Tidak bersyukur dan rasa diri hebat sampai tak malu untuk mencari dan menduakan pasangan. Sungguh menyedihkan. Apa lagi yang rasa tidak cukup dalam rumahtangga.
Kadang-kadang timbul perasaan geram dan marah bila dengar cerita seperti ini, pasangan mula cari lain. Baik yang dah ada pasangan atau ada yang ganggu rumahtangga orang lain.
Inilah yang dikatakan jenis tak malu dan terhegeh-hegeh. Jangan nak salahkan pasangan sebab kalau bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi. Melayan sampai terlayan.
Kupasan daripada Firdaus Syakirin ini ada betulnya. Letakkan sifat malu dalam diri. Bersyukur dengan apa yang kita ada dan jadikan lebih baik lagi.
Dah ada pasangan pun masih nak menggatal dengan orang lain, masih nak mendekati orang lain, masih nak berkasih sayang dengan orang lain, masih nak mesra alam dengan orang lain, maka dia jenis yang tak malu.
Dia tak malu pada Allah, dia tak malu pada mak bapak dia, dia tak malu pada pasangan dia, dia tak malu pada anak-anak dia…
Kalau dia malu, dia akan tahu jaga batas pergaulan dia, perbuatan dia…
Dia tahu status dia, dia tahu dia tu siapa, maka dia tahu yg dia tak perlu untuk buat perkara-perkara yang boleh menyakiti hati orang-orang sekeliling dia, dia tak perlu untuk buat perkara-perkara yang boleh membuatkan Allah murka dan tak redha dengan dia…
Baik lelaki atau perempuan, dua-dua kena ada sifat “malu”…
Ads
Malu untuk bergaul berlainan jantina tanpa sebab musabab yang kukuh, yang dibolehkan…tak ramai dah yang masih ada sifat malu sekarang ini…
Banyak yang DAH TAK MALU…
Dia tak hairan pun orang tu dah kawin ke tak, dia tak fikir pun orang tu dah ada anak-anak ke tak, kalau dia nak try, klu dia tertarik, maka dia pelan-pelan mendekati, membuka ruang nak mengambil peluang…
Yang ada pasangan, ada anak-anak pula, dia tak hairan pun perasaan pasangan dan pandangan anak-anak dia…kalau dah angau, dah nak, dia tetap tak boleh kawal diri dia…
Ads
Tak ada kemaluan untuk jenis yang tak malu ni kerana dia tak fikir yang perbuatan dia tu mampu memberi kesan kepada orang lain, mampu menyusahkan orang lain dan menghancurkan hidup orang lain…
Mingguan Wanita : Sedih bila melihat pasangan yang selama ini hidup bahagia tapi porak peranda kerana orang ketiga. Mana silapnya?
Ada sesetengah suami cukup sensitif dengan gelaran ‘geng takut bini’. Kononnya, kalau nampak suami buat kerja rumah, adalah suara sinis dan sindiran.
Mungkin orang dulu-dulu bolehlah dikatakan ada yang tergolong geng takut bini sebab hanya suami seorang yang bekerja dan segala urusan rumah bergantung pada isteri. Suami dianggap raja. Tapi, keadaan sekarang sudah berubah.
Isteri turut sama bekerja dan membantu suami untuk tambahkan kewangan keluarga. Jadi, memang patut suami tolong isteri buat kerja rumah. Barulah sama-sama berkongsi rasa dalam rumahtangga.
Perkongsian daripada Firdaus Mokhtar ini ada betulnya. Rumahtangga adalah tempat untuk berkongsi. Jangan harapkan segala kerja rumah di bahu isteri. Suami kenalah sama-sama tolong.
Dulu masa kecil, saya selalu tertanya-tanya kenapa abah selalu buat kerja rumah. Antara yang selalu abah buat ialah basuh kain. Dia akan basuh semua kain baju dan sidai siap.
Walau pun basuh guna mesin basuh, tapi mesin basuh yang semi auto tu. Bukan macam kita sekarang, automatik penuh. Masukkan baju, letak sabun, mulakan mesin tahu-tahu sudah sahaja nanti.
Mesin semi auto ni kena bilas kainnya. Dah siap basuh, keluarkan air basuhan, bilas satu satu baju yang dibasuh, masukkan ke bahagian spin untuk keringkan. Begitulah selalu saya tengok abah buat.
Ada juga banyak waktu lain, saya tengok abah vakum rumah. Daripada bilik tidur utama, membawa pula ke bilik anak-anak, ke bilik tetamu juga, sudahnya di ruang tamu yang besar.
Basuh pinggan dan kemas dapur juga selalu abah buat. Cuma masak sahaja tak selalu, mungkin tak mahir ke situ. Tapi kerja rumah lain, banyak kali saya tengok abah buat.
Dan setiap kali abah buat tu, bukannya waktu ummi bekerja. Waktu yang sama ummi ada di rumah. Tapi ummi pastinya sedang buat kerja lain lah.
