Ternyata bukan satu angka yang kecil kes kematian angkara virus korona di Itali. Setiap hari ratusan kematian dicatatkan di Itali. Apa yang terjadi di Itali cukup menyedihkan kerana dalam masa yang singkat sahaja kematian meningkat secara mendadak.
Vatican City akan bertafakur selama seminit dan mengibarkan bendera separuh tiang sebagai solidariti terhadap mangsa korban Covid-19. Semoga Itali kuat menghadapi pendemik ini.
Itali Bertafakur
Itali bertafakur selama seminit dan mengibarkan bendera separuh tiang bagi menghormati 11,591 korban pandemik Covid-19.
Negara dengan 60 juta penduduk itu mencatatkan satu pertiga daripada jumlah keseluruhan mangsa yang maut akibat virus berkenaan di seluruh dunia.
Ads
Tempoh ini juga menjadikan Itali mencatatkan kematian lebih banyak daripada mana-mana bencana sejak Perang Dunia Kedua.
Virus berkenaan pertama kali dikesan di Milan penghujung Februari lalu sebelum ia merebak sehingga kini.
Ads
Setakat ini, seramai 4,000 penduduk menerima rawatan rapi akibat Covid-19 di negara berkenaan.
Kecederaan Yang Menyakitkan
Datuk Bandar Rom, Virginia Raggi berkata, virus berkenaan disifatkan sebagai ‘kecederaan yang menyakitkan seluruh negara’.
“Kita akan menghadapi (keadaan) ini bersama-sama,” katanya selepas satu acara bacaan doa oleh paderi bagi memperingati mangsa yang terkorban.
Vatican City juga mengibarkan bendera kuning dan putihnya separuh tiang sebagai solidariti terhadap mangsa korban Covid-19.
Ads
Semalam, Itali mencatatkan 812 kematian manakala, Jumaat lalu angka yang dicatatkan disifatkan terlalu menyedihkan dengan 969 mangsa maut dalam tempoh 24 jam, jumlah tertinggi dicatatkan sejak virus ini tersebar akhir tahun lalu.
Sumber: Harian Metro
MW: Semoga perkongsian ini akan membuatkan mak, ayah lebih peka dan patuh dengan PKP. Sudah tentu kita semua tidak mahu apa yang berlaku di Itali berlaku pada negara kita.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
SPM tak ada ‘A” dan doktor ini pernah gagal. ‘Dapat result teruk jangan Kecewa, itu bukan pengakhiran hidup.’
Bukan mudah untuk menerima kegagalan. Bukan sahaja diri sendiri yang kecewa, mak dan ayah juga turut merasa. Tetapi apa yang terjadi telah berada di depan mata. Ambil masa sekejap dan kemudian bangkitlah kembali kerana keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), bukanlah pengakhiran muktamad.
Doktor ini antara insan yang pernah gagal, ketika SPM dia langsung tiada A, kemudian apabila melanjutkan pelajaran pernah gagal dan diberhentikan. Tetapi apa yang berlaku dalam hidupnya membuatkan dia akhirnya bangkit dari kegagalan.
Ikuti perkongsian, Prof. Madya Dr. Midhat Nabil
JANGAN SESEKALI BERASA KECEWA DENGAN KEPUTUSAN SPM ANDA, TETAPI BANGKITLAH KEMBALI, KERANA IANYA BUKANLAH PENGAKHIRAN YANG MUKTAMAD
Salam semua, pertama sekali saya ingin ucapkan jutaan tahniah kepada mereka yang telah mendapat keputusan yang cemerlang untuk SPM pada hari ini. Syabas buat diri anda. Sudah pasti ibu dan ayah anda juga turut gembira dengan kejayaan tersebut.
Pengalaman saya sendiri bagi SPM dahulu, saya langsung tiada A bagi mana-mana subjek yang telah saya ambil. Terus terang saya katakan, yang ketika itu saya begitu malas untuk belajar sebelum menduduki peperiksaan SPM.
Ibu bapa saya berasa sungguh kecewa dengan keputusan saya ini, kerana mereka telah memberikan yang terbaik di pihak mereka untuk melihat saya berjaya. Ini, termasuklah membeli buku-buku latihan tambahan, menghantar saya ke kursus motivasi dan juga menghantar saya ke pusat tuisyen.
Di sepanjang menempuh perjalanan-perjalanan akademik yang seterusnya, saya bangkit semula dan belajar dari kesilapan yang lalu.
