Hobi & Minat

Itinerary Vietnam 5 Hari 4 Malam, Wanita Kongsi Bajet Anniversary RM4,776 Untuk 2 Orang

Share

Bagi pasangan yang sedang merancang percutian romantik tanpa perlu berbelanja terlalu besar, perkongsian seorang wanita ini mungkin boleh dijadikan inspirasi.

Menerusi perkongsian di media sosial, wanita berkenaan berkongsi itinerary Vietnam 5 hari 4 malam sempena sambutan anniversary bersama suaminya.

Destinasi pilihan mereka ialah Hanoi dan Sapa, dua lokasi popular di Vietnam yang menawarkan pengalaman berbeza daripada kesibukan bandar hingga keindahan kawasan tanah tinggi.

Menurut perkongsiannya, keseluruhan kos perjalanan mencecah kira-kira RM4,776 untuk dua orang.

Baca artikel: Wanita Ini Kongsi 7 Tips Travel DIY, Trip Lebih Teratur, Jimat & Tak Serabut

Bajet Penerbangan Dan Pengangkutan

Penerbangan pergi dan balik Kuala Lumpur ke Hanoi menggunakan AirAsia menelan belanja RM1,948 untuk dua orang.

Bagi perjalanan dari Hanoi ke Sapa, mereka memilih sleeper bus dengan kos pulang pergi sebanyak RM384 untuk dua orang.

Perbelanjaan pengangkutan di Sapa, termasuk teksi dan sewaan motosikal, pula berjumlah RM181. Manakala pengangkutan di Hanoi termasuk pemindahan lapangan terbang, Grab dan sewaan skuter berjumlah RM150.

Penginapan Di Hanoi Dan Sapa

Antara penginapan yang disenaraikan sepanjang itinerary Vietnam 5 hari 4 malam itu ialah:

Sapa Cat Cat Hills Resort – RM398.02
Rock Garden Homestay – RM335.84
Aquarius Premium Hotel – RM132.60

Aktiviti Di Sapa

Tidak lengkap perjalanan ke Sapa tanpa menikmati pemandangan pergunungan yang menjadi tarikan utama kawasan tersebut.

Pasangan ini turut mengunjungi Cat Cat Village dengan bayaran masuk sekitar RM55.50 untuk dua orang, selain menyewa pakaian tradisional dengan kos RM37.

Mereka juga membeli tiket Fansipan melalui Klook yang merangkumi cable car, Muong Hoa Monorail dan Fansipan Peak Rail dengan jumlah RM432.40 untuk dua orang.

Makan, Urutan Dan Cenderamata

Bagi makanan sepanjang perjalanan, pasangan ini memperuntukkan sekitar RM198.

Turut dimasukkan dalam bajet ialah urutan di Vietnam dengan kos kira-kira RM74, manakala pembelian cenderamata dan kopi mencecah sekitar RM450.

Secara keseluruhan, perkongsian itinerary Vietnam 5 hari 4 malam ini menunjukkan bahawa percutian anniversary ke Hanoi dan Sapa boleh dirancang mengikut kemampuan sendiri.

Bajet RM4,776 itu merangkumi penerbangan, pengangkutan, penginapan, makanan, aktiviti serta perbelanjaan lain untuk dua orang.

Bagi yang sedang mencari idea percutian bersama pasangan, itinerary Vietnam 5 hari 4 malam ini boleh dijadikan panduan awal sebelum merancang perjalanan sendiri.

Baca artikel: Lelaki Ini Kongsi ‘Travel’ Sendiri Lagi Seronok, Ada Kawan Moody Terus Percutian Tak Best

Sumber: Threads 

Published by
Farhana Syahirah