Jangan biar ibu sendirian di dapur, usah lupakan ibu bapa di kampung. Ramadan datang lagi. Bulan yang penuh keberkatan ini bukan sekadar tentang menahan lapar dan dahaga, tetapi juga bulan untuk muhasabah diri dan memperbaiki hubungan terutama dengan ibu bapa.
Jangan Biar Ibu Sendirian Di Dapur
Namun, dalam kesibukan mengejar amal ibadah, ada satu perkara yang sering kita terlepas pandang iaitu peranan ibu di dapur dan ibu bapa di kampung. Bagi yang masih tinggal bersama ibu, ada satu kebiasaan yang sering berlaku. Ibu sibuk di dapur, anak-anak pula sibuk dengan telefon, televisyen, atau rehat di bilik.
Tanpa sedar, kita membiarkan ibu berhempas pulas menyediakan juadah berbuka seorang diri. Ramadan sepatutnya menjadi bulan untuk lebih menghargai ibu, bukan membiarkan mereka kepenatan seorang diri.
Bayangkan, sejak pagi ibu sudah sibuk mengurus rumah, kemudian masuk ke dapur untuk memasak makanan berbuka. Ketika azan Maghrib berkumandang, ibu mungkin belum sempat duduk berehat kerana masih menguruskan hidangan di meja. Sedangkan kita? Hanya tahu menanti makanan terhidang tanpa menghulurkan bantuan.
Jika kita benar-benar menghargai ibu, Ramadan ini cubalah buat sesuatu yang berbeza. Bangun lebih awal untuk membantu memotong sayur, mengacau lauk, atau sekadar mencuci pinggan selepas berbuka. Jangan tunggu disuruh, kerana ibu tidak selalu meminta, tetapi dalam diam mereka mengharapkan sedikit keprihatinan.
Usah Lupakan Ibu Bapa di Kampung
Bagi yang ibu bapanya jauh di kampung, Ramadan sepatutnya menjadi masa untuk lebih kerap bertanya khabar. Jangan biarkan mereka menanti panggilan yang tak kunjung tiba. Apalah sangat beberapa minit untuk menelefon ibu bapa, mendengar cerita mereka, bertanya tentang kesihatan dan keperluan mereka.
Ads
Jika ada kemampuan kewangan, cubalah cari jalan untuk menggembirakan mereka. Mungkin dengan mengirimkan sedikit wang, membelikan juadah berbuka, atau jika keadaan mengizinkan, pulanglah menziarahi mereka. Jangan hanya pulang ketika Aidilfitri, kerana kasih sayang ibu bapa bukan bermusim.
Ramadan bukan sekadar tentang solat dan puasa, tetapi juga tentang bagaimana kita melayani ibu bapa dengan penuh kasih sayang. Rasulullah SAW bersabda:
“Keredaan Allah terletak pada keridhaan ibu bapa, dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa.” (HR Tirmidzi)
Ads
Hadis ini jelas menunjukkan betapa besarnya kedudukan ibu bapa dalam kehidupan kita.
Ramadan adalah masa terbaik untuk kita berubah menjadi anak yang lebih baik. Jangan biarkan ibu kelelahan sendirian di dapur, dan jangan biarkan ibu bapa di kampung terasa dilupakan. Sesungguhnya, sekecil-kecil perhatian yang kita berikan kepada mereka, besar nilainya di sisi Allah.
Jika bukan sekarang kita menghargai mereka, bila lagi?
Suami isteri maut kemalangan jalan raya usai rakam foto hari raya. Sepasang suami isteri yang terlibat dalam nahas jalan raya di Kampung Merbau Kudung, Jalan Teloi Timur dipercayai baru sahaja selesai merakam gambar kenangan sempena Hari Raya.
Mangsa, Lokman Hakim Mohd Shukri, 23, dan isterinya, Intan Suraya Zaidi, 24, dikatakan baru pulang dari sesi fotografi di Parit Panjang, Baling, dan sedang dalam perjalanan ke kediaman mereka di Kampung Kuala Teloi Batu Lima ketika insiden berlaku.