Saya bermula semula dari peringkat yang paling rendah sekali, iaitu Pra-Sains (pernah Gagal dan Diberhentikan pada semester pertama, tetapi kemudiannya ditawarkan kembali untuk belajar di semester kedua), diikuti peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda (bergraduasi dengan keputusan Kepujian Kelas Pertama, tidak perlu membayar kembali pinjaman PTPTN) dan juga Sarjana (berjaya menjadi pelajar terbaik).
Akhir sekali, saya telah berjaya untuk menggenggam Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di dalam bidang Kejuruteraan Kimia dari sebuah universiti di United Kingdom (UK) dengan tajaan penuh daripada kerajaan Malaysia.
Kepada ibu bapa yang anak mereka tidak mendapat keputusan cemerlang untuk SPM, usahlah bersedih, kerana perjalanan mereka sesungguhnya masih jauh lagi. Teruskanlah memberi galakan dan sokongan kepada mereka.
Setiap orang sesungguhnya mempunyai POTENSI DIRI yang berbeza. Jika mereka tidak berjaya pada hari ini, insyallah akan berjaya di kemudian hari.
Kepada para pelajar pula yang bersedih dengan keputusan SPM anda, bangkitlah semula untuk perjalanan menuntut ilmu yang berikutnya. Buktikanlah bahawa anda juga sebenarnya boleh menggembirakan hati kedua ibu bapa anda.
Ingat pesanan saya sekali lagi,
“Gagal sekali, bukanlah bererti gagal selamanya”.
YAKIN BOLEH!!! Insya-Allah 💪💪💪
Nukilan ikhlas,
Prof. Madya Dr. Midhat Nabil,
Pusat Pengajian Kejuruteraan Bioproses,
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
MW: Sebaiknya sebagai mak, ayah teruskanlah memberi galakan dan sokongan kepada anak-anak kalian. Setiap orang tidak sama pencapaian dan potensi dirinya. Insyallah suatu hari nanti anak-anak akan berjaya dengan pilihan hidupnya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran masing-masing tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan.
Kelonggaran untuk pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuat pengeluaran daripada Akaun 2 berikutan wabak koronavirus (Covid-19) memerlukan pindaan terhadap Akta KWSP 1991 di bawah Seksyen 54 (6).
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam satu kenyataan semalam menjelaskan, ahli KWSP boleh membuat permohonan pengeluaran menerusi kemudahan i-Lestari bermula 1 April 2020 dan wang tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun bank masing-masing pada 1 Mei 2020.
Ketua Pegawai KWSP, Alizakri Alias berkata, kemudahan i-Lestari akan memberikan kelegaan dari segi kewangan kepada mereka yang terjejas bagi menampung keperluan keluarga berikutan wabak Covid-19 yang melanda negara.
“KWSP perlu mengimbangi mandatnya untuk melindungi simpanan persaraan ahli dan pada masa yang sama menjaga kesejahteraan mereka dalam waktu getir sebegini.
“Kami meletakkan i-Lestari sebagai keutamaan untuk dilancarkan secepat mungkin,” katanya menerusi kenyataan berkenaan.
Alizakri berkata, bagi memudahkan ahli, KWSP turut menyediakan e-mel khas i-Lestari iaitu ilestari@epf.gov.my untuk menghantar sebarang pertanyaan yang berkaitan.
“Soalan berserta maklum balas ini kemudiannya akan dikemaskini dalam senarai soalan lazim (FAQ) sedia ada yang telah dimuat naik ke laman sesawang www.kwsp.gov.my,” katanya.
Alizakri turut mengingatkan ahli KWSP supaya menggunakan pertimbangan wajar apabila membaca tentang sesuatu berita atau paparan media sosial.
“Terdapat pelbagai unsur penipuan dan berita palsu yang disebarkan terutama melalui WhatsApp, Facebook dan Twitter.
“Adalah diingatkan bahawa KWSP hanya membuat makluman kepada ahli melalui laman sesawang dan saluran media sosial rasmi sahaja,” katanya.