Abah sedang basuh kain baju, ummi memasak. Abah asyik vakum rumah, ummi sedang
kemaskan almari baju kami adik-beradik lelaki ni. Entah macam mana berteraburnya.
Oh ya, abah dulu ada buat kolam ikan depan rumah. Itu semacam satu terapi buat dia. Tenang mungkin bila dengar bunyi air kolam dengan puluhan ikan koi yang berenang-renang tu kan. Jadi ada masa kena bersihkan kolam pula.
Saya pelik dulu sebab selalu dengar tugas buat kerja rumah ni tugas mak mak. Bukan kerja ayah ayah. Kalau ayah buat kerja macam-macam ni, sebab mak garang. Tapi saya diamkan sahaja.
Bila dah besar ni baru lah saya faham. Iya, bila dah berumahtangga ni. Rupanya bukanlah isu geng ayah takut geng mak.
Rupanya perkahwinan ini kuncinya ialah berkongsi. Berkongsi hati dan segalanya. Bila kita dah jadi suami isteri, semua benda kita kena kongsi antara suami dan isteri.
Kongsi perasaan, kongsi rasa, kongsi harta, duit, anak dan macam macam lagi. Antara yang utama, kongsi masa yang kita ada.
Kawan-kawan, kita masing-masing cuma ada 24 sehari. Tak ada yang lebih. Jadi rumahtangga kita juga sama, cuma ada 24 jam sahaja.
Jadi 24 jam ini lah yang kita kongsi. Dulu abah dan ummi sama-sama kerja. Abah kerja waktu tetap, ummi kerja kilang jadi ada shift kerja. Maka berdepan masa kerja dan waktu duduk rumah inilah mereka berbahagi tugas.
Kalau harapkan seorang sahaja buat kerja rumah, mesti tak terkejar. Bayangkan kalau isteri seorang buat kerja rumah semua, suami asyik keluar melepak jumpa kawan-kawan. Balik harap semua benda selesai, tak jadi juga.
Hidup suami isteri dah tak boleh ada sikap ‘masa aku, aku yang susun. Masa kau, kau buat sendiri’. Sebab 24 jam itulah yang kita kongsi sama-sama.
Waktu di tempat kerja tak apa lah kita nak letak masa kita sendiri, waktu di rumah nanti kita kena letak masa itu kita dan pasangan kita yang punya. Tambahan pula masa dalam hari bekerja berapa jam sahaja kita ada di rumah dengan keluarga.
Tambah tolak waktu kerja dan tidur, mungkin tinggal 6-7 jam sahaja. Sedangkan tugasnya banyak. Nak kena masak, jaga anak, tengok anak belajar buat kerja sekolah, nak iron baju sekolah anak, waktu nak makan sama-sama, nak solat jemaah sama, nak tengok tv pula, anak kecil ajak main, baju nak kena basuh, nak mandi bersihkan diri, tidurkan anak-anak.
Pheww. Banyak tak sebut lagi tu. Ini belum kita sebut kalau ada pasangan yang sedang demam. Sakit dan tak larat nak buat kerja.
Maka, berkongsilah masa yang ada. Kena ada timbang rasa dan tolak ansur. Kena susun mana keutamaan dalam masa-masa yang berbaki dalam sehari.
Kadang sebab tak dapat letak masa dengan betul, pasangan akan rasa kita tak ada dengan dia. Kita memang rasa ok sahaja, ada je dekat rumah. Tapi waktu waktu penting dan melelahkan dia tu, kita tak ada. Momen yang setengah jam itu dia akan rasakan semua kerja rumah dia buat.
Sebab apa? Sebab kita tak selalu ada untuk uruskan sedikit hal penting bersama dengan pasangan kita.
Begitulah.
Mingguan Wanita : Isteri pun kerja untuk bantu suami. Jadi, tak salah pun suami tolong isteri buat kerja rumah. Sekurangnya, ringanlah tugas isteri dan isteri pun tak stres.
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
“Ibu terlantar, separa koma selepas dilanggar.” Anak nekad korbankan masa depan, berhenti kerja demi menjaga ibu tercinta.
Ternyata pengorbanan ini syurga balasannya, tidak semua anak sanggup melepaskan kerja, seterusnya menguruskannya ibu. Apatah lagi bagi seorang anak lelaki.
Seorang anak berkorban masa depan dan berhenti kerja bagi menjaga ibu yang terlantar akibat kemalangan, sejak lima tahun lalu.
Menurut Mohamad Haziq Naim Fauzi, 24, yang juga anak sulung daripada dua beradik itu, ibunya, Tuan Zainani Tuan Lah, 52, terlantar dan separa koma selepas dilanggar oleh sebuah motosikal pada Januari 2017.
Tambahnya, ibunya dilanggar motosikal ketika pergi membuang sampah di hadapan kedai makan milik ibunya di Tunjong.
“Ibu dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian selama tiga bulan dan menjalani pembedahan membuang tempurung kepala kerana mengalami pendarahan.