Pemilik Bromie Studio, Muhammad Suhaimi Yahaya, 35, memaklumkan bahawa pasangan tersebut hadir ke studionya sekitar jam 11 pagi dan sesi fotografi berlangsung selama lebih kurang setengah jam.
Menurutnya, pasangan itu kelihatan sangat ceria dan gembira sepanjang sesi bergambar berlangsung.
“MEREKA NAMPAK TERUJA KERANA DAPAT GAMBAR RAYA YANG SIAP DICETAK HARI ITU JUGA. SAYA TURUT MENGHANTAR SALINAN GAMBAR KE TELEFON BIMBIT MEREKA YANG MENGGUNAKAN JENAMA IPHONE. SEMASA BERGAMBAR, MEREKA BANYAK KETAWA DAN SANGAT RIANG.
“Beberapa ketika kemudian, saya benar-benar terkejut apabila dimaklumkan mereka telah terkorban dalam kemalangan,” katanya.
Tambah Suhaimi, beliau pernah menjadi jurufoto untuk majlis perkahwinan pasangan tersebut pada Jun tahun lalu.
Katanya lagi, arwah berdua merupakan insan yang sangat baik dan kelihatan sangat bahagia.
“Saya tidak menyangka bahawa sesi kali ini merupakan kenangan terakhir mereka yang sempat saya abadikan,” ujarnya.
Difahamkan, kejadian tragis yang berlaku sekitar jam 4.16 petang itu melibatkan sebuah kereta Perodua Myvi yang dinaiki pasangan terbabit. Kenderaan tersebut dipercayai hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah lori muatan 10 tan.
Akibat perlanggaran itu, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Mak ayah didiklah anak-anak supaya hubungan adik beradik kekal rapat. Hubungan adik-beradik adalah satu ikatan yang sangat istimewa. Ia terbina sejak kecil dan jika dijaga dengan baik, akan kekal erat hingga ke akhir hayat.
Namun, dalam dunia yang semakin sibuk ini, kita sering melihat hubungan adik-beradik yang renggang disebabkan oleh pelbagai faktor seperti kesibukan kerja, masalah keluarga, dan juga pengaruh luar.
Sebagai ibu bapa, tanggungjawab kita bukan sekadar membesarkan anak-anak, tetapi juga memastikan mereka mempunyai hubungan yang baik antara satu sama lain. Hubungan yang erat ini bukan sahaja memberi kebahagiaan dalam keluarga, malah menjadi satu sokongan emosi yang sangat penting dalam kehidupan mereka di masa hadapan.
Berikut perkongsian daripada Puan Intan Dzulkefli ini.
Realitinya Dulu…
Kadang tak tahu apa puncanya, semasa kecil hubungan dengan adik beradik sangat rapat, tiada dengki di hati. Bila emak marah adik, abang menangis tanya emak, kenapa marah adik. Kesianlah adik.
Bila emak marah kakak, adik minta mak jangan marah kakak, mengaku salah untuk lepaskan kakak dari terus dimarah. Benda makan sedikit, tapi bila adik beradik minta sikit, tetap suapkan ke mulut mereka walau mulut mengomel tak mahu bagi.
Tidur sebantal, satu selimut, kalau kencing malam, bangun pagi sama-sama bau hancing.
Allahuakbar.
Bersihnya hati dan sucinya kasih sayang masing-masing.
Tak tahu kenapa bila besar, sudah kerja, sudah kahwin, semuanya jadi lain.
Entah sejak bila adik beradik jadi persaingan kita. Apa dia pakai, apa dia beli, kita nak jadi lebih dari dia. Semua jadi hal tak kena belaka. Dia kaya, dia celik sikit, kita rasa sakit hati pula.
