Sekarang ini sudah masuk musim bersunat dan pastinya ramai mak-mak mencari tip nak jaga luka bersunat bagi cepat sembuh. Selalunya selepas 2 minggu, luka bersunat akan kering dan ada yang boleh terus pakai seluar. Tetapi ada juga yang tidak berpantang betul-betul hinggakan bentan.
Jadi untuk mengurangkan kerisauan mak-mak yang ada anak lelaki yang nak bersunat, boleh ikut 9 nasihat daripada Doktor Khairul Faizie Mohammad Kamar yang berpengalaman jaga anak lelakinya sendiri.
“Saya dah jumpa ramai budak yang sudah bersunat, dibawa ke klinik untuk diperiksa luka sunatnya.”
“Majoritinya datang setelah 5-10 hari lepas sunat, dengan masalah “luka tak sembuh/bengkak/bentan” atau “banyak kulit dan darah kering atau keruping melekat.”
Ramai parents yang risau terutamanya mak mak.
Ini nasihat saya pada mereka, yang mana boleh anda gunakan juga:
1- Lepas sunat, balutan gauze tu perlu dibuka setelah 48 jam.
Paling lama pun 3 hari. Untuk 48 jam pertama, hujung lubang penis tu perlu dicuci bersih setiap kali lepas kencing.
2- Setelah balutan gauze dibuka, luka bersunat perlu dicuci (wound dressing).
Boleh cuci dengan normal saline yang boleh dibeli di klinik atau farmasi. Cucilah 3-4 kali sehari, cuci perlahan-lahan dan tekap perlahan-lahan dengan clean gauze untuk keringkannya.
Ads
Saya sendiri guna hair dryer kepada anak saya masa dia sunat dua tahun lepas. Caranya ialah lepas dressing, set kan hair dryer ke suhu biasa dan acukan angin tu ke kawasan penis.
Dengan cara ini, kawasan tu akan lebih kering (kurang risiko infection). Masa mandi, dah boleh kena air, cuma jangan digosok kuat atau sental untuk cuba tanggalkan keruping. Biarkan. Bila selalu didressing dan kena air masa mandi, ini akan luruh sendiri.
3- Masalah yang kerap terjadi iaitu datang ke klinik lepas sunat;
“kulit keruping banyak melekat” boleh dielakkan jika amalkan step no. 2 dengan istiqomah. Memang ramai juga yang datang dengan keruping banyak gila bertempek kerana tak buat dressing langsung.
Antara cara mudah nak luruhkan keruping yang banyak ni ialah rendamkan penis tu ke dalam bekas kecil (macam bekas paper cup corn in cup) berisi normal saline. Biarlah dalam 3-5 minit, ulang la 3-4 kali sehari.
4- Bengkak di sekitar kawasan luka sunat yang masyarakat kita gelar bentan, actually normal process.
Lepas surgery, bengkak sedikit tu normal. Yang abnormal (infection) ialah kalau bengkak besar sangat + kulit tu warna merah + maybe ada cecair likat dah nak macam nanah. Dan bengkak sebab infection menyebabkan rasa berdenyut sakit, maybe disertakan dengan demam, maybe kelenjar digroin boleh bengkak sekali.
Ads
5- Perlu saya nasihat tentang point no.4, kerana kepercayaan masyarakat kita, budak lepas sunat tak diberi banyak air (macam orang lepas bersalin).
Saya jumpa banyak kali kes mcm ni. Kesian budak tu kehausan. Dehyrated. Bagi minum secukupnya. Ingat, bentan tu normal process untuk sembuh, dan air yang diminum tak pergi kat penis tu (menyebabkan bentan, kononnya).
Tentang berpantang makan. Jujurnya, tak payah la pantang. Makan la ikan, ayam, sayur, telur, buah-buahan tu semua. Nutrisi yang mencukupi penting untuk proses sembuh yang cepat.
Kicap tak pergi ke penis, maka jika anak tu teringin nak makan kicap, bagi lah. Kalau kulit memang gelap, maka gelap la ia di situ, takde kena mengena dengan kicap. Kuning telur berkhasiat, dan ia juga tak pergi ke penis jadi nanah, maka bagi lah anak makan telur lepas sunat.
6- Tak semestinya kena pakai kain pelikat.
Asalkan tau cara nak elak kepala penis tu bergesel dengan kain, maka nak pakai seluar pun boleh. Caranya, guna bekas corn in cup tu dan buang dasarnya untuk ventilation.
