
minum Spanish Latte
Ramai yang suka minum Spanish Latte dan order less sugar dengan niat nak kurangkan minum manis. Haaa… jangan ingat minum air kopi cara itu selamat walau sudah minta zero sugar.
Awas, tanggapan anda salah! Masih ada yang tidak tahu Spanish latte itu ada susu pekat? Kompenan dalam Spanish latte adalah espresso, susu segar, dan susu pekat manis.
Dalam susu pekat itu sendiri ada gula. Lebih baik pilih latte biasa. Latte tanpa tambah gula pun sudah sedap rasa lemak manis sebenarnya. Fresh milk itu sendiri ada gula semula jadi, laktosa.
Dalam segelas air yang konon less sugar itu ada lagi gula tersembunyi, jom belajar cara nak order air kopi di kedai tapi cut sugar:
Walaupun minta Less Sugar, susu pekat manis itu tetap ada.
Satu pump susu pekat = 12 gram sugar
Kalau nak rasa lemak-lemak tapi tidak mahu insulin spike, jangan ambil Spanish Latte.
Order Caffè Latte with Almond Milk + No Syrup.
Untuk lebih jelas, boleh baca perkongsian info daripada Dr. Mala
ini:Spanish Latte = 10 sudu GULA.
Matcha Latte = 8 sudu GULA
Siapa yang selalu minum itu? Mohon insaf. Macam mana tidak kena kencing manis.
Nak lagi sihat, lebih baik minum air kosong tetapi kalau nak rasa sedap dan ada rasa manis boleh tambah Vitamin C Effervescent yang perisa blackcurrant dalam air. Tiada gula, dan boleh bantu sokong sistem imun badan.
Kalau anda boleh berhenti makan dan hanya minum air kosong mula pukul 7 petang dan kemudian hanya makan kembali pada pukul 9 pagi hari esoknya, badan akan berterima kasih kepada anda. Jadikan sebagai rutin harian.
Jom ubah selagi ada masa!
Info: Akmal Hakim Hilman