Tak kurang yang lebih berjaya, yang lebih celik mula dah pandang adik beradik lain sebelah mata. Rasa mereka tak berguna, tak ada visi misi hidup, hidup tak ada perubahan.
Bila adik beradik nak datang meminjam duit atau minta pulangkan duit dibuat seperti musuh.
Bila kahwin, ada pula yang pakat buang adik beradik. Rasa cukup dah pasangan kita yang sweet dan keluarga mertua yang lagi bagus dari keluarga sendiri, tengok adik beradik sendiri pun rasa macam low standard.
Kadang ada emak ayah pun tiba-tiba juga jadi berubah setelah anak semua dewasa.
Mana yang pakai kereta besar, bagi salam ‘keruk’ lebih tebal, yang itulah dia paling puji dan sayang.
Yang kereta buruk, duit asyik tak cukup, anak cucu kulit kelabu asap dan tak gebu dikutuk keji, anak yang inilah asyik jadi bahan umpatan bila anak kesayangan lain balik ke kampung.
Entah sejak bila kasih sayang emak pun sudah tidak sesuci seperti kecil-kecil dahulu. Waktu itu mak pandang semua mata anak-anak dengan pandangan kasih, sayang sama rata.
Apabila melihat dan membanding beza keluarga yang masih dapat mengekalkan keikhlasan dan keutuhan silaturrahim sesama ahli keluarga dengan keluarga yang hancur bilau, dapat saya simpulkan antara rahsia mengekalkan hubungan baik keluarga adalah…
Ibubapa acknowledged kedudukan anak yang lebih tua. Jangan condemn abang/kakak depan adik-adiknya. Nanti boleh menyebabkan mereka hilang respect.
Bila anak berkumpul, pesanlah,
“Walau apa jadi, yang adik kena hormat yang lebih tua, walau nanti kau dah kaya, kau beli rumah banglo, emas bertimbun. Walau apa jadi, kena sayang adik beradik, dia tetap abang kau. Dia tetap kakak kau. Mak ayah tak ada, mereka akan ganti.”
Be kind to each other and always support each other. Always remember, your siblings are not your competitors.
Juga elakkanlah menjadi batu api apabila anak A meluah perasaan tak puas hati ke anak B. Jangan menyebelahkan sesiapa tanpa usul periksa.
Elakkanlah kutuk anak A bila duduk dengan anak B, kemudian bila dengan anak B, kutuk pula anak A. Dalam tak sedar, sikap ibubapa jenis beginilah yang membuatkan hubungan anak-anak menjadi keruh.
Ibubapa bijak ialah ibubapa yang main peranan menjadi ‘orang tengah’ untuk menyelesaikan permasalahan dan salah faham anak-anak. Bukannya dia menjadi punca anak bergaduh.
Tidak ada yang jadi tuan, yakni sekadar bersantai dan tunggu makan berhidang dan bersenduk sahaja sementara ada yang lain jadi amah tukang masak, tukang basuh pinggan, tukang segala tukang.
Kena buat sama-sama. Semua sama-sama buat.
Walau memang hakikatnya akan ada anak atau cucu yang lebih cantik, lebih petah, lebih bijak, lebih pandai mengaji. Semuanya sebab untuk mengelakkan mak ayahnya terasa hati.
“Tengoklah mak tu.. anak Long tu dipujinya, anak kita dukung pun tak, cium pun tak hingin. Macam ni malas la nak balik rumah mak. Mak bukan alukan kita pun.”
Confirm ada yang terasa hati begini. Hal yang bermula dengan sekadar terasa hati, akhirnya jadi pemakan tali kasih sayang.
Nampak abang hantar anak berderet minta mak jaga, dia lupa beri duit nafkah, ingatkan dia dengan cara baik.
Tengok adik duduk berpantang dengan mak tapi tak hulur duit dapur beli barang basah, ingatkan dia bahawa tanggungjawab suami untuk nafkah isteri walau isteri duduk tumpang rumah mak.
