‘Jangan Basuh..’ Cara Betul Simpan Sayur, Kekal Segar Lebih Seminggu

Share

Seronok bila buka peti sejuk, penuh dengan sayur-sayuran pelbagai jenis. Rasa bahagia, sebab nanti itulah makanan yang akan buat anak-anak sihat.

Sayangnya nak simpan sayur banyak-banyak jadi halangan, sebab tak tahan lama. Suri ini, Maryam Salleh berkongsi tip simpan sayur agar kekal segar dan tahan lama.

Katanya, “Sebelum ni kan bila beli sayur dan terus simpan dalam peti ais tahan dua tiga hari jer, pastu kompom jadi buruk la, berair la dan cepat busuk

.”

Maklum lah takde ilmu pengurusan yang betul. Akhirnya saya jumpa cara yang berkesan dan dah seminggu sayur yang di simpan masih kekal segar cam baru beli di pasar.”

 

Cara Simpan Sayur Kekal Segar Lebih Seminggu

 

1. Basahkan tisu dan jadikan pelapik di dalam bekas. Sediakan bekas yang berpenutup untuk simpan sayur.

 

2. Jangan basuh sayur yang nak disimpan. Just potong sahaja dan masukkan ke dalam bekas. Masa nak masak baru basuh.


3. Setiap bekas tu ngam ngam untuk sekali atau dua kali masakan.

 

4. Kemudian tutup bekas dan simpan di dalam peti ais. Selepas seminggu pun kalian akan dapati sayur tersebut masih kekal segar seperti baru di beli.

 

Mungkin cara setiap orang tak sama, tapi kalau kalian nak cuba cara saya buat ni silakan, dan tolong SHARE dengan rakan-rakan yang lain ilmu ini. Semoga ramai dapat manfaat.

Harga Borong Bekas Plastik

 

Bekas plastik saya beli borong 50 pcs/ RM19.50 di NSK.

 

Sumber/Foto : Maryam Salleh, Bijak bisnes juga Bijak di dapur.

Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.

IKLAN