Rasa ngilu bila kepala penis tu bergesel dengan kain memang normal. Ye la selama ni dia duduk terlindung di dalam kulit. Beri masa at least 1-3 minggu lepas sunat untuk anak tu jadi disensitized kepala penisnya.
Ads
Kena beri galakan pada anak. Kat sini peranan ayah/ abang tu perlu, sebab kalau mak, dia memang terlebih caring dan manjakan budak lepas sunat. Perlu juga banyak gerakan setelah 3 hari bersunat. Jangan asyik baring je layan tablet.
Bergerak la ke dapur, ke depan, jalan-jalan sikit. Jangan pulak berlari atau gigih main futsal tak sampai seminggu sunat, ni memang saja cari penyakit.
7- Ubat tahan sakit selalunya memang diberi lepas sunat.
Makan lah bila perlu. Sesetengah doktor bagi antibiotik. Maka pendapat saya, makan lah dan ikut aturan.
8- Jumpa doktor jika tak pasti dengan perkembangan lepas sunat.
Antara simptom yang perlu diberi perhatian ialah demam / sakit masa kencing / darah banyak keluar dari tempat jahitan / bengkak yang di suspect infection ( rujuk no.4).
9- Secara umumnya, sunat cara berjahit lebih cepat sembuh berbanding sunat cara clamp.
Sunat berjahit ambik masa yang lama sikit masa prosedur, namun tak perlu derita 2 kali. Kalau sunat clamp, masa nak bukak clamp tu ada masalah clamp melekat kuat, maka tu yang jadi derita kali kedua.
Boleh tahan sakitnya tau nak tarik keluar clamp tu. Sebagai parents, kena tahu pro & con setiap teknik sunat. Bila dah faham, baru decide.
Kelmarin saya dapat satu kes si bapa bawa anaknya yang dah 5 hari sunat untuk diperiksa. Saya saja tanya “anak sunat guna clamp ke cara biasa?”. Si ayah boleh jawab tak tahu. Dia hantar je anak ke acara sunat beramai ramai anjuran surau taman.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Biasanya daun pisang ini terkenal sebagai pembungkus makanan saja kan. Rupanya daun pisang yang kita mudah jumpa dekat tepi jalan atau belakang rumah kita itu, besar manfaatnya kepada kecantikan wanita.
Menurut Dr. Suri Roowi, Saintis merangkap Timbalan Pengarah Program Perekaan Makanan dari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), hasil kajian menunjukkan daun pisang bertindak sebagai anti penuaan.
Kajian telah dilakukan oleh saintis Korea dan diterbitkan dalam jurnal Korean Society for Biotechnology and Bioengineering pada tahun 2016. Yang mana, ia menyatakan tentang kebaikan daun pisang.
“Hasil kajian, daun pisang boleh bertindak sebagai anti kedut. Caranya kena rebus dan ekstrak dulu. Lalu tampal ke bahagian yang kedut itu. Ekstrak daun pisang ini tampal di muka. Dan ini telah dibuktikan secara klinikal. Selepas beberapa bulan nampak penurunan kedut yang ketara.”
Kenapa Daun Pisang Itu Ejen Anti Kedut Yang Baik?
“Ini kerana dengan aplikasi ekstrak daun pisang pada bahagian muka seseorang itu akan meningkatkan penghasilan pro kolagen. Kolagen ini sangat diperlukan untuk mengudangkan kedut.”
“Pada masa yang sama enzim MMP-1 dan enzim MMP-2 akan menurun. Enzim-enzim inilah yang akan menyebabkan kulit wajah seseorang nampak berkedut.”
“Daripada kajian juga mendapati terdapatnya satu bahan yang dikenali sebagai asid corosolic yang setakat ini hanya banyak terdapat dalam daun pisang.” Asid corosolic ini anti oksida yang kuat untuk membebas dan meneutralkan radikal bebas.”
Fungsi Lain Daun Pisang Yang Mak-mak Kena Tahu
Tambah Dr Suri lagi, daun pisang ini ada banyak kegunaan lain yang memberi manfaat besar kepada pengguna. Antara lain yang mak-mak boleh ambil tahu adalah :
1. Daun pisang sesuai untuk mereka yang mengalami masalah terkena benda panas atau melecur. Jadi balut kesan lecur itu dengan daun pisang. Nanti haba dari tangan kita akan dipindahkan ke daun pisang.