Adik perempuan juga jangan lupa ingatkan saudara lelaki untuk bayarkan zakat mak ayah jika keduanya telah uzur.
Ibu bapa dari kecil ingatkan anak-anak agar yang kena tegur perlu lapang dada apabila ditegur. Yang menegur pula sebab sayang, bukan sebab rasa diri bagus.
Ingatkan mereka agar jaga adab dan akhlak supaya hubungan tak retak.
Ingatkan anak-anak, untuk masuk syurga dan murah rezeki bukan hanya perlu buat baik kepada emak ayah, bahkan juga kepada adik beradik, yakni sentiasa menjaga silaturrahim.
DARI ABU HURAIRAH RA KATANYA : AKU MENDENGAR RASULULLAH SAW BERSABDA : “BARANGSIAPA YANG SUKA AGAR DIMURAHKAN REZEKINYA DAN DIPANJANGKAN UMURNYA, MAKA HENDAKLAH DIA MENGHUBUNGKAN SILATURRAHIM.” (HR BUKHARI & MUSLIM)
Family is where the life begin and love never ends. Never give up on your family and siblings.
Bila baca tulisan ini, jangan pula scan salah sesiapa melainkan untuk memperbaiki salah dan silap kita sendiri.
Kita tidak boleh mengubah orang lain, tetapi perubahan ini boleh dimulakan dengan diri sendiri dan didikan kita kepada anak-anak terlebih dahulu, In Sha Allah.
Isteri Edika Yusof fail cerai. Tiada angin tiada ribut tiba-tiba hari ini kecoh apabila isteri kepada suami contoh, Edika Yusof , Nor Hidayah Yusri, didakwa telah memfailkan perceraian terhadap suaminya pada pertengahan Februari lalu.
Untuk rekos kisah Edika yang setia menjaga Hidayah selepas isterinya lumpuh separuh badan sejak 16 tahun lalu menarik perhatian ramai.
Psangan itu mendirikan rumah tangga hampir 22 tahun dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nazirul Afiq, Fardeen Nasrulhaq serta Fereena Nurulhaq.
Seperti mana dipetik merusi Kosmo Online, hal itu disahkan sendiri oleh peguam yang mewakili Hidayah, Mohd. Yazid Hazim selepas menghadiri sebutan pertama kes berkenaan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.
“Untuk hari ini, hanya sebutan biasa bagi penyerahan dokumen. Sepatutnya pihak defendan (Edika) perlu hadir, namun kami menerima surat daripada pihaknya menyatakan tidak dapat hadir, mungkin atas alasan kerja dan sebagainya.
“Mahkamah telah menetapkan 23 April depan sebagai tarikh sebutan semula,” kongsinya.
Tidak Dedahkan Butiran Terperinci
Pada masa yang sama, Yazid tidak mendedahkan butiran terperinci.
“Sebab-sebab pemfailan tidak boleh didedahkan secara terperinci kerana bersifat subjudis kepada pihak defendan. Mungkin alasan-alasan itu akan dibentangkan berdasarkan arahan hakim pada 23 April nanti.
“Tetapi secara umumnya, punca penceraian adalah kerana tiadanya persefahaman antara plaintif dan defendan,” sambungnya lagi.
Manakala Hidayah pula tidak mahu mengulas lanjut tentang keputusan memfailkan perceraian.
“Semua tahu situasi dan keadaan saya. Kalau saya sudah sampai ke tahap pergi ke mahkamah, sudah tentu ada sebab yang sangat kukuh.
“Itu saja yang boleh saya katakan. Saya tak mahu memberi sebarang komen.
“Kalian boleh tanya pihak belah sana sebab saya tak mahu apa-apa keluar daripada mulut saya. Biar saya dengar dulu apa yang keluar dari mulut dia.
“Saya dan dia sudah tidak serumah, cuma tak perlulah saya kongsikan sejak bila,” kongsinya.