibu rayu doa orang ramai anak kembali pulih. Tiada yang lebih menyakitkan daripada melihat darah daging sendiri terbaring...