Jambu Batu Tabur Asam Kulit Limau, Selera Buat Mak-mak Yang Suka Makan Masam

Share

Mak-mak yang suka masam pasti suka yang amat makan jambu batu yang digaul dengan asam kulit limau ini.

Kalau sebelum ini anda jenis cicah dengan asam yang dah siap beli, rasanya resepi yang dikongsi Puan Nor Azlin Ahmad

ini lagi berselera. Ini mak-mak nak buat bisnes jual jambu batu asam kulit limau pun, lepas. Pasti laku keras!

Nah, sila cari bahan-bahannya dulu ya!

Jambu Batu Tabur Asam Kulit Limau

Bahan-bahannya:

Kulit limau
Sesudu gula

Mak-mak cuma perlu kisar kering dan tabur atas jambu yang dipotong nipis. Sedap… masam-masam manis gitu.

Kalau mak-mak tak nak masukkan gula pun OK, ikut tekak sendiri ya.

Kisar sampai hancur, ya.

Itulah hasilnya, memang mudah. Haaa… lepas ini mak-mak yang mengidam pun mesti suka, selesai puaskan anak tekak!

 

IKLAN