“Sehingga kini, ibu terlantar dan separa koma serta tidak memberi sebarang reaksi apabila dipanggil,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Sireh, Kampung Sireh, Kota Bahru, Kelantan.
Menurut Mohamad Haziq, sejak kejadian itu, dia membuat keputusan drastik berhenti kerja di sebuah kedai serbaneka kerana mahu memberi sepenuh perhatian kepada ibunya.
Beliau juga mahu adiknya, Nik Nunisha Damia Fauzi, 20, menumpukan perhatian pada pelajaran dan meneruskan pengajian sehingga ke peringkat universiti.
“Alhamdulillah, setakat ini adik saya turut membantu menjaga ibu walaupun dia masih menuntut di Tingkatan Enam.
“Kami bergilir-gilir menjaga ibu. Jika saya ada urusan, adik akan jaga ibu dan begitu juga sebaliknya. Kami tidak pernah meninggalkan ibu sendirian kerana ibu memerlukan penjagaan rapi dan perlu menyedut kahak dalam tempoh beberapa kali dalam masa satu jam bagi mengelakkan pernafasan ibu terganggu.
“Ibu juga perlu diberi minum susu khas setiap empat jam atau lima kali sehari,” katanya.
Jelas Mohamad Haziq, dirinya sekeluarga bersyukur kerana masih mampu menampung keperluan ibu.
Malahan, ibunya turut menerima pencen ilat daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sebanyak RM1,200 sebulan, selain bantuan susu dan lampin pakai buang setiap bulan.
“Dengan wang itu, dapatlah kami membeli segala keperluan ibu dan bersyukur kerana kehidupan kami agak baik.
“Saya berhasrat untuk berniaga secara dalam talian kerana mahu memberi lebih masa kepada ibu,” katanya.
Mingguan Wanita : Begitulah kasihnya seorang anak kepada ibunya. Semoga ibunya kembali pulih dan urusan anak anaknya dipermudahkan Allah SWT.
Tasha & bayi 3 bulan positif, menerusi perkongsian menerusi Instagram Stories Tasha Manshahar, 29, berkongsi diri dan bayinya, Mateen Rizqi yang berusia tiga bulan kini positif Covid-19.
Isteri kepada penyanyi dan penyampai radio Zayan, Raqib Majid ini juga memaklumkan dia terlebih dahulu dijangkiti virus tersebut pada Ahad minggu lalu dan diikuti Mateen beberapa hari selepas itu.
Tasha dan bayinya kini menjalani kuarantin di rumah.
Berkongsi pengalamannya, Tasha menyatakan pada awalnya mengalami sakit tekak dan diikuti dengan sakit sendi dan hidung tersumbat. Manakala anaknya hanya bergejala ringan.
“Walaupun keputusan (ujian saringan) Mateen positif tadi, saya bersyukur dia dalam keadaan yang sihat dan tak ada simpton teruk,” ungkapnya.
Telah berusaha sebaik mungkin untuk menjaga bayinya daripada dijangkiti virus tersebut, namun akur dengan ketentuan Allah apabila Marteen turut positif.
“Banyak tau effort mommy nak jaga Marteen supaya tak kena Covid. SOP paling ketat sekali sampai tidur pun mommy pakai mask. Tak apalah, pengalaman itu berharga. ALLAH nak hapus dosa-dosa mommy, naikkkan darjat mommy.
“Berhari-hari tak cium Marteen langsung. Bila dapat saja result, terus peluk cium Marteen dah alang-alang sama-sama positif kan. Keluarlah juga air mata mommy,” sambungnya.
Walaupun pemilik nama sebenar Nur Nadia Natasha Mohd Manshahar dijangkiti namun Raqib dan anak sulung, Muammar Rafiqi, 3, didapati negatif dan tidak dijangkiti.
Biarpun hanya menjalani kuarantin di rumah, namun ia bukan sesuatu yang mudah buatnya apabila tidak dapat bersama suami dan anak sulung.
“Dengar macam kuarantin kat rumah dalam bilik, bukan ada apa pun. Tapi mental juga sebenatnya. Betullah orang kata, siapa yang pernah melaluinya sahaja yang faham.
“Menghitung hari bila dapat bersama semula dengan anak dan suami, itu yang paling menyakitkan buat saya. Mereka ada, tapi tak boleh dekat. Boleh dengar suara saja dari dalam bilik.
”Bila Muammar menangis, saya tak dapat pujuk. Masa makan paling sedih sebab selalunya saya yang suap dia makan. Kadang-kadang makan dalam biik ni, sampai menitik air mata rindu anak. Sekarang Muammar macam dah tak cari saya sangat, mungkin dah terbiasa. Lagi sedih tu.
“Kita nak semua orang sihat. Jadi kita kena sabar. Bila muhasabah balik, Allah tak tipu, memang dalam setiap ujian itu, Allah datangkan sekali dengan hikmah.
”Banyak sebenarnya. Kita saja nak pilih untuk merungut atau bersyukur,” luah Tasha.