2. Untuk turunkan suhu semasa demam. Salah satu teknik yang bagus adalah tidur atas daun pisang. Daun pisang ini nanti akan menyerap haba dari tubuh ke daun pisang.
3. Ekstrak daun pisang boleh turunkan glukosa dalam darah. Ada kajian menunjukkan ekstrak daun pisang boleh tingkatkan insulin dan juga menunjukkan aktiviti anti bakteria iaitu bunuh kuman.
4. Memandangkan daun pisang ini tak boleh dimakan, jadi untuk mendapatkan khasiatnya dalam makanan kita. Mak-mak bolehlah masak nasi beralaskan daun pisang. Begitu juga waktu nak makan, hidangkan dalam pinggan beralas daun pisang.
Bukan Saja Daun, Jantung Pisang Pun Kaya Khasiat
Jantung pisang tinggi kandungan fiber (5.74g/100g).
Jantung pisang juga tinggi antioksidan dan mengandungi bahan berkhasiat alkaloid, glycoside, steroid, saponin, tannin, flavanoid dan terpenoid.
Jantung pisang susu lebih tinggi.khasiat berbanding abu, berangan, nipah, mas dan rastali
Jantung pisang juga mempunyai nilai perubatan dan pengambilan jantung pisang membantu masalah pendarahan berlebihan semasa haid.
Jantung membantu meningkatkan tahap progesteron dalam badan dan boleh mengurangkan pendarahan.
Kajian dalam jurnal Phytotherapy Research menunjukkan pemberian ekstrak jantung pisang selama 30 hari boleh menurunkan tahap gula dalam darah dan meningkatkan sel darah merah pada tikus.
Ini Pula Khasiat Pisang Mentah
Pisang mentah yang direbus mengandungi kanji rintang (70-80%)
Kanji ini tidak dicerna dan bertindak seperti serat.
Ia membantu kawal GULA DARAH dan membuatkan kita rasa kenyang.
Pisang hijau mempunyai indeks glisemik (GI) =30 berbanding pisang masak = 60. Justeru ia sesuai untuk pesakit diabetic.
Walau bagaimanapun memakan pisang hijau rebus pada kuantiti banyak boleh sebabkan kembung perut.
Pertama kali makan pisang muda goreng ini waktu berkunjung ke rumah kenalan. Waktu itu, ada sedikit kenduri untuk meraikan pemergian ahli keluarga kenalan yang mahu ke Makkah. Uniknya juadah ini sebab pisang yang digoreng kena betul-betul yang muda.
Ini resipi lama orang Jawa. “Pisang Muda Goreng” yang nak digoreng ini kena pilih yang betul-betul masak, barulah rasanya enak lemak-lemak macam ubi goreng.
Ini resipinya kalau mahu cuba. Memang ‘rare’ dan lain dari yang lain.Kadangkala yang simple tu sedapkan.
Resipi Pisang Muda Goreng Tepung
Bahan-bahan:
Sesisir pisang muda (pastikan betul-betul muda)
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
Sedikit garam dan tepung
Cara membuat:
1. Pisang dibuang kulit. Potong ikut suka. Jangan tebal sangat.
2. Kisar bawang merah dan putih. Gaulkan dengan sedikit garam dan tepung gandum.
3. Goreng dalam minyak yang panas.
Nota: Nak lebih enak cicah dengan sambal kicap.
Cara Membuat
Kisar, cili padi, sedikit bawang putih dan gula serta kicap.
Ibu dan anak kongsi momen majlis konvoksyen, sambung belajar sama kursus supaya tak bosan, ada kawan. Baru-baru ini tular di media sosial memaparkan seorang ibu dan anak berkongsi momen indah di pentas Istiadat Konvokesyen UiTM ke-100.
Ibu & Anak Kongsi Momen Majlis Konvoksyen
Difahamkan bahawa ibu dan anak ini menyambung pengajian dalam kursus yang sama.
Perkongsian daripada Siti Nur Fatihah Mohd Zamri itu telah menarik perhatian warga maya.
Berikut antara komen-komen warga maya:
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Siti Nur Fatihah memaklumkan pada awalnya dia tidak mahu menyambung pengajiannya kerana sudah selesa bekerja.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bekas penyampai berita, Puan Sri Normala Samsudin dan gelaran ‘Wanita Melayu Terakhir’ sememangnya tak dapat dipisahkan.
Beliau kini tenang menjalani kehidupan peribadi sebagai seorang isteri,...