JAKIM sahkan Bungkus Kaw-Kaw, Dolly Dim Sum, Johnny’s Restaurant antara 6 restoran tiada sijil halal. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) semalam mengeluarkan satu surat rasmi yang memaklumkan, lima penyediaan makanan terdiri dari Bungkus Kaw-Kaw, Dolly Dim Sum, Johnny’s, Black Canyon dan Mr Dakgalbi bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah bagi premis makanan / minuman.
JAKIM menerusi Bahagian Pengurusan Halal menjawap isu ini yang ditanya melalui Borang Laman Web.
Semakan mendapati ke lima-lima restoran makanan yang sentiasa dikunjungi rakyat Malaysia ini Bukan Pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah bagi premis makanan / minuman.
Isu halal bagi kelima-lima restoran ini dikongsikan di facebook oleh Dr Zahiruddin Abdul Rahman di laman sosialnya dan dalam masa sejam setengah ia telah disyer oleh ribuan pengguna media sosial.
Ads
Mungkin ini adalah sebagai panduan untuk umat Islam dan selebihnya adalah terletak kepada keinginan seseorang itu sendiri. Jika hendak diukur kepada sijil halal, mungkin ramai yang bertanya “makcik jual nasi lemak tepi jalan ada sijil halal ke?. Apa pun semuanya terletak pada hati kita sendiri. Jawapan itu ada pada hati kita.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Pelajar cemerlang daftar universiti bawa barang guna guni dibantu, Menteri Pendidikan titip kata semangat “Fly High Stand Tall Rafida…”. Tidak semua anak-anak dilahirkan dalam keluarga kaya dan senang. Perlu melalui kesusahan hidup. Namun ramai berjaya mengubah hidup dan keluar dari kepompong kemiskinan dengan berjaya dalam pendidikan.
Kisah seorang pelajar cemerlang, Rafida Zaiddin yang menggunakan guni membawa barangan peribadinya ketika mendaftar di Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru ini mendapat perhatian dari Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Terkesan dengan kepayahan dilalui remaja berasal dari Sandakan, Sabah yang mendaftar ke universiti dengan hanya membawa barangan dalam guni sahaja, dirinya telah menghubungi sendiri Rafida dan berjanji akan membantu serta merta semua urusan kewangan dan keperluan remaja terbabit bagi meneruskan pengajian.
Menggelarkan dirinya YB Mom, dirinya berkongsi rasa kenapa mengambil sikap pro aktif terus membantu pelajar cemerlang berkenaan.
Di facebook rasminya, Fadhlina Sidek menulis, “bagaimana isu Rafida ini sangat dekat di hati saya? Kerana ketika hari yang sama saya turut menghantar anak sulung saya ke universiti katanya yang memuat naik emoji menangis.
Tambah YB Mom ini,
“Rafida, anak yang cerdik. Berasal dari bumi bertuah, Sandakan. Keputusan peperiksaan beliau di Matrikulasi Labuan sangat membanggakan. Sedang mengikuti pengajian perakaunan di UMS.
“Bagaimana isu Rafida ini sangat dekat dihati saya? Kerana ketika hari yang sama saya turut menghantar anak sulung saya ke Universiti.
Dalam pada itu, Menteri Pendidikan ini turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak khususnya, Setiausaha Politik Ketua Menteri Sabah, Cikgu Rahman dan rakan saya Dr Abdullah Bade, pensyarah UMS yang telah melaporkan keadaan anakanda Rafida Zaiddin,” katanya.
Desas desus keretakan rumahtangga Fazura dan Fattah Amin nampaknya sudah terungkai apabila Nur Fazura Sharifuddin memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, hari ini.
Memetik Berita Harian, sumber yang mengesahkan perkara itu bagaimanapun tidak mendedahkan butiran terperinci mengenainya.
“Iya, Fazura sudah failkan perceraian sebelum tengah hari tadi. Dia tidak hadir ke mahkamah, sebaliknya, urusan memfailkan perceraian itu dibuat peguam yang mewakilinya.
“Buat masa ini, punca perceraian tidak didedahkan,” katanya kepada media.
Desas desus isu keretakan rumah tangga Fazura, 41, dan Fattah, 33, hangat diperkatakan dalam media sosial apabila mereka dikatakan sudah tidak lagi meninggalkan komen atau tanda suka dalam hantaran di akaun masing-masing.
Tidak cukup itu, kisah rumah tangga Fazura dan Fattah dibincangkan di sebuah laman sembang hingga menarik perhatian netizen.
Ada netizen dilihat mempertahankan pasangan selebriti itu dengan menyatakan mereka tidak perlu mempamerkan kebahagiaan dalam gelanggang media sosial.
Ketika ditemui media pada majlis pelancaran Koleksi Merdeka 2024 Prospec KPM X Fazura di sini, pada 22 Julai lalu, Fazura bagaimanapun menafikan spekulasi rumah tangga bergolak, sambil menjelaskan hubungannya dengan Fattah baik-baik sahaja.