Fasiliti Pengeluaran i-Lestari Akaun 2 KWSP
a.Fasiliti pengeluaran dari Akaun 2 ahli
b.Sehingga jumlah maksimum RM500 sebulan
c.Amaun pengeluaran akan dikreditkan ke dalam akaun bank ahli bermula Mei 2020
d.Untuk tempoh maksimum 12 bulan
a.Bermula dari 1 April 2020 secara emel dan pos
b.Bermula dari 1 Mei 2020 secara dalam talian
a.Disarankan untuk membuat permohonan secara dalam talian kerana proses yang mudah dan cepat (dalam masa 3 hari)
b.Permohonan secara manual akan mengambil masa kerana proses pengesahan akan dilaksanakan secara manual
D. Butiran selanjutnya akan dipaparkan di laman sesawang, Facebook dan Twitter KWSP dalam masa terdekat.
E. Ahli KWSP diingatkan untuk sentiasa berwaspada akan sebarang skim penipuan dan hanya berurusan secara terus dengan pihak KWSP.
Baca Lagi Di Sini:
COVID-19: Pencarum Bawah Usia 55, Boleh Keluarkan Caruman KWSP RM500 Sebulan!
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Bagi pencarum yang ingin membuat pengeluaran wang caruman, bolehlah buat permohonan pengeluaran i-Lestari daripada Akaun 2 bermula 1 April 2020 nanti. Jangan mudah tertipu, pastikan hanya mendapatkan maklumat yang tepat dari laman sesawang dan saluran media sosial rasmi KWSP sendiri.
Dalam kesibukan mengendalikan, mengurus, menjaga para pesakit tahfiz Covid-19 ini, ada satu hikmah yang dipelajari oleh frontliners di wad hospital.
Bila mana, para pesakit tahfiz ini tidak pernah putus menghabiskan masa membaca Al Quran, berzikir, bersolat malah solat berjemaah.
Sungguh, perkongsian jururawat Rabiatul Adawiyah ini benar-benar menyentuh hati. Ketika setiap hari, dihidangkan dengan berita-berita mendebarkan, kisah ini menginsafi diri.
Alhamdulillah pengalaman bekerja and merawat adik adik tahfiz yang sangat awesome.
Walaupun ada masa gelak ketawa, ada masa main dan bergurau tapi banyak masa mereka dihabiskan dengan membaca Al Quran, berzikir dan solat. Solat berjemaah walaupun jarak kena 1 meter antara 1 sama lain.
Katanya lagi, “gambar ni diaorang yang request nak ambil gambar. Kakak misi memang suka amik gambar dik. Sebagai kenangan suka dan duka dalam mengharungi wabak ini.”
“Alhamdulillah urusan kami dalam menjaga dan merawat sangat dipermudahkan di sini. Allah permudahkan semua. Syukur ya Allah, kerana memilih kami untuk menjaga insan yang memuliakan-Mu. Menyedarkan kami yang alpa ini.”
Di sebalik Covid-19 ada hikmah kenapa golongan ini yang terpilih untuk ujian wabak ni.”
Ujarnya lagi, hantaran perkongsiannya di facebook itu adalah semata mahu memberitahu khalayah ramai bagaimana keadaan di kuarantin.
“Bagaimana mereka di dalam wad kami, supaya ada yang ambil iktibar pengajaran termasuk diri b sendiri. Di sebalik dari sharing b juga ada ibu-ibu yang tengah risau tentang perihal kesihatan anak-anaknya.
Di mana mereka diuji dengan terpaksa berpisah dengan anak-anak mereka.”
Dalam wabak ini mereka tidak dapat bersua muka hanya mendengar khabar dari jauh.
Hati ibu mana yang tidak tersentuh, tidak tenteram bila anak nya sakit dan terpaksa mengharungi seorang diri. Berjuang seorang diri.
“In sha Allah kami di sini sebagai frontliner nurse, doktor merawat pesakit Covid-19 dengan begitu profesional.
Jangan risau soal makan minum, tempat tinggal, makanan tidak pernah putus malah lebih lagi apabila ada sumbangan yang diberikan.”
Sokongan emosi kami berikan kepada pesakit kami. Kami tahu mereka stress dengan apa yang terjadi. Tempat yang baru. Di kuarantin jauh dari keluarga.
Kami harap mereka pesakit Covid-19 akan terus kuat dalam melawan virus ni.
In sha Allah semua akan kembali seperti biasa. Ada yang telah sembuh dan kembali ke pangkuan keluarga.
Doa dari kami dan rakyat malaysia untuk pesakit Covid tidak pernah putus. Sembuhkan lah mereka semua ya Allah.
Amin amin ya rabbal alamin.
PS: Tq puan sebab wassap b . alhamdulillah penat lelah kami berjuang dihargai. sharing b dalam merawat patient covid bermakna untuk semua