Berita

JAKIM Umum Keputusan UPKK 2025, Ini Cara Semakan Online

Share

Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) bagi tahun 2025 akan diumumkan pada 25 Februari 2026 (Rabu) jam 10.00 pagi.

Pengumuman rasmi ini dibuat oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), dan ibu bapa boleh mula membuat semakan secara dalam talian pada hari yang sama bermula jam 12.00 tengah hari.

Cara Semak Keputusan UPKK 2025

Semakan boleh dibuat melalui laman sesawang rasmi:

👉 https://semakan.islam.gov.my/

Ibu bapa perlu menyediakan maklumat berikut:

  • Nombor MyKid
  • Kad Pengenalan Khas
  • Nombor Angka Giliran calon

Pastikan semua maklumat disimpan lebih awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan ketika proses semakan dibuat.

Baca juga: Ibu Berkorban Demi Anak SPM, Banjir Shah Alam Paksa Mereka Tidur Di Hotel Demi Hari Peperiksaan

Bila Slip Keputusan Boleh Diambil?

Slip keputusan UPKK 2025 boleh diperoleh di sekolah masing-masing mulai:

26 Februari 2026 (Khamis)

Namun begitu, pengambilan adalah tertakluk kepada ketetapan pihak sekolah.

Peranan Ibu Bapa Ketika Anak Menunggu Keputusan

Menunggu keputusan peperiksaan pastinya mendebarkan, bukan sahaja untuk anak-anak, malah ibu bapa juga.

Apa pun keputusan yang diterima nanti, ibu bapa disarankan untuk:

  • Tidak membandingkan anak dengan rakan sebaya

  • Menghargai usaha yang telah dilakukan

  • Memberi sokongan emosi yang positif

UPKK bukan penentu mutlak masa depan anak, tetapi ia adalah salah satu proses pembelajaran yang membentuk disiplin dan kefahaman agama mereka.

Sokongan dan doa ibu ayah jauh lebih bermakna daripada sekadar gred di atas kertas.

Sumber: JAKIM

Published by
Farhana Syahirah