Fazura dilapor menjelaskan, dia dan Fattah bahagia dan gosip mendakwa rumah tangga bermasalah hanyalah andaian semata-mata. Fazura dilapor berkata, dia dan Fattah sepakat tidak menunjukkan kebahagiaan dalam media sosial bagi menghormati isu Palestin dan penderitaan yang dialami saudara Islam di sana.
“Bukan setakat gambar bersama Fattah, malah gambar bersama anak, Fatima pun saya fikir panjang sebelum kongsi dalam media sosial.
“Jadi, kalau ada spekulasi mengatakan rumah tangga kami bermasalah, itu memang tidak betul. Saya dan Fattah okay sahaja,” katanya.
Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
Dalam kehidupan ini, setiap anak pasti menginginkan yang terbaik untuk ibu bapa mereka, sama ada semasa mereka masih hidup ataupun setelah mereka meninggal dunia.
Salah satu cara paling bermakna dan penuh dengan keberkatan untuk menunjukkan kasih sayang dan penghormatan kepada ibu bapa yang telah pergi adalah dengan mengirimkan saham akhirat kepada mereka melalui amalan wakaf.
Sebenarnya apakah yang dimaksudkan dengan wakaf? Wakaf merujuk kepada tindakan menderma harta, seperti tanah, bangunan, atau wang, untuk manfaat awam secara berterusan, di mana manfaat dari harta tersebut akan digunakan untuk tujuan kebajikan selagi harta tersebut kekal. Amalan ini memberikan banyak kebaikan, baik dari segi agama, sosial, mahupun ekonomi.
Wakaf juga dikatakan sebagai ‘ladang untuk mengumpul saham akhirat’. Bayangkan jika kita mewakafkan sebidang tanah untuk pembinaan masjid atau sekolah. Setiap kali masjid itu digunakan untuk solat atau sekolah itu digunakan untuk mendidik anak-anak, pahala akan terus mengalir kepada kita, selagi manfaatnya dirasai oleh orang lain.
Wakaf adalah satu bentuk pelaburan yang tiada bandingannya di dunia, kerana ia berterusan memberikan pulangan pahala walaupun kita sudah tidak lagi berada di dunia ini.
Wakaf juga merupakan hadiah paling berharga yang boleh kita berikan kepada ahli keluarga yang telah meninggal dunia. Ramai di antara kita mungkin merasa kehilangan apabila orang yang kita sayangi meninggalkan dunia. Salah satu cara untuk terus memberi manfaat kepada mereka adalah dengan mewakafkan sesuatu atas nama mereka.
Sebagai contoh, jika ibu bapa kita telah meninggal dunia, kita boleh mewakafkan sebidang tanah, sebuah telaga, atau sebahagian harta yang kita miliki dengan niat supaya pahala yang diperoleh daripada wakaf tersebut disedekahkan kepada mereka. Ini adalah salah satu cara, tanda kita terus menghormati dan menyayangi mereka, walaupun mereka sudah tiada.
Salah satu kelebihan terbesar wakaf adalah ganjaran pahala yang berterusan. Nabi Muhammad SAW bersabda,
“Apabila mati seorang anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, atau doa anak yang soleh.” (Hadis Riwayat Muslim).
Ini bermakna, wakaf adalah satu amalan yang akan terus memberikan pahala kepada pewakaf walaupun setelah mereka meninggal dunia. Harta yang diwakafkan akan terus memberi manfaat kepada orang lain, dan selagi manfaat itu diterima, pahala akan terus mengalir kepada pewakaf.
Wakaf secara umumnya mendidik umat Islam tentang pentingnya tanggungjawab sosial. Dengan mewakafkan harta, individu diajar untuk berfikir tentang kepentingan jangka panjang dan bagaimana mereka dapat memberi sumbangan yang berterusan kepada masyarakat. Ini memupuk nilai-nilai kemanusiaan seperti keprihatinan, kedermawanan, dan kesedaran sosial, yang merupakan inti pati ajaran Islam.
Persoalan ini sememangnya menjadi pertanyaan di kalangan masyarakat yang masih ‘hijau’ dalam soal wakaf ini. Terdapat pelbagai cara untuk berwakaf, antaranya melalui kaunter-kaunter PPZ-MAIWP, potongan wakaf bulanan, ejen-ejen yang dilantik atau lebih mudah, layari wakafppz.com.my
Melalui laman web tersebut, akan diberikan pilihan untuk memilih jenis wakaf yang ingin ditunaikan. Antara jenis wakaf yang biasanya ditawarkan termasuk wakaf tunai, wakaf hartanah atau wakaf projek tertentu seperti pembinaan masjid, sekolah, atau hospital. Pilih jenis wakaf yang diinginkan untuk memahami tujuan dan manfaat wakaf tersebut.
Lebih istimewa, setiap jumlah wakaf yang ditunaikan oleh individu atau syarikat juga berpeluang menikmati potongan cukai sehingga 10% daripada pendapatan agregat yang diperakui LHDN!